Tuesday 19 July 2011

Isu Negara Kristian,DAP Takut Kebenaran Terdedah?


DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa masih ada ahlinya yang tidak sanggup menjadi pencacai dan bersekongkol dengan kerja jahat mereka.

Akhirnya DAP telah memecah Mohd Razali,saksi yang membuat laporan Polis apabila melihat pemimpin DAP yang terlibat dikhabarkan terlalu banyak berbohong mengenai polemik isu negara Kristian yang panas tidak lama dulu.

Apa perlunya DAP takut terhadap laporan Razali kepada pihak Polis?Bukankah ia satu langkah yang tepat dan baik untuk memulihkan imej DAP yang kononnya menjadi mangsa .Adakah pemecatan Razali membuktikan penglibatan Jeff Ooi benar benar berlaku?

Pisau turut bersimpat terhadap Razali,sejak beliau membuat laporan Polis, majikannya dikhabarkan telah memecat beliau ,bagai jatuh ditimpa tangga.gaji beliau turut tidak dibayar.Malah Razali diugut dengan pelbagai ancaman oleh pihak yang terlibat dalam isu negara Kristian baru baru ini.:klik sini



DAP pecat Razali 6 Julai lalu

PULAU PINANG 18 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu.
Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai.
Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti.
"Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos.
"Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ditanya mengenai pemecatan tersebut, Mohamed Razali memberitahu, beliau percaya DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa terdapat di kalangan ahlinya mempunyai pendirian yang bertentangan dengan dasar perjuangan parti.
"Namun saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini," ujarnya.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.-Utusan
Sumber Di Curi Dari Pisau.net

No comments:

Post a Comment