Friday 14 October 2011

Perang Portal,Malaysian Insider Tembak MKini

Malaysia Insider dan Malaysiakini dua portal pembelit,pembohong dan pakar temberang sedang berantakan membunuh sesama sendiri.

Pisau melihat ini satu lagi cubaan MalaysianInsider yang cuba merampas tahta portal pembohong nombor 1 dinegara ini.

Walau bagaimana pun Malaysiakini yang mahir dan boleh dikira otai dalam putar belit dilihat sekarang ini imejnya tercalar dengan amat teruk sekali apabila berpuluh kali dikantoikan oleh para blogger pro BN. Kredibiliti Malaysiakini sudah buruk dan ramai pembaca telah beralih arah ke Malaysian Insider memandangkan portal ini pembohonganya agak halus sedikit berbanding Malaysiakini.

Baguslah portal penipu tembak portal temberang.Mengelabah dengan tembakan MalaysianInsider ,untuk menafikan tiada kaitan dengan Umno.Premesh Chandran membuka pekung sendiri apabila mendedahkan Malaysiakini dibiayai oleh Media Development Loan Fund yang punyai kaitan dengan Soros dan CIA.
Tapi penafian itu tidak
bermakna apabila Bekas Editor Berita Malaysiakini, Chon Yen Long,
kemudiannya mendakwa bahawa Malaysiakini menerima wang sejumlah RM
188,000 daripada Media Development Loan Fund (MDLF) yang mana OSI milik
Soros menjadi penaja utamanya. klik sini
Dan perkara yang membuktikan Premesh
Chandran adalah seorang penipu yang mengatakan Malaysiakini langsung
tidak berkaitan dengan SEAPA dan MLDF serta Soros ialah laporan laporan
Janet Steele, The International Journal of Press/Politics 2009; 14; 91
bertajuk “Professionalism Online: How Malaysiakini Challenges
Authoritarianism”, (klik di sini)
dia melaporkan Malaysiakini mendapat tajaan George Soros melalui Open
Society Institute yang turut menaja Southeast Asia Press Alliance
(SEAPA) dan Media Development Loan Fund (MDLF).
“Malaysiakini’s
initial funding came from the Southeast Asia Press Allian(SEAPA). Later
they completed a private equity transaction with the Media Development
Loan Fund (MDLF) and set up a company with 5 million shares (Tong 2004: 306)”
“In
February 2001, the Far Eastern Economic Review quoted billionaire
George Soros as saying that his Open Society Institute funded several
media outlets in Asia, including Malaysiakini. Although FEER later
published a clarification stating that OSI funded the Southeast Asia
Press Alliance (SEAPA) and not Malaysiakini, this made little
difference to Malaysian authorities and local media, which continued to
use the purported connection with Soros to discredit the news
organization (Tong 2004)
Manakala Wikipedia Bahasa
Indonesia turut melaporkan Malaysiakini menerima dana 100,000 US Dollar
Amerika di awal penubuhannya dan begitu juga pihak Malaysiakini sendiri
mengakui perkara ini tahun lepas dan membuktikan Premesh Chandran
menipu mengenai perkara ini pada tahun 2001. Klik sini dan sini.
Perkara
di atas menyebabkan hal penafian mengenai Malaysiakini adalah tidak
berkaitan langsung dengan Soros adalah satu pembohongan dan mungkin
dilakukan untuk melindungi penaja mereka itu
serta ingin menggambarkan kononnya mereka benar-benar bebas tetapi
ternyata laporan mereka adalah pro kepada Anwar Ibrahim agen Amerika di
negara ini.
Malaysiakini, SEAPA ditaja NED organ CIA

Apa
yang Kumbang pasti Malaysiakini bukan sahaja ditaja Soros sahaja tetapi
turut berkaitan dengan NED,organisasi yang ditubuhkan Amerika untuk menggantikan CIA bagi menjalankan operasi rahsia mereka di seluruh dunia.
Mengikut laporan tahunan NED 2009, melaporkan mereka telah memberikan Mkini Dotcom Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan operasi Malaysiakini dana sebanyak 100,000 US Dollar
untuk membantu Malaysiakini menyaingi arus media perdana. Perkara yang
membuktikan Malaysiakini mengikut telunjuk pihak barat dalam
penyampaian media mereka.- Selanjutnya klik sini

Laporan yang mendakwa bahawa Malaysiakini sedang mengadakan perbincangan bagi pertukaran saham dengan media yang kepentingan Umno adalah tidak benar, kata ketua pegawai eksekutif portal berita itu, Premesh Chandran.

"Tidak ada kebenaran dalam dakwaan bahawa Malaysiakini akan dijual kepada syarikat berkepentingan Umno," kata Premesh.

Menurut beliau, Malaysiakini telah beroperasi sejak tahun 1999 sebagai sebuah organisasi media yang bebas dan akan kekal sebegitu.

Khabar angin bertiup kencang apabila portal The Malaysian Insider mendakwa Malaysiakini akan membekalkan berita kepada akhbar Malay Mail sebagai pertukaran untuk ekuiti dalam tabloid berkenaan.

Berikutan itu, satu lagi portal online Malaysia Chronicle membuat andaian bahawa perjanjian pertukaran saham mungkin berlaku dan beberapa personaliti media yang rapat dengan Umno akan menguasai sidang pengarang Malaysiakini.
NONE"Kami telah meminta Malaysia Chronicle untuk menarik balik cerita mereka dengan segera," kata Premesh, sambil menambah bahawa portal berita itu tidak menghubungi Malaysiakini untuk pengesahan berita berkenaan.

Ketika berita ini ditulis, kedua-dua Malaysia Chronicle dan The Malaysian Insider telah mengemaskini laporan masing-masing berhubung penafian yang dibuat oleh Premesh.

Sepanjang lebih 12 tahun penubuhannya, Malaysiakini sering-kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan perniagaan pihak tertentu yang tidak mempunyai sebarang asas.

Kepentingan majoriti Malaysiakini masih terletak di tangan kedua-dua pengasasnya, Steven Gan dan Premesh.

Pemegang saham kedua terbesar pula adalah sebuah pelabur media antarabangsa - Media Development Loan Fund atau Tabung Pinjaman Pembangunan Media - yang membeli hampir 30 peratus saham dalam Malaysiakini pada 2002.

Baki saham syarikat itu pula diagihkan kepada kakitangannya sejak beberapa tahun yang lalu, sebagai pengiktirafan sumbangan mereka kepada organisasi tersebut
.

Pisau kata " penipu macam guan eng"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1aj3tfGY8

No comments:

Post a Comment