Tuesday 13 September 2011

Penyelewengan Wang Rakyat Selangor Didedahkan

YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN. 
PENYELEWENGAN YAYASAN SELANGOR 
BERDASARKAN LAPORAN BAHAGIAN AUDIT DALAMAN PEJABAT SUK NEGERI SELANGOR 


DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN 
PERLANTIKAN JAWATAN PENGURUS BESAR. 

Jumlah permohonan 42 permohonan 
Senarai layak hanya 8 calon 
Tarikh temuduga pada 22/2/2010 
Panel temuduga Pegawai Kewangan Negeri dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. 
Keputusan Panel- En Razali Tumirin ( Calon Utama) dan YM Raja Razman Shah 
Perlantikan Pengurus Besar tidak menepati keputusan panel.Calon utama panel lebih sesuai kerana telah dinilai kebolehan,kepakaran dan kelayakan oleh panel yang dilantik oleh kerajaan negeri.Rujuk Lampiran 

PERLANTIKAN PENGURUS KEWANGAN ( kemudian jawatan di naikkan kepada Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan ) 

Perlantikan jawatan ini menepati keputusan panel tetapi terdapat Notis Kebangkrapan yang tidak dimaklumkan oleh calon pilihan utama. Melindungi maklumat demi kepentingan diri adalah satu kesalahan bagi penjawat kerajaan. Rujuk lampiran 

CUTI BERGAJI SEMASA DALAM SIASATAN 
Arahan cuti bergaji telah dikeluarkan (Rujuk lampiran) oleh Pengurus Besar kepada seorang Pegawai Kontrak . Mengikut syarat-syarat tawaran perhidmatan kontrak tiada terma atau syarat cuti bergaji penuh. Pengurusan YS tidak merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah dalam isu tatatertib pegawai tertinggi.Rujuk lampiran 

SAGU HATI FAEDAH PERSARAAN. 
Sepanjang 2010, 18 orang kakitangan telah meletak jawatan. Ada diantaranya telah berkhidmat sehingga 18 tahun. Malangnya tiada pembayaran saguhati kepada kakitangan walaupun terdapat Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Fasal 5 Faedah Persaraan ( 5.1.4) Berhenti Kerja. Pengurusan YS mengubah peraturan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga dalam menjaga kebajikan kakitangan. 

Pertukaran Kakitangan 
Bermula Mac 2010 seramai 50 pegawai dan kakitangan telah ditukarkan seperti dibawah: 

Jusa - 1 orang 
Gred 41-48 – 25 orang 
Gred 17-27 – 19 orang 
Gred 1-3 – 5 orang. 

Penempatan seharusnya tepat dengan kemahiran dan sesuai dengan skim perkhidmatan yang ditawarkan semasa kakitangan dilantik. Pertukaran seramai 50 orang dan perletakan jawatan seramai 18 orang kakitangan pada 2010 menunjukkan bahawa sedang berlaku satu proses yang akan melumpuhkan kreativiti dan kecemerlangan kakitangan Yayasan Selangor 
Kenaikkan Pangkat 

Terdapat Circular Resolusi ( No A127/2010 ) mengenai Pindaaan dan Penetapan Gred Perkhidmatan dan Penggajian bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.Rujuk lampiran

Gred Pengurus Besar telah dinaikkan daripada Jusa C pada tarikh lantikan 15/3/2010 ke Jusa B pada 15 April 2010 selepas 1 bulan dilantik. 
Gelaran Pengurus Kewangan dipinda kepada Pengurus Aset Pelaburan dan kewangan pada surat tawaran bil (17) dlm.YS/SM/03/0176 Jld VII bertarikah 22 April 2010 dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Ruj(28)dlm.YS/SM/03/017 Jld.IV bertarikh 1 Julai 2010. 

Jelas menunjukkan bahawa tempoh kenaikkan pangkat/perubahan gred penyandang jawatan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar adalah terlalu singkat. Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor serta Skim Perkhidmatan Peraturan Disiplon dan Tatatertib Yayasan Selangor ( Pindaan Tahun 2004) tidak digunakan untuk kaedah penilaian kenaikkan pangkat. Pegawai yang bertanggungjawap adalah Pegawai Kewangan Negeri dan SUK untuk jawatan Pengurus Besar dan Pengurus besar dan SUK/Pegawai Kewangan Negeri untuk jawatan Timbalan Pengurus Besar. 

