Tuesday, 8 November 2011

Seksualiti Merdeka For Double A : Anwar & Ambiga

Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh beberapa NGO yang berselindung di sebalik hak kebebasan dan hak asasi manusia dari awal November sehingga pertengahan bulan ini, sebenarnya semakin mendedahkan tembelang sebenar pihak yang berjuang dan menyokong Pakatan Rakyat. Bahkan secara tidak langsung, turut sama menggambarkan HEDONISME yang menjadi teras perjuangan Pakatan Rakyat sekiranya mereka berkuasa di Malaysia.

Dengan ‘nasihat’ daripada Majlis Peguam yang mendesak kerajaan agar tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT) atas alasan agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara demokrasi yang disegani di dunia, Majlis Peguam sebenarnya menjelaskan tujuan sebenar perjuangan mereka iaitu memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak bermoral dan seks boleh dilakukan secara bebas tanpa sebarang sekatan.

Pengharaman serta-merta yang dibuat oleh PDRM dan ugutan daripada Menteri Wilayah bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur program tersebut sebenarnya dilihat terlalu sopan dan terlalu berlembut.

Umum mengetahui, mereka yang mengamalkan kehidupan cara songsang itu di negara ini sangat ramai dan mereka sudah terlalu berani untuk memperagakan kecenderungan mereka yang songsang itu. Ditambah pula, bagaikan terdapat pantang larang yang sangat besar untuk sesiapa sahaja memperkatakan bahawa penyakit HIV dan AIDS sebenarnya berpunca daripada kecenderungan seksualiti songsang itu, menjadikan golongan tersebut dilihat lebih berani.

Seharusnya pihak berkuasa memperkemaskan dan memperkasakan langkah-langkah pencegahan. Mana-mana pusat gay digempur dan dimusnahkan terus. Bahkan mereka yang ditangkap, dibicarakan dan didapati bersalah kerana berkecenderungan songsang seharusnya dikenakan hukuman yang jauh lebih berat berbanding denda yang jumlahnya boleh dibayar berkali-kali. Mungkin tidak salah kalau hukuman bunuh yang dijalankan oleh Iran ke atas pengamal homoseksual dilaksanakan pula di negara ini.

Terdapat fatwa yang mengharamkan tomboy. Bagaimanapun, perlaksanaan yang dijalankan amat lemah. Fenomena tomboy semakin menjadi-jadi dan golongan itu boleh dilihat dengan mudah. Biarpun terdapat fatwa dan larangan, namun tiada sesiapa pun yang peduli dan takut. Sebabnya mudah, tiada perlaksanaan dan kurangnya perhatian yang diberikan untuk membasmi gejala berkenaan.



Barangkali pihak berkuasa dan orang-orang besar di atas sana berasakan, masalah tersebut bukanlah satu perkara besar. Bagaimanapun, sebagai umat Islam, Kristian mahupun Yahudi, gambaran dahsyat yang menimpa Sodom dan Gomorrah yang diperkatakan menerusi al Quran, Bible dan Old Testament wajar diberikan perhatian. Apabila Tuhan sendiri sudah memperkatakan bahaya serta bencana yang didatangkan daripada perbuatan songsang itu, bagaimana manusia biasa boleh menolak atau menafikannya.

Malaysia sebenarnya bukanlah bersaiz besar. Apatah lagi Malaysia dibahagi-bahagikan kepada 13 buah negeri yang mempunyai pentadbirannya sendiri. Perbezaan kaum, agama dan bahasa bukan penghalang kepada perlaksanaan dan memperkasakan undang-undang yang mencegah LGBT. Namun ketakutan yang keterlaluan terhadap pengaruh pengundian pada pilihanraya, dilihat menjadi penghalang utama.


Festival Seksualiti Merdeka, biarpun secara rasminya tidak dapat diadakan, namun keazaman yang ditunjukkan oleh Ambiga Sreevanasan yang sebelum ini mendapat sokongan kuat daripada Melayu PKR dan PAS selain tulang belakangnya adalah DAP, pastinya disambut secara kecil-kecilan. Dan yang pastinya, sama seperti tahun lepas, peserta-pesertanya akan bertanya, apakah salahnya mereka menyukai seks songsang!

