Monday 19 September 2011

Guan Eng Buntingkan Kekasihnya?



Tahukah anda kenapa Teng Hock Nan mengunakan perumpamaan Guan Eng seperti kekasih curang? Perangai Guan Eng sebenarnya tak ubah seperti budak bohjan,dia cuma nak sedap tapi tak mahu bertanggungjawab.

Beliau sanggup berbohong semata mata mahu menutup kelemahan diri.Maka apa saja kesilapan yang beliau buat akan dihalakan kepada orang lain.Ketika beliau memikat pengundi untuk menagih kasi,segala janji bulan dan bintang dicurahkan.Apabila beliau dapat apa yang dimahukan rakyat Pulau Pinang dilayan seperti bohsia yang diguna ibarat kertas tisu,nak pakai baru guna tak mau boleh dibuang.

Mana janji nak mansuhkan tol Sungai Nyior?Tak ada? Mana janji nak buat rumah murah?Tak ada? Mana janji nak hapuskan rasuah? Rasuah tetap berlaku jugak.Mana janji nak transperensi?Tak ada,projek PDC direct nego 76 juta pun dah lingkup Guan Eng punya kerja.

Lim Guan Eng hanya nampak hebat rambut bersikat tepi dengan krim Brylcreamnya,tetapi percayalah muka hensem seperti Guan Eng ada lidah bercabang didalam mulutnya.

Guan Eng umpama kekasih curang?

PULAU PINANG 18 Sept. - Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sering menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jika tercetus sesuatu isu di negeri ini disifatkan seperti seorang kekasih yang hanya pandai memikat gadis tetapi tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, rakyat perlu sedar bahawa kebanyakan kenyataan atau pengumuman mengenai dasar pentadbiran yang dibuat Guan Eng hanya mahu menarik perhatian mereka sedangkan hakikatnya ia sekadar indah khabar daripada rupa.
Menurut beliau, apabila sesuatu dasar atau keputusan yang dibuatnya tidak berjaya, Guan Eng mengelak untuk bertanggungjawab dan akan menuding jari terhadap pentadbiran kerajaan BN tiga tahun lalu.
"Dia (Guan Eng) seperti seorang jejaka yang sentiasa memikat kekasihnya dengan mengatakan dialah paling hebat dan terbaik.
"Pada suatu hari, kekasihnya mengadu bahawa dirinya mengandung dua bulan tetapi dia terus menuduh kekasih lama gadis itu yang telah berpisah tiga tahun lalu sebagai bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan persidangan perwakilan Gerakan negeri di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Hock Nan turut membidas konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diperkenalkan Guan Eng dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Jelasnya, konsep tersebut pada luaran sahaja bersih tetapi di dalamnya penuh keladak.
Ketika menerangkan mengenainya kepada para hadirin, Hock Nan memegang segelas air lalu membancuh dengan serbuk campuran kopi.
"Cuba lihat air di dalam gelas ini. Ia nampak jernih dan bersih. Tapi bila saya campurkan serbuk kopi ini, ia menjadi keladak. Itulah sebenarnya CAT," ujarnya.-Utusan

Pisau kata " muslimah PAS kata Guan Eng Hensem.. abis la abg abg pas tak boleh cari makan hahaha..jangan jeles "


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1YNfCT9LX

No comments:

Post a Comment