Wednesday 7 September 2011

Khalid Dapat Tauliah Gereja?

http://www.kitagempur.com/uploads/image/hampasgaduh.gif
Khalid Gereja kesayangan khawarij PAS dikhabarkan berasa terganggu apabila kerja untuk menghasut dan berpolitik di surau dan masjid dihalang JAIS.Kita semua tahu Khalid beberapa kali ditegur dan dimarahi jemaah di masjid dan surau apabila berceramah soal politik.

Malah kemuncaknya beliau dimarahi jemaah di sebuah masjid di Kg Melayu Subang semasa bulan ramadhan yang lepas.

JAIS cukup faham dengan Khalid pejuang gereja Evengelis,Khalid teruk menghentam JAIS kerana jabatan agama itu telah berjaya menghalang satu program proses memurtadkan umat Islam.

Secara logiknya jika tidak mempunyai kepentingan apa perlunya Khalid menyerang JAIS .Malah Khalid lebih berselera untuk mempertahankan gereja Evengelis berbanding mempertahankan JAIS dan Hassan Ali.

Binatang politik sepeti Khalid tak layak berceramah di masjid dan surau.Selayakanya hanya digereja Evengelis saja!

Khalid ke Mahkamah Syariah?

SHAH ALAM 6 Sept. – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau, bulan lalu.
Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi ini untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
“Memang saya hadir untuk berikan keterangan kepada JAIS pagi ini kerana didakwa memberi ceramah agama tanpa tauliah dan saya difahamkan sebutan kes akan didengar di Mahkamah Syariah Klang, 24 November ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor mendakwa kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman ketika dihubungi menyatakan Ahli Parlimen itu dipanggil oleh Bahagian Penguat Kuasa JAIS hari ini bagi membantu siasatan mengenai kes itu.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini JAIS tidak menetapkan sebarang tarikh untuk perbicaraan Khalid di mahkamah memandangkan siasatan atas dakwaan itu masih lagi berjalan dan sedang dalam proses untuk disiapkan.
“JAIS menerima aduan daripada orang ramai atas dakwaan Ahli Parlimen (Khalid) itu menyampaikan ceramah tanpa tauliah. JAIS memanggil beliau pada pagi ini untuk memberi keterangan,” katanya.
Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu difahamkan, tauliah mengajar yang diterima oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Othman pada tahun lalu tidak disambung oleh JAIS setelah tamat tempohnya bulan lalu.
Pisau kata " dakwah kepala hotak hang,sembang politik depa tau la sampai tak bertempat"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1XFrbjznD

No comments:

Post a Comment