P/s: Geramlah nak tunggu Seksualiti Merdeka ini jadi kenyataan. tak sabar nak LIWAT Anwar !!

Sidang Media Khas - Ku Li isytihar Keluar UMNO?

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau telah bertindak keluar dari UMNO bagi memberi fokus terhadap NGO yang ditubuh beliau iaitu Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH).
Beliau turut mendakwa spekulasi tersebut tidak benar dan sekadar khabar angin semata-mata.
Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 ini juga masih yakin terhadap UMNO kerana beliau masih lagi bersama di dalam parti ini. 
"Siapa cakap? Kalau saya keluar parti tak perlu cakap dan saya tak ada di sini", kata beliau pada sidang akhbar bersempena kelulusan ROS mendaftar AMANAH. 
Turut serta pada Sidang Media tersebut adalah bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Lagi berita menyusul selepas ini.

PAS Takut Bersuara Untuk Umat Islam,Berani Pula Pertahankan Kristian

Baru baru ini kita dikejutkan dengan MCCBCHST membantah amalan menyembelih lembu lembu di tempat awam. Majlis perudingan agama bagi buddha,kristian,hindu,sikh dan tao menyuarakan kebimbangan bahawa 'upacara korban lembu' dianggap sebagai binatang suci penganut hindu.

Menariknya didalam isu ini,kita semua sedar betapa toleransinya umat Islam dinegara ini kerana tidak pernah merungut mahu pun menyelar mana mana pihak yang menjalankan upacara keagamaan masing masing.

Sayangnya sikap toleransi ini dibayar dengan harga yang mahal hinggakan ada pihak yang begitu berani mempersoalkan ibadat korban yang dilakukan oleh Umat Islam.

Dalam situasi ini kita melihat bagaimana parti yang kononnya menjuarai umat Islam seperti PAS diam membisu.Mereka langsung tidak berani mempertahankan hak umat Islam.Sebaliknya nama NGO digunakan untuk bersuara mempertahankan ibadat korban.

Inikah yang dikatakan tahaluf siyasi menegakkan syiar Islam yang dicanang oleh PAS?

Dalam banyak perkara yang membabitkan kepentingan umat Islam,PAS dilihat mendiamkan diri untuk play safe semata mata mahu menunjukkan keterbukaan kepada penganut agama lain.Sedangkan yang hak tidak dipertahankan sebaliknya yang batil dijadikan keutamaan habuan meraih sokongan.

Kita boleh lihat perbezaan bagaimana PAS bermati matian mempertahankan gereja evengelis krisitan yang memurtadkan umat Islam.Malah mereka turut mempolitikkan isu murtad dengan menyerang lawan.

Adakah ibadat korban semasa Aidil Adha sudah tidak bermakna hingga boleh dipersoalkan oleh pihak lain? Yang diam tanda bersetuju atau cuba selamatkan diri?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiw-nbf_YYiJjddATjmAwihxtU0-Mf_IFQ-T50ssvLodmsIxW9pWeKy4YcXFgYPfaO0SOrXCRF6VF3xwaIcbI7EHpFxfRfVLvoCQpDUJzm9e_KelI19F3fF337XHrTNY3AQAQJqDqFeg3k/s400/lembu.jpg

Pisau kata " tahaluf siyasi PAS menghalalkan cara"


Read more: 
http://www.pisau.net/2011/11/pas-takut-bersuara-untuk-umat.html#ixzz1ZdEFNB29

Maksud Korban PAS Yang Sebenar Adalah Untuk DAP

Khawarij PAS bertahaluf siyasi,istilah yang diguna pakai ternyata benar benar memperbodohkan penyokong sendiri.Dalam masa mereka menjaja agama,akidah dan hukum Allah sebagai produk politik,mereka tetap menghambakan diri sebagai suruhan DAP.

