Monday, 25 July 2011

Pakatan Bohong Saja Banyak,Janji Tak Tunai

Selepas PRU12 sehinggalah sekarang,tidak ada satu buah rumah kos rendah pun dibina dalam mana mana negeri kerajaan pakatan.Pulau Pinang ,Kedah,Selangor malah selama 20 tahun Kelantan dibawah kerajaan PAS lebih berselera untuk membina stadium berbanding kepentingan rakyat yang berpendapatan rendah.


Apa yang dilaungkan oleh pakatan haprak untuk membantu rakyat hanyalah retorik semata mata,sedangkan mereka ada peluang untuk membuktikan bahawa mereka benar benar serius untuk membantu.


Sehingga sekarang terlalu banyak janji pilihanraya masih tidak ditunaikan oleh haprak pakatan malah lebih banyak pembohongan dan janji janji baru yang cuba memperbodohkan rakyat.Apa yang kerajaan BN buat? Melaksanakan skim rumah pertama mampu milik oleh golongan muda.Malah skim PPR telah membina berpuluh ribu rumah untuk golongan berpendapatan rendah.

Tiada rumah kos rendah untuk rakyat Selangor - Donald Lim

KUALA LUMPUR 24 Julai - MCA Selangor membidas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun pakatan pembangkang memerintah.
Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.
"Namun dalam tempoh tiga tahun memerintah, satu rumah kos rendah pun kerajaan PKR Selangor tidak bina untuk rakyat. Malah, untuk skim rumah mampu milik juga hanya baru dilaksanakan kerajaan negeri.
"Itu pun dipercayai berpunca daripada tindakan mereka menaikkan premium tanah yang mengakibatkan harga rumah semakin mahal.
"Justeru, saya harap rakyat Selangor akan mula menyedari mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Selangor di sini hari ini.-Utusan
Pisau kata "dah jadi kerajaan negeri awat tak buat"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1T5uYdPuN

No comments:

Post a Comment