Tuesday, 20 September 2011

Guan Eng,Serang Projek UDA Atas Kepentingan Singapura?



Guan Eng diminta tunjuk bukti atau tutup mulut

PULAU PINANG 19 Sept. – PPP sekali lagi mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati berlaku unsur penyelewengan dalam projek pembangunan di Pulau Jerejak di sini semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

Pengerusi PPP negeri, Datuk. Dr. Loga Balan Mohan menegaskan, Guan Eng harus membuktikan kepada umum bahawa penyelewengan tersebut benar-benar berlaku dan bukan sekadar cakap kosong sahaja.

Menurutnya, jika enggan berbuat demikian, Setiausaha Agung DAP itu diminta menutup mulut dan tidak lagi membuat dakwaan tidak berasas terhadap BN.

“Saya cabar dia (Guan Eng) supaya buat laporan polis atau SPRM jika berani dan tunjukkan bukti.

“Jika tidak, jangan cakap kosong kerana ia mengelirukan orang ramai sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung Pasar Chowrasta, di sini hari ini-Utusan

Ulasan dari sahabat blogger BadarKhubro
RISALAH AWAL YANG KERAJAAN NEGERI KELUARKAN SEBELUM INI SELEPAS TAN SRI KOH MEMBANGKITKAN ISU PULAU JEREJAK
ADALAH TIDAK ADIL DAN TIDAK BIJAK GUAN ENG MENYATAKAN JEREJAK AKAN TERUS RUGI SEDANGKAN PROJEK INI MASIH LAGI TERUS BERJALAN MENGIKUT FASA PERANCANGANNYA. SOALNYA APAKAH GUAN ENG MAHU JEREJAK DIKUASAI SEPENUHNYA OLEH SYARIKAT DARI SINGAPURA DAN BOLEH DIJADIKAN PUSAT BEBAS HIBURAN?PDC SEBABAI PEMEGANG SAHAM SEBANYAK 49% SEHARUSNYA BERSAMA DENGAN RAKAN NIAGANYA IAITU UDA DI DALAM TERUS MEMAJUKAN JEREJAK. MENGAPAKAH GUAN ENG MAHU MENGHENTIKANNYA.


ANTARA HUJAH GUAN ENG DALAM HAL TANAH JEREJAK :

Isu Tanah RM10.6 Juta

Permohonan tanah di Pulau Jerejak telah dibuat oleh TIR pada 19 November 1997 dan kelulusan oleh Kerajaan Negeri telah diperolehi pada 15 Januari 2001. Tempoh pajakan adalah selama 60 tahun yang akan tamat tempohnya pada 10 Oktober 2062.

Jumlah premium tanah yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri ialah RM12.95 juta (iaitu RM3.72 skp) bagi tanah berkeluasan 80 ekar. Kadar faedah yang dikenakan ialah 4% setahun dan tempoh pembayaran balik ialah dari tahun 2004 sehingga 2013 (selama 10 tahun). 
Setakat ini, jumlah yang telah dibayar oleh TIR adalah sebanyak RM4.63 juta (termasuk faedah sebanyak RM0.47 juta). Baki yang masih belum dijelaskan adalah sebanyak RM10.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM1.81 juta). TIR tidak mampu membayar ansuran mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat yang tidak baik

SAHABAT PEMBACA SEKALIAN. GUAN ENG MENYATAKAN KERAJAAN NEGERI RUGI RM 10.6 JUTA AKIBAT KEGAGALAN PEMBAYARAN PREMIUM TANAH. GUAN ENG NAMPAK RUGI RM 10.6 JUTA , NAMUN GUAN ENG TERLUPA KERAJAAN NEGERI RUGI RM 27 JUTA DALAM KES PEMBERIAN TANAH KEPADA PEMBINAAN HOTEL LIMA BINTANG DALAM PROJEK SPICE. WALAUPUN TIR MASIH BERHUTANG, NAMUN TIR TETAP MAMPU MEMBAYARNYA. TETAPI DALAM KES SPICE KERAJAAN NEGERI SAH AKAN RUGI RM 27 JUTA KERANA PENJUALAN TANAH KEPADA SYARIKAT BERKENAAN PADA KADAR RM 100( HARGA SEMASA RM 300 KAKI PERSEGI)

GUAN ENG BISING KERANA KERAJAAN BN TERDAHULU BOLEH MEMBERIKAN GERAN KEPADA TIR SEDANGKAN PREMIUM BELUM DILANGSAIKAN. TETAPI KENAPA GUAN ENG TAK BISING MENGAPA PULA DIA BOLEH MENJUAL TANAH KEPADA PROJEK HOTEL LIMA BINTANG PADA KADAR RM 10O KAKI PERSEGI?

MANA YANG LEBIH BESAR RUGI?
PULAU JEREJAK RM 10.6 JUTA
HOTEL LIMA BINTANG DI BAWAH PROJEK SPICE KERAJAAN NEGERI RUGI RM 27 JUTA.-


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1YU7AtmuG

No comments:

Post a Comment