Anda boleh baca keratan dibawah sebagai bukti bahawa ahli PAS ditipu hidup hidup oleh kepimpinan parti untuk dijadikan tunggangan oleh DAP.

Awal awal lagi pemimpin khawarij berusaha menutup minda penyokong sendiri,sebolehnya mereka tidak mahu penyokong dan ahli PAS daripada berfikir dengan mengunakan otak sendiri.

Tindakan preempitive sudah dibuat agar penyokong dan ahli pas agar tidak mempercayai pendedahan yang dibuat oleh lawan mereka. Inilah puncanya kegagalan otak penyokong pas untuk berfungsi dengan baik.


Tahaluf Siyasi PAS Bukti Tunggangan DAP :Selanjutnya klik sini

Dalam bertahaluf siyasi,pemimpin PAS bermain dengan kepercayaan penyokongnya dengan menjadikan agama sebagai satu alat.

Keratan artikel dibawah dipetik sempena Hari Raya Aidiladha,pemimpin PAS bercakap soal pengorbanan untuk menegakkan keadilan Islam.Sedangkan pemimpin PAS tidak berlaku adil terhadap penyokong sendiri dengan mengikat pemikiran mereka tanpa perlu dipersoalkan lagi hingga menjadi jumud dan akan menolak kebenaran mentah mentah walaupun disertakan dengan bukti.


Realitinya sekali lagi Pisau dedahkan matlamat pemimpin PAS hanyalah mahu meraih kuasa semata mata,pernyataan mahukan keadilan mahu pun prinsip perjuangan hanyalah retorik semata mata.

Dokumen dibawah adalah bukti yang nyata bagaimana ahli parti dan penyokong PAS dipermainkan oleh pemimpin sendiri apabila persekongkolan PAS bersama DAP hingga membuah jauh jauh asas perjuangan parti dilakukan secara sulit.

Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS.

Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13.


Bayangkan dengan Allah pun mereka mampu berbohong ,apalah sangat dengan manusia.

Pisau kata "berkorban apa saja"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1ZdOnoHpI

Tian Chua Lapah Daging Korban

Kafir harbi tolong potong daging korban,maka kaum puak haprak pakatan berebut rebut nak makan hasil daging korban yang dilapah oleh Tian Chua . Apa pendapat anda??Sanggup makan daging korban hasil air tangan kafir harbi?

Tempat berlakunya kejadian ini di PPR Batu seperti tertera di akaun Twitter YB Tian Chua…


sumber:penaksj

Pisau kata " hati hati nak tegur tian chua,nanti kena gigit pulak"


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1ZdO72bxt

Membongkar Disebalik Agenda AMBIGA

Penerangan untuk kefahaman apa itu orde baru dunia,human right dan freedom of speech. fahaman yang diguna pakai untuk menyerang Islam secara halus.

Fahaman ini diguna pakai oleh seluruh pemimpin pakatan dalam ceramah dan kempen mereka untuk menyerang kerajaan BN. Sila tonton video ini.

SEKSUALITI MERDEKA 2011



Penyampai: PROF MADYA DR SULAIMAN NOORDIN
Tarikh: 03/11/2011 - Khamis
Lokasi: Kajang

Islam adalah agama yang membina jati diri umatnya sesuai dengan gender mereka. Seawal peringkat kanal-kanak, Islam mendidik setiap seorang agar membina perwatakan gendernya. Perkara ini akan menjamin kelangsungan zuriat manusia dengan penuh kesucian dan kehormatan.

Perhimpunan Seksualiti Merdeka adalah suatu perhimpunan yang tekutuk di sisi Islam! Umat Islam mesti membenci kemungkaran besar ini. Mana-mana Muslim atau Muslimah yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini perlu segera bertaubat! Redha terhadap ideologi ini adalah satu bentuk kekufuran.
Islam mendidik lelaki menjadi lelaki Dan wanita menjadi wanita. Islam melaknat lelaki yang menyerupai wanita Dan wanita yang menyerupai lelaki!

Jika anda, wahai Muslim Dan Muslimah, terlibat dengan perhimpunan ini atau menyokong ideologi kufur ini; maka segeralah bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka dan Allah akan mengampuni anda jika bertaubat!

