Tuesday 19 July 2011

Dr Chandra Muzaffar Buka Rahsia Anwar. Tahniah AIDC !!!


AIDCNews – 18/07/11 – Dari Seorang ahli akademik, akhirnya Profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam politik. Bermula dari NGO ADIL kemudian bersama-sama membangunkan Parti Keadilan Nasional.
Selepas dua tahun menerajui Parti Keadilan, pada Disember 2001, Dr Chandra membuat keputusan drastik meninggalkan parti yang pernah dibangunkan itu.
Kenapa beliau meninggalkan Parti Keadilan tanpa sebarang alasan ?
“Saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia (Anwar) menulis renam pada cana dalam Times Magazine…. Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islketika itu…
Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Dr Chandra bertajuk ‘Who Hijacked Islam?”, yang keluar dalam majalah Time pada 15 Oktober 2001. Klik di sini
Dalam rencana itu Anwar menuduh Osama bin Laden dan Mohammed Atta adalah pengganas yang menyebabkan pengeboman World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York, walhal tiada sebarang bukti yang mengesahkan tuduhannya itu.
Penulis Barat, Peter J. Boyer dalam rencananya bertajuk ” The Believer Paul Wolfowitz defends his war”, The New Yorker, 1 Novermber 2004, [klik di sini] mengakui rencana Anwar di TIME itu telah menarik minat Paul Wolfowitz, seorang zionis yang ketika Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat untuk mendampingi semula dengan Anwar dan selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Paul Wolfowitz membawa Anwar menjadi alat missionarinya di Amerika Syarikat.
Anwar menjadi pensyarah di John Hopkins juga bermula dari rencananya di majalah TIME.
Selepas itu bermulalah episod Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future dan organisasi-organisasi tajaan Amerika Syarikat yang lain.
Ikutilah wawancara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.
AIDC : Dalam kenyataan media Prof pada 7 Mac 2008, Prof ada menyebut tentang proses memperdayakan ahli-ahli yang dilakukan dalam PKR iaitu pasukan ‘the knight’, iaitu pahlawan berkuda yang yang membawa keabadian syurga, keadilan dan kesamarataan. Boleh Prof ulaskan maksud tersebut ?

Dr Chandra : Itu sebenarnya frasa-frasa yang saya gunakan kerana kenyataan itu, kalau tak salah dalam bahasa Inggeris, “the knight in shining armour.”
Ada satu frasa yang pada lazimnya digunakan untuk mensifatkan seorang individu yang dianggap sebagai wira oleh masyarakat tertentu atau kelompok tertentu.
Mereka menganggap dia sebagai wira yang akan menyelamatkan mereka.
Jadi, saya kata sebagai jawapan kepada pihak-pihak tertentu yang kritik saya, kerana kenyataan saya tentang Anwar bahawa dia ini adalah malapetaka.
Mereka Marah. Ramai marah bila saya kata ada usaha untuk menghidupkan the knight in shining armour dalam parti Keadilan .
Yang marah itu, termasuk individu-individu tertentu, sekarang ini pun sudah keluar daripada PKR. Yang dulu mereka ini hebat marah saya, kritik, hentam saya dan sebagainya. Tapi hari ini mereka semua pun dah keluar.
Saya kata, adalah salah kepada perjuangan kalau kita menganggap Anwar itu sebagai “the knight shining armour,” iaitu wira yang akan menyelamatkan negara ini. Walhal, dia ini manusia yang banyak kelemahan.
Itulah konteks, saya menggunakan frasa itu.

No comments:

Post a Comment