Pelanggaran Arahan Bercuti oleh Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan ) 
Satu surat arahan bercuti telah dikeluarkan yang berkuat kuasa 15 Nov 2010. Malangnya arahan itu tidak dipedulikan dan beliau telah hadir ke mesyuarat pada 3 Disember 2010. Kehadiran Mesyuarat dilampirkan.Rujuk lampiran 

Ini secara langsung dilihat sebagai kelemahan integriti pegawai tersebut. Ini tidak seharusnya berlaku kepada pegawai yang berada di dalam kumpulan Jusa. Pengurus Besar juga gagal dalam mengikut arahan Menteri Besar Ini juga menunjukkan kelemahan integriti kerajaan negeri kerana melantik pegawai pengurusan yang enggan mematuhi peraturan dan prosedur. Perlantikan Dato Khusrin dipertikaikan tanpa menyedari kerajaan negeri mengalami masalah yang lebih teruk. 
Dokumen Perkhidmatan Kontrak. 

Pengurusan Yayasan Selangor tidak menyediakan perjanjian dalam isu perlantikan pegawai . Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam melindungi kepentingan dan hak kerajaan negeri dan yayasan Selangor sebagai majikan.Pengurusan YS juga tidak memikirkan tentang kebajikan kakitangan perkhidmatan kontrak yang melibatkan terma-terma dalam kebajikan pegawai. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008- Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak telah wujud tetapi tidak diguna pakai. 

Kelemahan Pengurusan YS dalam isu Kelulusan Melalui Resolusi 
Sehingga bulan November 2010 sebanyak 12 resolusi telah dikeluarkan (bil. A121/2010 hingga A132/2010). Ini jelas memperlihatkan kelemahan pentadbiran pengurusan YS yang tidak tahu membezakan perkara yang dicadangkan itu: 

Perlu pembentangan di dalam mesyuarat 
Perlu diluluskan oleh Ahli Lembaga melalui resolusi atau 
Perlu mendapat keputusan Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan atau sekadar makluman. 

DARI SUDUT PENGURUSAN PERBELANJAAN 
Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor. 

Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor tidak menyediakan peruntukan untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor. Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00 seperti butiran dibawah. 

Bil 
Perkara 
Amaun (RM) 
1 
Pertanding memancing 
178,200 
2 
Pembelian cenderahati dan pakaian 
206,040 
3 
Pembelian 10 ribu naskah Al Quran 
225,000 
4 
Jamuan Makan Perdana 
387,232 

Jumlah 
996,472 

Kos Majlis Jamuan Makan Perdana dicadangkan oleh Tetuan Drift Z Enterprise dengan anggaran kehadiran seramai 1000 orang.Majlis diluluskan oleh Pengurus Besar melalui surat Bil.91210dlm.YS/HEK/05/023 bertarikh 14 Sept 2010. Kos cadangan sebanyak RM 285,000 diluluskan tanpa ada pindaan dan baucar bayaran mendapati YS telah membuat pembayaran sebanyak RM270,750 (95%) sebelum majlis berlangsung. 
Tarikh 

No Baucer 
Jumlah(RM) 
27 Sep 2010 
Bayaran 50% daripada jumlah peruntukan 
20102738 
20102739 
20102740 
50,000 
50,000 
42,500 
5 Sept 2010 
Bayaran 45% daripada jumlah peruntukan 
20102782 
20102783 
20102784 
50,000 
50,000 
28,250 


Jumlah 
270,750 

Baki akhir RM 14,250 belum dibayar selepas majlis dibatalkan melalui surat bertarikh 9 Nov 2010. Bil.(97)YS/HEK/05/023(B) 