Pisau kata " alim ulamak pas ada yang buat kenyataan terbuka hentam ambiga?"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1ZdKF4wrU

Pembaca lihat dan nilailah sendiri...

Jeritan rakyat di Hulu Kelantan tak diendahkan...Tanah yang diusahakan berpuluh tahun diambil begitu sahaja...Inikah dia "Negeri Berkebajikan" yang dilaungkan oleh Kerajaan Negeri???

PANAS: Sex Is Fine If U Wearing Condom, So..??

Ambiga & Marina Mahathir
"Sex Is Fine If You Wearing Condom..So?? - Itulah kenyataan Marina Mahathir anak seorang bekas tokoh pemimpin terulung negara Malaysia..Sanggup beliau mencemar nama baik bapanya sendiri, mengaibkan nama baik bapanya sendiri. Kali ini beliau tampil dengan menyokong penuh Si Ambiga dengan usaha menganjurkan Seksualiti Merdeka 2011. Sebelum ini beliau tampil dengan menyertai Himpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini..

Marina membuat kenyataan menyokong Ambiga kerana bagi beliau, selagi sesebuah Program tidak mendatangkan kekacauan atau apa2 yang boleh menggugat keselamatan negara, ianya dianggap tidak salah disisi undang2. Marina dalam pada yang sama menyelar media2 elektronik yang mengaibkan program ini dan mendesak pihak Polis menarik semula pengharaman program tersebut. Beliau sebelum ini pernah menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 yang turut mendapat sokongan dari PAS, PKR dan DAP.

Marina juga antara individu yang pernah mencadangkan agar menggunakan cara negara barat dengan memberikan kondom secara PERCUMA tanpa menghalang sebarang aktiviti seks kerana sekurang2 nya, ianya dapat mengelakkan dari jangkitan AIDS. Beliau berkata seks tidak dapat dihalang malah ianya tidak punyai sebarang masalah selagi ianya dilakukan dengan cara yang betul iaitu menggunakan kondom..

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.
hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Thursday, 3 November 2011

Negara Islam & Hudud PAS


Berita lama tapi masih boleh guna.


Husam Musa pernah mengaku agenda negara Islam hanya sekadar idealisme PAS. Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan tetapi sekadar idealisme ahli² PAS.

"Anda mesti menjadi seorang pemimpin yg bersih, bertanggungjawab, telus dan ini semua preskripsi utk tadbir urus yg juga Islamik. Jika anda tidak mempunyai (asas) ini, anda hanya seumpama pemimpin UMNO," Kata Husam lagi,

"Jika kita membincangkan (isu) PAS sebagai tunjang Pakatan, ia mestilah selepas penerimaan org ramai, bukan dgn cara mendakwa 'PAS sbg tunjang Pakatan'. Tetapi mestilah melalui penerimaan awam, dan inilah juga yg dilakukan oleh Rasulullah."

Ulasan :

Apa yg dikatakan Husam ni betul. Inilah sepatutnya dipraktikkan oleh pemimpin PAS. Tetapi hari ini PAS dah umpama parti cacar marba. Tak terurus dari segi prinsip dan kepimpinan. Termasuklah juga dgn ko Husam. Hari ni cakap lain, esok cakap lain.

Dahulu cita² PAS memang ditabik oleh rakyat termasuk yg berada di dalam UMNO tapi semenjak semangat negara Islam dikuburkan oleh Presidennya sendiri, PAS terus menjadi parti yg berkepentingan sendiri dan kelihatan umpama parti yg tak fokus pada perjuangan.

PAS sendiri hari ini tidak kuat kerana terkongkong dgn pelukan Anwar & Lim Kit Siang. Tidak bebas mengutarakan hasrat parti. Apabila PAS berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan bakal melaksanakan hukum hudud. Maka PAS terus mendapat tentangan daripada Karpal Singh kemudian PAS terus diam membisu kerana takut.

