Friday 22 July 2011

Anwar Ibrahim gagal menjawab tentang pembebasan 2-1, Mahkamah Persekutuan 2004




AIDCReveal
Berikut merupakan pertanyaan wartawan dari CNN, Lorraine Hahn kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan status pembebasannya daripada meliwat oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Soalan Lorraine Hahn : Sekarang, walaupun keputusan [hakim Mahkamah Persekutuan 2004] 2-1, [bebaskan anda] beberapa soalan tentang kebenaran masih lagi ditanya dan ini termasuk di kalangan hakim-hakim itu sendiri – dan saya ingin memetik ayat kepada anda sesuatu yang telah saya baca “kami (hakim-hakim) menemui bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu, Anwar dan Sukma, telah terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa dakwaan aktiviti homoseksual yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa,  apartmen Sukma Darmawan, beberapa ketika dahulu, benar-benar berlaku.” Saya perlu bertanya kepada anda – apa pendapat anda mengenai perkara tersebut?
Jawapan Anwar : Mereka (Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan) membenarkan rayuan tersebut dan membebaskan saya berdasarkan hujah-hujah dan fakta-fakta yang sah dari segi perundangan. Mereka kemudiannya meneruskan untuk mengesahkan satu petunjuk secara tidak langsung, yang diusahakan secara politik. Jadi, di situ terdapat keputusan perundangan yang sah  digabungkan pula dengan tolak-ansur politik, yang dilihat secara jelas. Disebabkan petunjuk secara tidak langsung tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan dahulu. Sama ada anda mempertimbangkan dengan fakta-fakta dan undang-undang dan anda mempunyai petunjuk secara tidak langsung yang telah dikesampingkan.
Anwar gagal menjawab soalan :
1. Ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan (Datuk Abdul Hamid Mohamed, Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud) mempercayai aktiviti homoseksual di antara Anwar, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa benar-benar berlaku.
2. Keputusan hakim 2-1. Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud mempertikaikan tarikh sebenar kejadian liwat tersebut, manakala Datin Paduka Rahmah Hussain berhujah pertikaian tarikh bukan lah perkara pokok dalam mensabitkan Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual di Tivoli Villa. Dengan keputusan 2-1 ini, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.
3. Jadi pembebasan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan disebabkan pertikaian hakim-hakim mengenai tarikh kejadian, adakah bermaksud Anwar tidak melakukan aktiviti homoseksual, sedangkan ketiga-tiga hakim menegaskan mereka percaya aktiviti homoseksual antara Anwar, Sukma, Azizan di Tivoli Villa benar-benar berlaku ?

No comments:

Post a Comment