Friday, 14 October 2011
Alahai PKR Peruntukan RM55 juta ‘lesap’
Memang dasar penyamun la juak Pkr nie.rakyat selangor harus sedaq bahawa depa nie lagi besaq punya auta punya dok ada BPUNS mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan penyelenggaraan infrastruktur sebanyak RM315 juta yang diberi Kerajaan Pusat pada 2009.
Setiausahanya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata ini kerana berdasarkan laporan diterima, sebanyak RM55 juta ‘hilang’ begitu saja kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing menerima RM183 dan RM76 juta, manakala sebanyak RM900,000 bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).Katanya, tindakan kerajaan negeri itu jelas mengkhianati kepentingan rakyat yang berhak mendapat kemudahan infrastruktur selesa.
“Jika dihitung semuanya, terdapat baki RM55 juta dan saya ingin bertanya, ke mana perginya duit peruntukan diberi Kerajaan Pusat. Jika ia dimasukkan dalam tabung wang amanah negeri, sila jelaskan tujuannya,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO, di sini.
Mohd Zin berkata, rakyat berhak tahu mengenainya kerana peruntukan itu bukan untuk disimpan atau digunakan bagi kepentingan pihak lain, sebaliknya untuk keselesaan rakyat.
"Banyak lagi jalan rosak perlu diperbaiki dan diselenggara, tetapi kenapa ia tidak digunakan sepenuhnya. Jika Kerajaan Pusat tidak bagi duit, kerajaan negeri cakap macam-macam tetapi bila dapat duit, jadi macam ini pula," katanya.
Sementara itu, katanya, beliau sudah mengarahkan UMNO Selangor membuat laporan polis terhadap Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, 3 Ogos lalu.
Beliau berkata, tindakan memburukkan institusi raja satu hasutan amat serius dan perlu dikenakan tindakan sewajarnya oleh polis.
"Ia tidak harus dipertikai kerana jelas Sultan ada kuasa dalam hal ehwal agama dan Abdul Aziz sepatutnya tahu. Selain itu, tindakan kerajaan negeri mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga tidak wajar.
"Badan pemantau yang ditubuhkan menyebabkan JAIS tidak ada kebebasan dalam membuat kerja dan jika hendak kaji semula SOP, kita boleh bentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment