Thursday, 15 September 2011

Ekslusif 18 SX - Video Seks Mat Sabu Yang Wajib Penyokong PAS Ketahui


Video Perbualan Seks Mat Sabu Yang Hangat Dipasaran

Sebenarnya apa yang dijawap Mat Sabu ini sudah boleh dijangka oleh ramai pengamal media yang ada dalam Malaysia. Malah rakyat Malaysia juga sudah boleh meneka jawapan yang dinyatakan oleh Mat Sabu ini. Yang akan terus membuta tuli adalah penyokong PAS yang mana walaupun mereka tahu Mat Sabu ini namun demi parti ISLE mereka akan tetap menyatakan Mat Sabu adalah bersih sesuci malaikat.



"No komen," jawapan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran parti PAS Pusat di Taman Melewar petang semalam.
12 September 2011


Gomo tidak mahu mengulas apa yang Mat Sabu katakan dalam penafiannya beliau mengenai video rakaman perbualan Mat Sabu ini namun Gomo sebenarnya nak tujukan Posting ini kepada para penyokong PAS yang mungkin marah membuta tuli kepada UMNO kerana keluarnya Video Seks Mat Sabu ini.

Pada tanggal 12 June 2011 Gomo ada mengeluarkan artikel mengenai Video Seks ini yang mana Gomo telah memperolehi Video Rakaman perbualan tersebut dari seorang kenalan dalam PKR. Segala galanya Gomo jelaskan dalam artikel tersebut dan minta anda membaca nya bagi memahami dengan lebih lanjut isu Video Seks Mat Sabu ini KLIK DISINI


Zuraidah (Mak Lampir)
"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," 
kata Mat Sabu ketika ketika diminta mengulas berhubung
penyebaran VCD Perbualan Lucah nya.
10 June 2011

Tiap kali pekara yang menjatuhkan maruah pemimpin Pakatan Pembangkang mesti ianya akan disalahkan kepada UMNO walhalkan kelakuan mereka dalam pakatan Pembangkang ini memang sentiasa Haru Biru dengan pelbagai ragam dan masaalah Sosial.

Dalam isu Video Seks perbualan Mat Sabu ini dari Gomo perolehi CD tersebut Gomo sudah nyatakan bahawa yang membuat rakaman perbualan tersebut adalah IKD yang mana waktu tersebut Anwar Ibrahim yang mengepalainya .

Permusuhan Mat Sabu dan Anwar Ibrahim bukanlah baru dan ini dapat dibuktikan dengan pertelagahan mereka yang bermula sejak didalam ABIM dan gelaran ANWAR AL JUBURI yang diberikan Mat Sabu buat Anwar Ibrahim.

Dan untuk pengetahuan semua terutama Ahli PAS Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang Bodoh yang rela membiarkan musuh nya menjangkaui apa yang telah beliau lakukan selama ini didalam pakatan. Justeru itu kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar yang lalu sebenarnya telah memberikan satu ancaman buat pengaruh Anwar Ibrahim didalam Pakatan Pembangkang.

Cuba anda lihat sebelum ini siapa yang mengepalai setiap perbincangan diantara Pakatan Pembangkang? Apabila PAS dan DAP bertelagah siapa yang menjadi perantaraan nya? Anwar Ibrahim sebelum ini dilihat mampu menjadi perunding bagi kedua dua pihak dan ini diakui oleh semua ahli dalam PAS,DAP dan PKR. Namun apabila Kes Liwat Anwar Ibrahim yang mana PAS melihat bahawa segala bukti yang ada akan menyebabkan Anwar Ibrahim didapati bersalah dan secara automatiknya PAS sudah kehilangan orang penting dalam sebarang hubungan bersama DAP.Justeru itu seorang Pemimpin baru perlu tampil bagi menjadi orang tengah jika terdapat sebarang Konflik bersama DAP.

Mat Sabu orang yang cukup baik dalam menggantikan Anwar Ibrahim dalam menjadi orang tengah dalam Pakatan Pembangkang. Gomo nayatakan ini berdasarkan apa yang telah berlaku sejak beberapa kebelakangan ini memandangkan pemimpin DAP cukup senang berkerjasama dengan DAP.

Dalam isu Gereja DUMC apabila ianya melibatkan Hassan Ali dan juga DAP anda semua dapat lihat bukan Anwar Ibrahim yang menjadi perantara sebaliknya PAS mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berunding dan berbindang bersama pihak Gereja DUMC dan DAP.PAS tidak lagi mengharapkan Anwar Ibrahim kerana mereka yakin jika PAS dan DAP dapat bersatu tampa peranan Anwar Ibrahim maka mereka akan lebih kuat sama sekali.

Undi kaum Cina amat penting pada PAS dalam menyingkirkan UMNO dikerusi yang dipertandingkan kelak. Begitu juga DAP yang mana memerlukan undi Melayu sedikit sebanyak yang akan datang dengan lakonan sikap mereka yang menerima Melayu dan Islam. Ini telah digambarkan dalam pelbagai insiden dan yang terbaru apabila isu Komunis dimainkan oleh Mat Sabu dan ianya sebenarnya adalah demi mengambil hati DAP.

Dengan begitu pantas peranan yang dimainkan Mat Sabu bagi pihak PAS apakah anda semua tidak merasakan bahawa Anwar Ibrahim akan menerima apa yang Mat Sabu lakukan? Apakah Anwar Ibrahim akan berdiam diri sahaja melihat Mat Sabu menjadi jambatan perantara PAS dan DAP?

Sekarang ini sudah banyak agenda PAS dan DAP yang tidak lagi dilakukan melalui Anwar Ibrahim dan ini semua sudah pasti memberikan ancaman yang cukup besar buat Anwar Ibrahim yang cita cita nya untuk menjadi Perdana Menteri masih belum berkubur.

Gomo sarankan kepada para penyokong PAS untuk menilai sendiri apa yang Gomo nyatakan ini dan sekali lagi Gomo nak ingatkan bahawa Rakaman Perbualan SEKS Mat Sabu dirakam Oleh IKD yang mana dibiayai dan dikepalai oleh Anwar Ibrahim sewaktu beliau dalam Kerajaan BN.

Tanya pada diri anda wahai penyokong PAS mengapa Anwar Ibrahim melakukan pekara ini? Mengapa rakaman Perbualan Seks Mat Sabu dikeluarkan sehari selepas beliau menang Timbalan Presiden PAS. Renungkanlah wahai penyokong PAS.......

Gomo akan cerita apa Game Plan dari DAP buat Anwar Ibrahim dalam pakatan DAP dan PAS ini. Apa yang Gomo perolehi sememangnya cukup kuat dengan Fakta dan Kronologinya. Nantikan pembongkaran nya dalam masa terdekat ini.

Psssttt.....Jangan bila sesuatu isu terkena pada pemimpin Pakatan semuanya berpunca dari UMNO walhalkan ianya datang dari sekutu politik sendiri......



Gua Geli Dengar Perbualan Mat Sabu Ni

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

No comments:

Post a Comment