Yahudi bangsa yang kalau kita dengar pasti mengamit perasaan marah terutama rakyat Islam Malaysia. Paling kita benci dan juga tidak mustahil jika ada yang akan kata darah orang Yahudi ini dihalalkan sama sekali.
Baru baru ini seorang ahli sukan
"Pertandingan yang dimaksudkan ialah ‘Muaythai World Champion’ terbitan Image Group dan The Group Entertainment dibawah pengawasan World Muaythai Council (WMC). Ianya telah berlangsung sekitar June 2011 yang lalu di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’aba, universiti terbabit dan dianjurkan oleh AXN Astro untuk rancangan 'The Challenger Muaythai’ Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD$100.000,00 dan gelaran ‘Muaythai World Champion’ dijadualkan mula disiarkan mulai 15 Sept 2011 ini di AXN (Astro channel 701) dan AXN HD (Astro B.yond channel 721). Seramai 16 peserta telah dari berbagai Negara telah mengambil bahagian antara negaranya ialah Malaysia, Thailand, Israel dan South Africa."
Gomo anti Zionis teapi bukan Yahudi, dan Gomo rasa ramai lagi umat Islam didunia ini yang anti Zionis namun bukan pada Bangsa Yahudi. Kenapa Gomo cakap begitu? Ini pekara yang anda semua perlu tahu.
"Titik awal dari Zionisme yang melakukan segala kebiadaban ini bukanlah agama Yahudi, tetapi Darwinisme Sosial, sebuah ideologi rasis dan kolonialis yang merupakan warisan dari abad ke-19. Darwinisme Sosial meyakini adanya perjuangan atau peperangan yang terus-menerus di antara masyarakat manusia. Dengan mengindoktrinasikan ke dalam otak mereka pemikiran “yang kuat akan menang dan yang lemah pasti terkalahkan”, ideologi ini telah menyeret bangsa Jerman kepada Nazisme, sebagaimana orang-orang Yahudi kepada Zionisme.
banyak kaum Yahudi agamis, yang menentang Zionisme, mengemukakan kenyataan ini. Sebagian dari para Yahudi taat ini bahkan tidak mengakui Israel sebagai negara yang sah dan, oleh karenanya, menolak untuk mengakuinya. Negarawan Israel Amnon Rubinstein mengatakan: “Zionisme adalah sebuah pemberontakan melawan tanah air (Yahudi) mereka dan sinagog para Pendeta Yahudi”. (Amnon Rubinstein, The Zionist Dream Revisited, hlm. 19)" Read More
Malah di Iran sebuah negara Islam juga terdapat kira kira 25 ribu orang bagsa Yahudi yang menyokong pemerintahan Presiden Iran yang beugama Islam. Mereka juga menentang Zionis yang memesongkan apa yang ada dalam Kitab Taurat.
Itu hanyalah sedikit apa yang Gomo baca mengenai perbezaan Yahudi dan Zionis dan kepada anda yang mungkin tidak faham ataupun jelas mengenai pekara ini maka bolehlah search didalam Google akan perbedaan antara Yahudi dan Zionis ini.
Berbalik kepada isu kedatangan seorang peserta Yahudi bernama Ilya Grad pada pertandingan Muay Thai baru baru ini menjelaskan bahawa kemasukkan beliau ke Malaysia adalah atas dasar sukan yang mana pekara ini adalah tidak menjadi masaalah dalam Undang Undang negara. Malah dalam prinsip kita sebagai umat Islam juga adalah tidak patut jika kita sendiri sebagai umat Islam yang penyayang dan pengasih menghalang kedatangan Yahudi dalam aktivi sukan yang Islam sendiri tidak menghalangnya.
Apa yang Gomo difahamkan dan tahu bahawa memang kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel yang mana dikuasai rejim Zionis. Malah didalam pasport Antarabangsa kita pun Israel tempat yag kita dilarang untuk masuk. Tetapi kepada rakyat Israel berbangsa Yahudi ini?
Sefahaman Gomo kita boleh menerima kemasukan orang Yahudi ini melalui dua pekara iaitu yang pertama Persidangan Antarabangsa yang mana ada peserta yang merupakan dikalangan Yahudi Israel.Kedua melalui aktivi sukan sepertimana yang berlaku sebelum ini:
"Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC)"
Malah pasukan Chelsea yang berkunjung ke Malaysia juga turut mengundang perasaan marah pihak tertentu kerana turut membawa pemain dari negara Israel.