Yayasan Selangor juga telah membelanjakan sebanyak RM 396,370 bagi tujuan lain seperti dibawah.
Tarikh 
Perkara 
No Baucer 
Jumlah (RM) 
27/7/2010 
Pendahuluan tempahan kain ela sutera dan songket 
20102186 
36,750 
6/8/2010 
Bayaran membekal kain helaian ela sutera digital dan sampin 
20102278 
36,750 
27/9/2010 
Pendahuluan 50% membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala 
20102737 
7,400 
27/9/2010 
Pendahuluan 50% membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala 
20102736 
50,000 
9/11/2010 
Bayaran akhir membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala 
20103112 
22,240 
18/10/2010 
Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan 
20102321 
112,500 
18/10/2010 
Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan 
20102322 
112,500 
26/10/2010 
Pendahuluan membeli peralatan pameran sempena 40 tahun yayasan 
20103005 
14,700 
3/11/2010 
Pendahuluan bagi latihan koir sempena 40 tahun yayasan 
20103093 
1,230 
9/11/2010 
Pendahuluan untuk operasi pemasangan banner ke 40 tahun yayasan 
20103120 
2,300 


Jumlah 
396,370 
Pengurusan Yayasan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menuntut semula perbelanjaan tersebut walaupun majlis telah dibatalkan. 

YS telah melantik TL Tinala Enterprise untuk menguruskan pembelian cendarahati. Sebanyak RM52,900 telah dibelanjakan tetapi tiada rekod disimpan untuk membuktikan cenderamata telah diterima oleh Yayasan. 
Tarikh 
perkara 
kuantiti 
Harga seunit 
No baucer 
Jumlah 
12/10/2010 
Bayaran untuk membekal topi bersulam utk kakitangan yayasan 
1500 
10.00 
20102888 
15,000 

Bayaran membekal non-woven beg utk kakitangan yayasan 
1000 
7.90 
20102889 
7,900 

Bayaran membekal sejadah kepala untuk kakitangan yayasan 
1000 
3.00 
20102890 
30,000 

Jumlah 
52,900 

Pertandingan Memancing Ulang Tahun ke 40 Yayasan. 
Pertanding dijadualkan diadakan pada 14 Nov 2010 di Taman Rekreasi Sek 7 Shah Alam yang telah disertai lebih kurang 700 orang dengan bayaran sebanyak RM50.00 untuk setiap jorang dan RM80 untuk 2 joran. 

SDF Media & Event Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga. Kos cadangan diterima tanpa ada pindaan melibatkan kos RM179,000. YS sepatutnya mengkaji cadangan dan bukannya menerima bulat-bulat cadangan agar sesuai dengan kemampuan kewangan YS. 

70% bayaran sebanyak RM125,000 akan dijelaskan dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan tetapi YS telah menjelaskan RM178,200 (99.5%) sebelum pertandingan dijalankan. 

Bil 
Perkara 
No Baucer 
Tarikh 
Amaun (RM) 
1 
70% pendahuluan utk program memancing 
20202919 
18/10/2010 
125,300 
2 
Bayaran baki 20% 
20102923 
19/10/2010 
35,000 
3 
Bayaran akhir 10% 
20103082 
3/11/2010 
17,900 


Jumlah 
178,200 

Ini menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap dan dilaksanakan secara tidak berhemat .Bayaran awal 70% adalah tidak munasabah malah pengurusan YS dengan sewenang-wenangnya menjelaskan RM 178,200 (99%) walaupun program masih belum dijalankan.Ini seolah-olah syarikat yang dilantik tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan ada mungkin syarikat yang dilantik adalah daripada kroni-kroni pihak tertentu. 

Jumlah kutipan daripada peserta hanya berjumlah RM 37,630 manakala perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 179,000.Jelas YS mengalami kerugian dalam pertandingan ini. 

Sebanyak RM 16,060 daripada RM 37,630 hasil kutipan daripada peserta telah dimasukkan ke dalam akaun bank Persatuan Yayasan Selangor yang mana Yang Di pertua Persatuan Yayasan tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) walaupun tiada kelulusan diperolehi daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan. Manakala baki kutipan sebanyak RM 21,570 masih disimpan dalam tangan Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan) yg masih belum diserahkan setakat 1 Disember 2010. 

