Thursday, 6 October 2011

Cincin USD 24 Juta Terbukti Fitnah Ke Atas D.S.Rosmah Mansor - D.S.Nazri Aziz




Ini Si Chegubard Anak Haram Yang Menyebar Fitnah Ke Atas Datin Seri Rosmah Mansor.


KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan tiada sebarang pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata cincin kontroversi berkenaan turut dikembalikan kepada syarikat pemunya cincin itu selepas beberapa hari.


"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes berkenaan kepada JKDM dan pihak mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut," katanya dalam jawapan bertulis diDewan Rakyat pada Selasa.


Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui status siasatan pihak polis dan SPRM berhubung dakwaan pembelian cincin tersebut.


Bagaimanapun menurut Mohamed Nazri, kes berkenaan tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM kerana suruhanjaya itu hanya menjalankan siasatan bagi kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewenganseperti mana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.


Sebelum ini, Rosmah turut menafikan mengenai pembelian cincin berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah.


GOMO: Dari awal keluarnya cerita ni Gomo dah mengetahui akan kebenarannya bahawa Pakatan Pembangkang manfitnah Datin Seri Rosmah mengenai cincin USD24 Juta ni. Fitnah mereka demi meraih undi Politik.


Itulah Pakatan Pembangkang yang akan menggunakan apa sahaja dalam memastikan nama Rosmah, Najib Razak busuk bagi memudahkan mereka merampas Putrajaya dari kerajaan BN yang ada pada hari ini.


Namun demikian Gomo merasa sedikit ralat memandangkan mereka yang menabur fitnah ini masih lagi bebas melakukan kerja jahat dan kotor mereka dalam merekayasakan fitnah ke atas Rosmah dan Najib Razak setiap hari. Apakah tidak ada tindakan yang diambil oleh SKMM keatas mereka ini? Tunggu apa lagi? Bulan jatuh ke Riba?


Gomo yakin dan amat pasti selepas ini pasti akan ada lagi Fitnah terbaru yang dilemparkan pemimpin Pakatan Pembangkang keatas Datin Seri Rosmah dan juga Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak. Mereka tidak akan berdiam diri kerana mereka tahu imej PM dan Isteri mesti dibusukkan bagi mereka menghasut rakyat mengundi mereka.


Kami para Blogger Pro Kerajaan akan mempertahankan pemimpin kami dari Fitnah Pakatan Pembangkang dan juga akan menyerang pemimpin mereka dengan Fakta dan bukti yang kami ada. Perjuangan kami belum selesai dan ini yang akan dilakukan kami barisan Blogger, FB, Twiiter dan mana mana pengiat medan Tempur dialam maya ini.



Psssttt . . . Mereka hebat dalam Fitnah keatas kita namun kita pula hanya berdiam diri sampai bila?

No comments:

Post a Comment