Dua pekara yang dinyatakan tadi iatu Kemasukann atas faktor persidangan antarabangsa dan juga sukan mesti juga memperolehi kebenaran dari Kementerian Dalam Negeri. Dan dalam hal ini segala prosedur telah pun dijalankan dan atas sebab semangat sukan maka peninju Muay Thai negara Israel dibenarkan untuk masuk ke Malaysia.
Kita harus jelas marahnya kita pada Zionis ini jangan sampai kita lupa siapa diri kita umat Islam. Gomo nak ajak anda semua mengetahui akan Para Nabi Nabi kita umat Islam:
"Allah SWT menurunkan banyak sekali Nabi dan Rasul, namun kita sebagai muslim hanya wajib mengetahui 25 orang Nabi dan Rasul. Nabi yang diturunkan untuk bangsa Yahudi diantaranya, adalah Nabi Daud as., Nabi Sulaiman as., Nabi Harun as., Nabi Musa as., Nabi zakaria as., Nabi Yahya as.(Yohanes Pembaptis), Nabi Isa as.(Yesus) dan lain-lain masih banyak lagi. Mereka adalah sebagian kecil Nabi dan Rasul yang diutus bagi bani Israil atau bangsa Yahudi dan berasal dari bangsa Yahudi (keturunan Nabi Yakub as.)
Nabi yang bangsa Arab diantaranya adalah Nabi Hud as., Nabi Saleh as., Rasulullah Muhammad SAW.
Wallahu ‘alam bisshawwab."
Tidak ada salah jika seorang Yahudi kerakyatan Israel masuk ke Malaysia dalam pertandingan sukan Muay Thai sepertimana yang Ilya Grad lakukan. Kemasukkan beliau adalah untuk bersukan danbukan memerangi umat Islam di Malaysia dan apakah kita perlu untuk menghalang seorang yang seperti beliau untuk terus masuk dalam negara kerana beliau berbangsa Yahudi?
Di Amerika sahaja terdapat 5.25 juta bangsa Yahudi yang mana ada Pro Zionis dan ada yang anti Zionis. Mereka mempunyai Pasport Amerika yang bebas bergerak ke negara mana yang mereka rasa ingin pergi.Adakah anda rasa mereka yang berbangsa Yahudi Amerika ini tidak masuk ke Malaysia? Berkerja di Malaysia? Menetap di Malaysia?
Kadang kadang bila kita marah pada sesuatu pekara maka semua kita akan kaitkan sehingga meyebabkan orang atapun pihak yang tidak bersalah mendapat tempiasnya. Sebelum kita marah pada Ilya Grad yang merupakan bangsa Yahudi Israel yang masuk ke Malaysia dalam menyertai acara suka adalah elok jika kita sendiri mengetahui perbedaan antara Yahudi dan Zionis.
Renungkan Kata kata Ilya Grad:
"I left Malaysia with mixed feelings," Grad says. "The fact that I was allowed to enter Malaysia took us one step forward toward a life of peace, and yet I felt like I was
Kepada yang marah akan kedatangan Ilya Grad bangsa Yahudi masuk ke Malaysia adalah elok sekiranya anda semua bertanyakan pula kepada Menteri Besar Selangor Dato Seri Khalid Ibrahim yang menyumbangka RM5 juta Wang Kerajaan Selangor kepada Image Group dan The Group Entertainment dalam menganjurkan pertandingan The ChallengerMuay Thai tersebut.
Gomo difahamkan sekarang ini Kerajan Selangor telah menyaman Image Group dan The Group Entertainment kerana tidak menjemput MB Selangor Khalid Ibrahim merasmikan pertandingan tersebut yang mana Dato Seri Shabery Chik Menteri Belia dan Sukan yang telah merasmikan The Challenge Muay Thai tersebut.
Kadang kadang kita pelik bila ada pihak Sumbang RM 5 Juta dan kemudian salahkan pihak lain. Emmm dunia Politik memang Keji dan Jijik, sebab tu Gua naik bosan dengan karenah pemimpin politik baik BN mahupun Pembangkang.
Ini salah satu contoh kepada rakyat Malaysia, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sumbang RM5 Juta buat Pertandingan Muay Thai, Menteri BN dijemput Rasmi, Pemimpin Pakatan Rakyat salahkan Menteri BN dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor saman balik kepada yang telah disumbang sebelum ini RM5 Juta.
Politik......Politik...Macam Macam ada, rakyat juga jadi mangsa
Psssttt... Gua tak cerita lagi bab orang Islam kat Arab tu kawin dengan Wanita Yahudi.....
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
No comments:
Post a Comment