Majlis Berbuka Puasa 
Majlis diadakan di Dewan Sivik pada 21/8/2010 
Perlantikan Syarikat Rahah Enterprise secara runding terus melibatkan jumlah keseluruhan RM138,00. 
Pendahuluan (95%) RM 131,000 telah dibayar sebelum majlis diadakan. 
Tarikh 
Perkara 
No baucer 
Jumlah 
17/8/2010 
Bayaran pertama majlis berbuka puasa 
20102388 
20102389 
59,000 
19,000 
20/8/2010 
Bayaran 45% majlis berbuka puasa 
20102397 
20102396 
12,000 
50,000 
23/9/2010 
Bayaran baki pembayaran majlis berbuka puasa 
20102648 
7,000 


Jumlah 
138,000 


Terdapat 1 arahan pinda kerja berjumlah RM 29,400 atas alasan seperti dibawah 
Perkara 
Kuantiti Tambahan 
Harga Seunit 
Jumlah RM 
Makanan tambahan 
800 unit 
25 
20,000 
Kurma 
800 
3 
2,400 
Meja VIP 
12 

2,000 
Elektrik dan Api 


5,000 


Timbalan Pengurus Besar mendakwa kerja tambahan disebabkan kehadiran berjumlah 2,300 orang tetapi jumlah sebenar kehadiran dalam lingkungan 1,440 sahaja. Kemampuan pihak catering menyediakan makanan dengan kadar segera bagi 800 orang dipertikaikan. Tuntutan untuk bayaran elektrik dan air berjumlah RM 5000 agak pelik kerana sewaan dewan telah termasuk bayaran untuk elektrik dan air. 

Majlis Jamuan Aidil Fitri 
Majlis diadakan pada 4/10/2010 di Padang Timur, Petaling. 
Sekali lagi syarikat SDF Media&Event dilantik sebagai Event Manager secara lantikan terus dengan kos berjumlah RM 281,000. 
Pengurusan YS telah membayar sebanyak RM266,950 (95%) selepas 2 hari tarikah perlantikan 

Jelas menunjukkan YS gagal mematuhi peraturan kewangan kerana bayaran telah dibuat walaupun majlis masih belum berlangsung. Ini juga menunjukkan tadbir urus yang tidak cekap yang boleh menyebabkan YS mengalami risiko kerugian sekiranya pihak event manager gagal atau menghilangkan diri. 
Adakah syarikat yang dilantik adalah daripada kroni mereka sendiri? 
Baki RM 14,050 telah dibayar selepas majlis berakhir beserta dngan bayaran tambahan RM 22,476 ( No Baucer 20102789 ) bagi kerja pemasangan khemah tambahan dan platform. 

Jumlah keseluruhan majlis ini berjumlah RM 303,476 dan dianggap tidak munasabah dan satu pembaziran kepada Yayasan. 


Majlis Korban Perdana. 
Cadangan YS untuk mengorbankan 20 ekor lembu tetapi hanya 9 ekor dikorbankan yang berjumlah RM22,580 pada 18/11/2010 di Asrama Yayasan di Klang hasil sumbangan kakitangan YS dan pihak swasta. 

YS telah mengeluarkan kos pendahuluan sebanyak RM44,452 untuk majlis ini. Pendahuluan diberikan terus kepada Timbalan Pengurus Besar Pengurusan sebanyak RM24,452 manakala RM20,000 kepada Pengurus Korporat. 
Setakat 1/12/2010, tiada Penyata Akaun Perbelanjaan disediakan oleh kedua pegawai terbabit.Penyata ini perlu disokong dengan dokumen sokongan seperti resit pembelian. 
Sekali lagi SDF Media & Event Sdn Bhd dilantik untuk menguruskan majlis ini. Perlantikan ini tidak perlu dibuat kerana yayasan telah melantik 15 orang jawatankuasa dan perbelanjaan iklan banner oleh SDF Media Event tidak diperlukan kerana kehadiran jemputan dikalangan kakitangan dan pelajar yayasan. 
Kos tambahan lain ialah acara cabutan bertuah RM 2500, nasyid RM600 dan set karaoke RM1,000. 

Kos keseluruhan untuk majlis ini adalah sebanyak RM 48,552. 

