Thursday 3 November 2011

Negara Islam & Hudud PAS


Berita lama tapi masih boleh guna.


Husam Musa pernah mengaku agenda negara Islam hanya sekadar idealisme PAS. Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan tetapi sekadar idealisme ahli² PAS.

"Anda mesti menjadi seorang pemimpin yg bersih, bertanggungjawab, telus dan ini semua preskripsi utk tadbir urus yg juga Islamik. Jika anda tidak mempunyai (asas) ini, anda hanya seumpama pemimpin UMNO," Kata Husam lagi,

"Jika kita membincangkan (isu) PAS sebagai tunjang Pakatan, ia mestilah selepas penerimaan org ramai, bukan dgn cara mendakwa 'PAS sbg tunjang Pakatan'. Tetapi mestilah melalui penerimaan awam, dan inilah juga yg dilakukan oleh Rasulullah."

Ulasan :

Apa yg dikatakan Husam ni betul. Inilah sepatutnya dipraktikkan oleh pemimpin PAS. Tetapi hari ini PAS dah umpama parti cacar marba. Tak terurus dari segi prinsip dan kepimpinan. Termasuklah juga dgn ko Husam. Hari ni cakap lain, esok cakap lain.

Dahulu cita² PAS memang ditabik oleh rakyat termasuk yg berada di dalam UMNO tapi semenjak semangat negara Islam dikuburkan oleh Presidennya sendiri, PAS terus menjadi parti yg berkepentingan sendiri dan kelihatan umpama parti yg tak fokus pada perjuangan.

PAS sendiri hari ini tidak kuat kerana terkongkong dgn pelukan Anwar & Lim Kit Siang. Tidak bebas mengutarakan hasrat parti. Apabila PAS berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan bakal melaksanakan hukum hudud. Maka PAS terus mendapat tentangan daripada Karpal Singh kemudian PAS terus diam membisu kerana takut.

Walaupun tanpa tentangan daripada Karpal sekalipun, PAS perlu tahu hasrat tersebut bakal terealisasi jika org² di dalam Pakatan menyetujui niat PAS. Perlu diingat, di dalam Pakatan terdapat ramai kaum Cina berbanding puak lebai² malang.

Saya tak nak ulas panjang kerana terasa diri ini nyaris bodoh dengan permainan pemimpin PAS. Sebenarnya PAS sendiri mengetahui niat utk mewujudkan negara Islam sudah berkubur dan hasrat melaksanakan hukum hudud hanyalah retorik semata-mata.

Hakikat sebenarnya PAS terlalu bodoh dan tamak utk memenangi pilihanraya akan datang. Rela menggadai maruah agama semata-mata mahu dilihat sebagai hero di dalam Pakatan haram jadah.

Agaknya sampai bila pengikut PAS akan terus mempercayai sandiwara lakonan pemimpin mereka?

No comments:

Post a Comment