Wednesday, 7 September 2011

Mat Sabu : Daripada Ayam Menjadi Anjing


Mat Sabu yang digelar sebagai ayam tambatan khawarij PAS sekarang ini sudah bertukar profesionnya apabila telah menjadi anjing kepada DAP.


Beliau begitu kuat berkempen agar lebih ramai melayu menyertai DAP sejak akhir akhir ini. Paling menghairankan Mat Sabu sendiri menyarankan agar anak anak melayu menyertai DAP pada waktu ketika beliau berkempen sebelum muktamar PAS baru baru ini.

Pelbagai macam pujian diberikan kepada DAP,Mat Sabu dikhabarkan punyai perjanjian diantara Guan Eng yang beliau sendiri anggap seperti saudaranya.

Selepas isu kegampangan khawarij PAS mempertahankan gereja yang memurtadkan umat Islam, bagaikan ada satu kerasukan terhadap gerembolan khawarij apabila mereka bermati matian mempertahankan status Mat Sabu sebagai anjing DAP,langkah sumbang khawarij bersilat mempertahankan komunis sebagai pejuang kemerdekaan mengesahkan mereka tak lebih daripada salah satu sayap DAP. Maka benarlah DAP berjaya berdakwah kepada khawarij PAS.

Khawarij PAS yang ada didalam parti mereka sekarang ini sudah bertukar menjadi hibrid hibrid DAP , apa yang dilihat sekarang ini dari presiden parti hinggalah kepada yang ditepi jalan,khawarij menggila mempertahankan komunis adalah pejuang kemerdekaan. Bayangkan Hj Hadi menyamakan perjuangan komunis seperti perjuangan rasullulah. Mujahid Rawa ibaratkan komrad komunis yang gugur seperti gugurnya pahlawan perang yang jatuh syahid.

Taichi sumbang khawarij PAS tak terhenti disitu saja, mereka sanggup putar belit fakta hingga sejarah negara pun sanggup diubah asalkan menepati cita rasa kebobrokan mereka.

Suara siapa yang khawarij bawa? Bukankah sebelum ini DAP begitu kuat berkempen agar Chin Peng diberi pengiktirafan dan pengampunan . Sekarang setelah khawarij PAS secara rasminya diangkat maqam menjadi anjing suruhan maka kehendak DAP di amanahkan kepada mereka maka bersalakan siang dan malam.


Pisau kata " daripada ayam jadi anjing tak lama lagi jadi DaPig"

Read more: http://www.pisau.net/2011/09/mat-sabu-daripada-ayam-menjadi-anjing.html#ixzz1XE2G6Nar

No comments:

Post a Comment