Pembelian Kereta Yayasan. 
Satu kertas cadangan dikemukan kepada MB bagi memohon kelulusan pembelian 4 buah kenderaan baru YS dengan kos keseluruhan RM500,000. Kenderaan Pengurus Besar tidak dinyatakan jenis kenderaan tetapi jumlah RM 300,000 dinyatakan. 
Bil 
Jenis 
Model 
BIlangan 
Kos 
Kegunaan 
1 
Van 
Toyota Hiace 2.7 petrol 
1 buah 
110,000 
Kegunaan kem/asrama 
2 
kereta 
Proton saga BLM 1.3 MT 
2 buah 
90,000 
Kegunaan ibu pejabat 
3 
kereta 
-Tiadai- 
1 buah 
300,000 
Kegunaan pengurus besar 


Jumlah 
500,000 


Kenderaan yang dibeli seperti dibawah 
Bil 
Jenis 
Model 
BIlangan 
Kos 
Kegunaan 
1 
Van 
Toyota Hiace 2.7 petrol 
1 buah 
97,490.00 
Kegunaan kem/asrama 
2 
Kereta 
SUV/4WD 
Toyota Fortuner 2.7 A/T TRD Sportivo 
1 buah 
190,155.21 
Kegunaan ibu pejabat 
3 
kereta 
Toyota Camry 2.4v (A) 
1 buah 
186,080.11 
Kegunaan pengurus besar 


Jumlah 
463,725.32 

Jika dilihat dari jumlah keseluruhan jumlah yang digunakan tidak melebihi yang dimohon tetapi cara pembelian boleh dipertikaikan kerana meminggirkan kepentingan kemudahan kepada asrama yang diduduki oleh pelajar.Keperluan membeli Toyota Fortuner boleh dipertikaikan kerana kos sebuah kereta tersebut boleh membeli 4 buah Proton Saga BLM untuk kegunaan asrama. Adakah pengurusan YS mementingkan kepentingan sendiri daripada kepentingan pelajar? 

Pembelian Telefon Bimbit. 
Peraturan kerajaan negeri menetapkan kelayakan/gred untuk pembelian telefon bimbit seperti dibawah 
Pegawai 
Kadar termasuk aksesori 
Turus III dan keatas/setaraf serta Ketua Setiausaha Kementerian 
2,500 
Gred Utama/Khas C hingga A dan setaraf 
2,000 
Gred 53 dan 54 
1,000 
Gred 41 hingga 52 
750 
Juruiring/Pengiring Rapat/Pegawai peribadi dan pemandu kereta rasmi jabatan 
375 

Pengurusan YS telah membelanjakan sebanyak RM 12,500 untuk membeli 4 buah telefon bimbit untuk kegunaan 3 orang pegawai.Kadar yang dibeli tidak berpandukan kepada kadar yang diguna pakai oleh kerajaan. Pengurus Besar diberi 2 telefon bimbit . Jadual pembelian seperti berikut. 

Bil 
Nama Ahli Lembaga 
No Baucer 
Tarikh 
Jumlah RM 
1 
Ilham Marzuki- Pengurus Besar 
20102628 
20103157 
21/9/2010 
11/11/2010 
3,000 
2,500 
2 
Saifulrudiin Sulaiaman- Timbalan pengurus besar pengurusan 
Datin Sabariah- Timbalan pengurus besar pendididkan 
20102780 
4/10/2010 
7,000 
(3,500 seunit) 

Bayaran Bonus kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor. 
Circular Resolusion No 1 129/2010 melalui ahli lembaga pengarah pemegang amanah yayasan Selangor telah meluluskan bonus sebanyak RM 5,000 setiap seorang walaupun didalam “Memorandum of Association of Yayasan Selangor perenggan 6- “ no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly by way of dividend,bonus or otherwise howsoever by way of profit to the members of Yayasan”. Walaupun arahan telah dibatalkan selepas bayaran dibuat masih ada dua ahli lembaga pengarah masih belum mengembalikan bonus yang telah dibayar. 

