Friday, 22 July 2011

Anwar Perlekeh Batik Malaysia


Anwar Ibrahim berucap di Komunitas Salihara, Jakarta, pada 11 Oktober 2010
AIDCReveal – Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekeh batik Malaysia ketika berucap di Gedung Komunitas Salihara Jakarta Selatan, Indonesia pada 11 Oktober 2010 lalu.
Kata Anwar, ““Mahu pakai batik Indonesia, dikatakan saya ini anti-nasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia bilang jelik. Sebab ciri kesenian itu cukup rendah. Dan saya setuju. Tapi saya tidak mahu sebut di Malaysia. Jadi, saya akhirnya memilih batik Afrika. Maknanya, kebebasan memilih. Kebebasan memilih untuk mengelakkan tafsiran berbeda.”  sambil disambut sorakan dan gelak ketawa hadirin yang berjumlah hampir 250 orang.
Maksud di sebalik kata-kata Anwar ini dapat difahami bahawa beliau lebih berminat memakai batik Indonesia, berbanding dengan batik Malaysia, kerana batik Malaysia jelik dan tidak bermutu. Kerana bimbang dilabel sebagai anti-nasional apabila lebih memilih batik Indonesia, akhirnya Anwar  memakai batik Afrika.
Batik Malaysia secara umumnya diusahakan oleh  masyarakat Melayu Islam di Malaysia dan kebanyakanya tertumpu di negeri-negeri Pantai.
Menurut perangkaan, industri batik Malaysia mampu melonjakkan ekonomi negara dengan pulangan berjumlah 90 hingga 100 juta setahun, terutamanya selepas kerajaan mewajibkan pemakaian batik satu hari dalam seminggu kepada semua kakitangan awam.
Dengan sokongan kerajaan itu, melonjakkan lagi industri kecil desa serta memberi kesan positif lain terhadap industri berkaitan seperti  industri jualan kain, pakaian, pelancongan yang memberi peluang pekerjaan kepada golongan Melayu Islam yang berpendapatan rendah.
Apa  agaknya reaksi  golongan yang terlibat dengan industri batik yang kebanyakannya Melayu Islam apabila Anwar menghina sumber ekonomi halal mereka ?
Pidato Anwar berkenaan batik Malaysia itu turut mendapat perhatian blogger hauzahharis.blogspot.com. Blogger itu melabel Anwar sebagai ‘Pak Sheikh Anwar Ibrahim Dengan Pemikiran Islam Liberal Yang Celaka’. Klik di sini
Selain memperlekeh batik Malaysia, blogger itu menulis, “Selain dari memuja kehebatan karya-karya Salman Rushdi yang menghina Islam, memperlekeh Al-Quran dan membangsatkan Baginda yang mulia si kekasih Allah Muhammad Rasulullah s.a.w. Beliau juga menyebut tentang penentanggannya terhadap keputusan Mahkamah Syariah yang menjatuhi hukuman sebat terhadap puan Kartika yang didapati bersalah kerana kesalahan mabuk todi di tempat awam”
“Pak Sheikh ini juga seakan malu-malu mahu mengaku pejuang Liberal kerana takut disalah erti pula.Kalau macam tu saudara semua, jangan percaya cakap orang lain. percayalah cakap Pak Sheikh ni saja. Dia bukannya pendokong Islam Liberal tapi cuma Islam Amerika saja”, tulis blogger itu lagi.
Bukti Anwar memperlekeh batik Malaysia, sila tonton video ini
AIDCReveal sebelum ini pernah mendedahkan ucapan Anwar di Komunitas Salihara Jakarta Selatan, Indonesia pada 11 Oktober 2010 lalu yang bertajuk “Kebebasan dan Musuh-Musuhnya”, sarat dengan idea liberalisme dan pluralisme yang melayakkan Anwar dinobatkan “Tokoh Islam Liberal Malaysia”.Klik di sini
Komunitas Salihara adalah nama lain kepada Teater Utan Kayu, Jakarta, milik Goenawan Mohamad , pengasas Majalah Tempo yang dikaitkan mendapat tajaan covert CIA melalui The Asia Foundation.
Pengerak Islam Liberal Indonesia/Malaysia : Dari kiri Goenawan Mohamed, Anwar Ibrahim dan Uli Absar Abdalla
Selain Goenawan, kesemua tenaga penggerak Komunitas Salihara, terutamanya, Ayu Utamidan Ening Nurjanah adalah penggerak LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) Indonesia.
Ening Nurjanah merupakan tulang belakang penganjuran Festival Filem Q (Festival Filem Queer atau Festival Filem Gay Indonesia) yang dilantik sebagai Anggota Dewan Qmunity daripada tahun 2007 sehingga kini.Klik di sini
Manakala, Goenawan pula terlibat aktif  mempromosi hak asasi LGBT  melalui yayasannya yang dikenali Lontar Foundation dan Tifa Foundation. Klik di sini dan di sini
Selain Anwar, sebelum ini Komunitas Salihara pernah menjemput tokoh-tokoh Islam Liberal lain berucap di komuniti mereka. Mereka adalah Amina Wadud, muslim wanita yang menjadi imam solat Jumaat di Amerika Syarikat dan Musdah Mulia, tokoh wanita yang mendapat anugerah Barat kerana keberaniannya menghalalkan Gay dan Lesbian walaupun pada hakikatnya diharamkan Islam.

No comments:

Post a Comment