Thursday 6 October 2011

Guan Eng Di Tangkap Berbohong Lagi


Seperti biasa,bolehkan kita percaya cakap seorang pembohong. Seperti yang pisau katakan sebelum ini Lim Guan Eng ketua menteri regim DAP Pulau Pinang tidak pernah bercakap benar. Tak banyak pasti sedikit dia akan bohong.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidE7qJh7PiPF5DX4-ZIkf-wi3V3l7XTUolIYwNGq8b3f12S1-oFew_OqejZ6WlyTk_zTRKUojjOJLefIE8FkZrdlIQysFwcrGTe3g-0srwwgWqpuH9AC77kkvq3Xi1vZpXDTH35eskYFo/s1600/Biawak+Guan+Eng+%25281%2529.jpg

Cuba anda bayangkan Guan Eng boleh menuduh orang lain pula yang berbohong semata mata untuk menutup pembohongan diri sendiri. Pisau berasakan Guan Eng sudah ke peringkat kronik iaitu kesukaran untuk bercakap benar(Sindrome biawak)

Lidah bercabang ini ditangkap berbohong lagi ,kali ini Menteri Penerangan Ds Rais Yatim pula membuktikan bahawa Guan Eng kantoi berbohong dan pembelit.

Dituduh berbohong: Rais tempelak Guan Eng

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.
Menurutnya, Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang di negeri itu yang dibantu kerajaan penubuhannya, supaya menggunakan bahasa Malaysia dalam majlis rasminya.
Katanya, Kolej Han Chiang yang dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin dalam satu majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.
Jelas beliau, penyampai pada majlis itu hanya menggunakan kedua-dua bahasa itu kecuali bagi satu lagu yang dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.
Merujuk kepada majlis ulang tahun Kolej Han Chiang di Pulau Pinang pada 29 September lalu yang beliau hadiri bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rais menegaskan:
"Tiada sebab kenapa Lim Guan Eng mengatakan bahawa saya 'berbohong' macam Utusan. Para penyampai (Kolej) Han Chiang malam itu tidak menggunakan sepatah pun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan."
Rais menyatakan demikian dalam kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam blognya, limguaneng.com hari ini yang mendakwa Rais membuat tuduhan palsu mengenai satu majlis rasmi dihadiri menteri berkenaan di Pulau Pinang yang hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.
Entri terbaru Guan Eng itu bertajuk Datuk Seri Rais Yatim Should Not Lie Like Utusan Malaysia But Prove Which Penang State Official Function He Attended Sidelined Bahasa Malaysia (Datuk Seri Rais Yatim Sepatutnya Tidak Berbohong Seperti Utusan Malaysia Tetapi Membuktikan Majlis Rasmi Negeri Pulau Pinang Yang Mana Beliau Hadiri Mengetepikan Bahasa Malaysia".
Dalam entri tersebut, Guan Eng mencabar Rais mengemukakan bukti dan menamakan majlis rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang dihadirinya yang mengetepikan Bahasa Malaysia.
Guan Eng mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang dikendalikan oleh pihak swasta dan majlis dihadiri Rais itu pula adalah anjuran kolej berkenaan, bukannya kerajaan negeri.
Menurut Guan Eng, sekiranya Rais gagal menunjukkan bukti, menteri tersebut perlu menarik balik kenyataannya berhubung isu itu dan juga mengemukakan permohonan maaf.
Semalam, Bernama melaporkan satu kenyataan Rais di Jelebu, Negeri Sembilan yang melahirkan rasa kesal beliau kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.
Rais dipetik memberitahu, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.
"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," katanya.-Utusan
Pisau kata " Menipu dah memang ibadah kaum puak pakatan"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1ZyMEFZIi

No comments:

Post a Comment