Bayaran Bonus kepada Warga kerja Yayasan Selangor 
Pembayaran bonus dibuat pada Ogos 2010 tanpa mengambil kira prestasi warga kerja secara keseluruhan serta keuntungan Yayasan. Pada tahun 2010 kedudukan kewangan tidak memberangsangkan setelah mengalamai defisit aliran tunai berjumlah RM 2 juta bermula Januari hingga Julai 2010 dan pada masa yang sama pembayaran bonus ini tidak dikemukakan ke peringkat pihak kerajaan negeri. 

Bayaran Elaun Mesyuarat. 
Kadar elaun diluluskan oleh Pengurus Besar melalui permohonan oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan untuk AJK Tender/Sebut Harga dan AJK Buka Peti&Penilaian Tender/Sebut Harga. 
Bagi tempoh Jun hingga Oktober elaun berjumlah RM 11,750 telah dibayar hasil daripada jualan dokumen. 

Timbalan Pengurus Besar Pengurusan melalaui memo bil. (54) dalam YS/PTD/01/01/022 bertarikh 30/8/2010 mencadangkan RM 50 elaun untuk setiap mesyuarat. 
Walaubagaimanapun kadar elaun yang diberikan adalah sebanyak RM500 untuk Pengerusi Sebut Harga manakala AJK sebanyak RM150 melalui memo bil. (56) dalam YS/PTD/01/01/022 Hld 2 bertarikah 15/10/2010 dan bil. (57) dalam YS/PTD/01/01/022Jld 2 bertarikh 4/11/2010. Sila rujuk jadual 18 dan 19 yang dilampirkan. 

Hasil Dokumen Tender/Sebut Harga Tidak Diakaunkan. 
Sebanyak RM 29,250 diterima hasil jualan dokuman kontrak. Daripada jumlah tersebut RM11,650 masih disimpan didalam peti besi di Bhg Kewangan Yayasan. Sebanyak RM 2,00 telah diambil oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan pada 14/9/2010 tanpa sebarang alas an tujuan wang itu digunakan. 

Adalah menyalahi peraturan kewangan yang mana kutipan hasil tidak dimasukkan ke dalam bank serta diakaunkan sebagai hasil yayasan (mengikut amalam kerajaan melalui Arahan perbendaharaan 78(a) mengkehendaki semua pungutan dimasukkan ke bank pada hari yang sama atau selewat-lewatnya pada hari berikutnya) Amalan menggunakan wang hasil untuk tujuan membayar elaun boleh menyebabkan Penyata Pendapatan dan perbelanjaan Yaysan tidak menggambarkan kedudukan sebenar kerana hasil yang diterima dan bayaran elaun yang dilakukan tidak ditunjukkan dalam Penyata Kewangan Tahunan Yayasan. 

Perlantikan Ahli-ahli Lembaga Tender/Sebut Harga. 
Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 12 Tahun 1993 perenggan 4.7.1 (iii)(d) Perlantikan ahli-ahli Lembaga Tender perlu dibentangkan bagi mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor. 

AJK Tender/Sebut Harga yang dilantik pengurusan Yayasan tidak dibentangkan ke mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor untuk kelulusan. 
AJK membuka peti,penilaian dan pemilihan adalah terdiri daripada orang yang sama seperti jadual di bawah 
Nama 
Jawatankuasa tender 
Jawatankuasa Sebut Harga 
Nama 
Buka peti 
Penilaian 
pemilihan 
Buka peti & penilai 
Sebut harga 
Mohd Saifulruddin Sulaiman- Pengerusi Buka Peti dan Penilaian Tender/Sebut Harga 
* 
* 
* 
* 
* 
Zaini Sulaiman-AJK 
* 
* 
* 
* 
* 
Norlinda nasaruddin-AJK 



* 
* 
Wan Ruseli Wan Yaacob-AJK 



* 
* 
YM Raja Shahril Shah Raja Hashim-AJK 
* 
* 
* 
* 
* 
Suraya Wahab-AJK 



* 
* 
Zaufit Mohammad Isa-AJK 
* 
* 
* 
* 
* 
Abdul Halim Hafiz-AJK 
* 
* 
* 
* 
* 

