Saturday, 22 October 2011

Umat Islam Ayuh Kita Ke Perhimpunan Sejuta Umat HIMPUN



Selamatkan Akidah Umat Islam

Hari ini jam 2petang sehingga jam 6 petang akan berlangsungnya Perhimpunan Sejuta Umat yang mana mengimpunkan seramai mungkin umat Islam tampa mkengira politik dan pangkat dalam bersama sama kita menyatakan suara kita dalam Menyelamatkan Akidah umat Islam.


Dalam pada itu Gomo juga meminta kepada para peserta yang akan turun hari ini di Stadium Shah Alam untuk mengikuti garis panduan yang diberikan dibawah ini bagi menjamin program yang diadakan berjalan dengan lancar.

Garis Panduan HIMPUN

Semua peserta mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) seperti berikut :

1. Datang awal supaya mengelakkan kesesakan jalan dan kemasukan ke dalam stadium.

2. Membawa sejadah untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar

3. Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran

4. Bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan

5. Menjaga kebersihan stadium dan tidak merosakkan apa jua harta serta barangan di dalam stadium

6. Menjaga keselamatan kenderaan masing-masing

7. Mematuhi setiap arahan dan memberi kerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung.



Larangan :

1. Membawa edaran dan risalah yang berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman program

2. Membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur.

3. Membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan.

4. Membawa sebarang bentuk senjata atau barang-barang yang merbahaya seperti mercun dan sebagainya kedalam kawasan perhimpunan berlangsung

Gomo menasihatkan agar kita yang akan hadir petang nanti usah terlalu emosi dan jangan terikut ikut dengan sebarang anasir yang boleh mengugat ketenteraman awam. Kita jumpa disana InsyaAllah....


Psssttt.... Bawak seluruh kaum keluarga kita bersama menyelamatkan akidah umat Islam.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

No comments:

Post a Comment