Tuesday, 8 November 2011

Membongkar Disebalik Agenda AMBIGA

Penerangan untuk kefahaman apa itu orde baru dunia,human right dan freedom of speech. fahaman yang diguna pakai untuk menyerang Islam secara halus.

Fahaman ini diguna pakai oleh seluruh pemimpin pakatan dalam ceramah dan kempen mereka untuk menyerang kerajaan BN. Sila tonton video ini.

SEKSUALITI MERDEKA 2011



Penyampai: PROF MADYA DR SULAIMAN NOORDIN
Tarikh: 03/11/2011 - Khamis
Lokasi: Kajang

Islam adalah agama yang membina jati diri umatnya sesuai dengan gender mereka. Seawal peringkat kanal-kanak, Islam mendidik setiap seorang agar membina perwatakan gendernya. Perkara ini akan menjamin kelangsungan zuriat manusia dengan penuh kesucian dan kehormatan.

Perhimpunan Seksualiti Merdeka adalah suatu perhimpunan yang tekutuk di sisi Islam! Umat Islam mesti membenci kemungkaran besar ini. Mana-mana Muslim atau Muslimah yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini perlu segera bertaubat! Redha terhadap ideologi ini adalah satu bentuk kekufuran.
Islam mendidik lelaki menjadi lelaki Dan wanita menjadi wanita. Islam melaknat lelaki yang menyerupai wanita Dan wanita yang menyerupai lelaki!

Jika anda, wahai Muslim Dan Muslimah, terlibat dengan perhimpunan ini atau menyokong ideologi kufur ini; maka segeralah bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka dan Allah akan mengampuni anda jika bertaubat!

Pisau kata " alim ulamak pas ada yang buat kenyataan terbuka hentam ambiga?"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1ZdKF4wrU

No comments:

Post a Comment