Bayaran Elaun Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Yayasan. 
Bil 
Nama AJK 
Jawatan 
1 
Ilham Marzuki 
Pengurus Besar 
2 
Mohd Saifulruddin Sulaiman 
Timbalan Pengurus Besar (P) 
3 
Dato Hj Mohd Jaafar Mohd Atan 
Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor 
4 
Datin Paduka Low Siew Moi 
Perbadanan Menteri Besar 
5 
Mohd Yusof Ibrahim 
Pengarah Jabatan Perancangan DBKL 

Satu sesi Pembentangan Cadangan projek Pembangunan Yayasan diadakah pada 6/10/2010 bertempat di Grand Dosett Subang jaya. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 22,650.05. Daripada jumlah tersebut sejumlah RM 19,900 adalah merupakan bayaran elaun kepada AJK dan urus setia Pembangunan Hartanah Yayasan. Mengikut maklumat elaun AJK dibayar sebanyak RM 3000 seorang manakala urusetia hanya sebanyak RM100 hingga RM 500 seorang. Pembayaran elaun ini dipercayai tidak mendapat kelulusan khas daripada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor disebabkan jumlah elaun yg diterima amat tinggi berbanding elaun mesyuarat yang diterima Ahli Lembaga Pemegang Amanah sendiri.Rujuk lampiran 

Kontrak Penyewaan Tempat Letak Kereta 
Yayasan Selangor telah mengadakan usahasama dengan syarikat TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC)bagi menguruskan tanah TOL di Seksyen 26 Petaling Jaya yang tamat tempoh perjanjian pada 31 Disember 2009. Tanah seluas 7334 meter persegi itu boleh menempatkan 270 petak letak kereta. Jumlah kutipan kasar keseluruhan pada 2009 ialah RM 1,953,316 dengan pulangan kepada YS sebanyak RM 66,862.18 ( 34%) dan baki RM 1,286,454 (66%) milik TNEC. 

YS telah mendapat kelulusan daripada PTD Petaling untuk melanjutkan tempoh TOL bagi tempoh 3 tahun bermula 16/11/2009 hingga 21/12/2012. Pada 1/1/2010 PTD Petaling telah melantik direct offer kepada Syarikat Secured Parking Corporation Sdn Bhd sebagai operator baru untuk tempoh 3 tahun dengan tambahan lanjutan 2 tahun denga prerogative (hak istimewa) penuh kepada YS. Tarikh kuatkuasa kontrak bermula 1/3/2010 hingga 28/2/2013.Mengikut perjanjian, sewa bulanan adalah sebanyak RM 250,000.00 sebulan. 

Pihak SPC Sdb Bhd tidak bersetuju dengan harga tersebut dan YS telah mengeluarkan surat melalui peguam Ranjit Ooi & Robert Low bertarikah 1 Jun 2010 untuk menamatkan pajakan kerana SPC Sdn Bhd yang tidak bersetuju dengan jumlah sewaan bulanan seperti di dalam perjanjian. 

YS telah menawarkan penyewaan kepada Feton Park Sdn Bhd pada surat bertarikh 7 Jun 2010 dan telah membayar deposit sebanyak RM250,000.Walaupun begitu, SPC Sdn Bhd masih lagi menjalankan operasinya dan hanya membayar sewa bulanan sebanyak RM118,000 

Pada 24/8/2010 Feton Park telah mengeluarkan surat menuntut wang deposit berjumlah RM 250,00 yang telah dibayar malangnya sehingga 1/12/2010 wang tersebut masih belum dipulangkan kepada syarikat terlibat. 

Isu ini memperlihatkan bagaimana pengurusan Yayasan Selangor gagal dalam melakukan urus tadbir yang berkesan berkaitan dengan sumber kewangan Yayasan sehingga menyebabkan Yayasan kerugian kira-kira RM 1.18 Juta melibatkan kos penyewaan bermula Mac sehingga Disember 2010. 

Penyelenggaraan dan Pembaikan 
Yayasan Selangor telah melantik Plus Uni-Tech Sdn Bhd sebagai panel membekal alat ganti,pembaikan dan penyelenggaraan. 

Setakat Januari hingga November 2010, Yayasan telah membelanjakan sejumlah RM6,029,790. Pada November 2010 Yayasan telah membelanjakan sejumlah RM1,501,771. Diantara Julai hingga November 2010 jumlah pembaikan dan penyelenggaraan adalah sebanyak RM3,601,348. 