Walaupun tanpa tentangan daripada Karpal sekalipun, PAS perlu tahu hasrat tersebut bakal terealisasi jika org² di dalam Pakatan menyetujui niat PAS. Perlu diingat, di dalam Pakatan terdapat ramai kaum Cina berbanding puak lebai² malang.

Saya tak nak ulas panjang kerana terasa diri ini nyaris bodoh dengan permainan pemimpin PAS. Sebenarnya PAS sendiri mengetahui niat utk mewujudkan negara Islam sudah berkubur dan hasrat melaksanakan hukum hudud hanyalah retorik semata-mata.

Hakikat sebenarnya PAS terlalu bodoh dan tamak utk memenangi pilihanraya akan datang. Rela menggadai maruah agama semata-mata mahu dilihat sebagai hero di dalam Pakatan haram jadah.

Agaknya sampai bila pengikut PAS akan terus mempercayai sandiwara lakonan pemimpin mereka?

PAS & Dalil²nya


Di bawah ni antara beberapa dalil yang dianggap sebagai 'benda' pelik di dunia.



1.

Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.


2.

Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.


3.

PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.


4.

PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?!@#$@#”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan ?!@#$@# bahkan mencanggihkan ladang ?!@#$@#, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan ?!@#$@#’.


5.

PAS kata Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.


6.

Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.


7.

Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”


8.

PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.


9.

PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.


10.

PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)


11.

PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.


12.

PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.


13.

Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?


14.

PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? PAS terus senyap dan senyap


15.

PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..
PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.



16.

PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen war-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam Khalifah Umar bin Abdul Aziz.


17.

PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah. Di Kelantan sudah lama menjadi sarang pelacuran tapi Nik Aziz terus diam membisu.


18.

PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA.. PAS meredhai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kenapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?


19.

Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.


20.

PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Boleh jadi murtad lah kononnya

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)


21.

PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.


22.

PAS kata perjuangkan Islam

KEMUDIANNYA..

PAS kini perjuangkan negara kebajikan. Soal Islam tolak tepi dahulu. Siapa yang tak Islam sebenarnya?


23.

Nik Aziz berani kata wujudkan negeri hudud.

KEMUDIANNYA..

Apabila banyak pihak mencabar, Nik Aziz kata tunggu PAS ke Putrajaya dulu. Umpama menanti bulan jatuh ke riba lah kot


24.

PAS berani menyahut seruan perhimpunan sejuta umat menentang murtad.

KEMUDIANNYA..

Tarik diri pasal takda kena mengena dengan parti. Sebenarnya PAS takut dengan PKR & DAP.



Persoalannya adakah masih releven PAS hari ini?

DANA Pilihanraya PAS


PAS teringin jejak kaki ke Putrajaya. Tinggi cita-cita PAS ni walaupun pengakhiran ceritanya nanti tidaklah seindah yang dibayangkan.

Betul ker untuk DANA PILIHANRAYA UMUM KE 13

Ataupun dana utk menampung segala perbelanjaan pemimpin PAS untuk mudah ke sana sini menggunakan wang yang disumbangkan?

Kebanyakan jawatankuasa kutipan wang dana ni sudah ketahui motif di sebalik semua ini. Ianya hanyalah 1 iaitu untuk kegunaan pemimpin PAS sahaja. Kesudahannya nanti PAS tetap tiada duit.

Tapi pertanyaan yang selalu bermain di minda, adakah PAS akan berjaya menjejakkan kaki ke Putrajaya? Mungkinkah?

Atau PAS sekadar mengiringi DAP & PKR sahaja ke Putrajaya kelak? Kerana di dalam Pilihanraya Umum 13 akan datang, nasib PAS masih belum ditentukan oleh DAP & PKR dan juga pengundi.

Jangan nanti PAS dah labur banyak pada Pakatan, apabila tiba masanya PAS akan tertinggal terkontang kanting. Aduhhh sedihlah membayangkan nasib PAS pada waktu itu hehehe.

Apa-apa pun selamat berjaya diucapkan pada PAS. Jangan nanti PAS mengadu pada UMNO, mereka telah ditipu oleh Anwar Ibrahim & Co.