Fungsi Pegawai Aset Yayasan patut dipertikaikan dengan peningkatan mendadak kos. Adakah pihak pengurusan Yayasan terlepas pandangan peningkatan kos mendadak selepas perlantikan syarikat tersebut? 

DARI SUDUT PENGURUSAN PELABURAN 
Yayasan Selangor telah bersetuju membuat pelaburan jangka panjang dalam Deposit Berstruktur “ Amtriple Oppurtunities Frind” bersama Ambank Berhad Cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dengan nilai pelaburan RM15 Juta. 
Simpanan pelaburan akan matang dalam tempoh 3 tahun dimana Yayaan diberi jaminan pulangn faedah 5.5%. Yayasan juga akan mendapat pulangan tambahan pada tahun ketiga berdasarkan Prestasi Indeks Dinamik dianggarkan kadara minimum 3.4% 
Pelaburan dipecahkan kepada 3 sijil bernilai RM10 jutam RM3 juta dan RM 2 juta.Pelaburan ini akan member upront profit ( keuntungan terdahulu ) bernilai RM525,000 pada masa sama pelaburan dimasukkan. Pada tahun kedua pelaburan Yayasan telah menerima 1% keuntungan bernilai RM150,000. Jumlah keuntungan diterima sehingga 11 November 2010 adalah RM702,345. 

Pada 4/11/2010 Timbalan Pengurus Besar Pengurusan telah menghantar memo kepada Pengurus Kewangan memaklumkan bahawa Pengurus Besar telah memberi kelulusan membatalkan pelaburan di Ambank Berhad sebanyak RM15 juta dan melaburkan semula di Malaysian Building Socities Berhad (MBSB) dalam jumlah yang sama sebagai pelaburan baru. Malangnya sehingga 13 Disember 2010 pelaburan tersebut belum dilakukan. 

Ini telah menyebabkan Yayasan Selangor mengalami kerugian dalam bentuk pelaburan jangka panjang yang telah terbukti mampu memberikan pulangan lumayan kepada Yayasan. Kelewatan membuat pelaburan baru juga menyebabkan peluang Yayasan untuk menambah pendapatan dalam bentuk pelaburan 


KESIMPULAN 
Tadbir urus Korporat di Yayasan Selangor adalah tidak memuaskan kerana pengurusan yang sedia ada tidak membantuk Yayasan mempertingkatkan kecekapannya. Operasi Yayasan tidak diurus dengan sempurna, telus dan bertanggungjawap. Perlantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar Pengurusan yang dilantik boleh dipertikaikan kerana seorang bukanlah pilihan utama Panel Temuduga dan seorang lagi mempunya Notis Kebangkrapan. Atas usaha mereka sendiri, mereka telah dinaikkan pangkat dalam tempoh 1-2 bulan sahaja yang diluluskan melalui Circular Resolusi tanpa merujuk kepada kerajaan negeri. 

Beberapa tindakan yang dibuat jelas menunjukkan bahawa Yayasan Selangor menuju kehancuran seperti: 

Tempoh 8 bulan sahaja seramai 18 pekerja telah berhenti dan 50 orang ditukarkan 
Perbelanjaan yang tidak diurus dengan betul menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke 40 YS mencecah sebanyak RM996,472 dan ada yang telah dibayar walaupun program belum dijalankan. 

Elaun-elaun yang tidak perlu dibayar telah diluluskan oleh Pengurus Besar. 
Elaun Mesyuarat AJK Pembangunan Hartanah yang mencecah RM3000 
12 keputusan melalui Circular Resolusi tanpa dimaklumkan atau diluluskan oleh kerajaan negeri. 

Timbalan Pengurus Besar Pengurusan tidak menghormati arahan Menteri besar supaya bercuti walaupun arahan telah dikeluarkan. 

Perbelanjaan yang dilaksanakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pengurusan yang disokong oleh Pengurus Besar Yayasan tanpa memikirkan impak kewangan kepada aliran tunai Yayasan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan mengalamai defisit sebanyak RM7.41 juta. 

No comments:

Post a Comment