Tuesday, 26 July 2011
"Najib Bikin Rosak Ana Punya Program" - Anwar Ibrahim
Satu persatu para Blogger bongkarkan mengenai penipuan, pembohongan, Fitnah dan rekayasa yang dilakukan oleh Pemimpin dan ahli Pakatan Pembangkang pada demo BERSIH yang berlangsung 9 Julai lalu.
Dari pembongkaran lakonan si Mati Suhardi dan angkatan Media Pakatan pembangkang yang terlibat sehinggalah semalam apabila pihak Polis mendedahkan video sebenar kejadian yang menimpa Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang kononya di langgar Kenderaan Polis.
Bukti yang dikeluarkan adalah Sahih dan merupakan satu Fakta yang amat kukuh dalam menjelaskan kepada rakyat akan pembohongan dan Konspirasi yang mereka Pakatan Pembangkang lakukan.
Begitu juga dengan punca sebenar kematian Baharuddin Ahmad yang dikatakan oleh pemimpin Pakatan pembangkang beliau dipukul Polis walhal hakikatnya rakaman video menjelaskan bahawa arwah mati akibat masaalah jantung dan rakaman cctv jelas menunjukkan arwah berlari masuk ke Avenue -K.
Gomo dan rakan Blogger lain yakin rakyat Malaysia celik dengan apa yang kami dedahkan dan menolak pakatan Pembangkang yang telah KANTOI dengan kepura puraan dan Konspirasi yang mereka lakukan.
Ini lah bukti bahawa mereka sebenarnya amat terdesak untu menawan Putrajaya dan mengambil alih kerajaan yang ada pada hari ini. Apa sahaja mereka sanggup lakukan walaupun hal tersebut menyimpang dari landasan Ugama mahupun Undang undang.
PRU12 yang lalu mereka menang 5 Negeri dan menambah kerusi parlimen sehingga menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional tidak mampu mencapai majority 2/3 Parlimen. Dalam meraikan kemenangan itu mereka Pakatan Pembangkang amat yakin bahawa hasrat dan impian mereka untuk menjadi Kerajaan Malaysia sudah semakin hampir.
Rampasan 16 Sepetember tarikh yang di war warkan oleh Anwar Ibrahim dan boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia dan Dunia memerhati tanggal 16 Sept yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim bahawa mereka akan mengambil alih kerajaan yang ada. Namun kesudahannya tidak ada apa apa yang berlaku pada tarikh tersebut.
Kuasa sudah semakin hampir pada waktu itu dengan beberapa siri kemenangan mereka Pakatan Pembangkang dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan namun selepas PRK Bagan Pinang Momentum kemenangan telah kembali memihak kepada Barisan Nasional dan begitulah seterusnya apabila BN dilihat sudah kembali menyakinkan Rakyat Malaysia.
Tekanan demi tekanan menyebabkan Pakatan pembangkang semakin tidak keruan dan ditimpa pula masaalah dalaman parti masing masing dan pertelagahan Pakatan Rakyat gabungan PAS,DAP dan PKR itu sendiri.
Demo BERSIH yang dijalankan sebenarnya adalah untuk memastikan rakyat Malaysia bersama sama mereka Pakatan Pembangkang dan apabila berlangsungnya 9 Julai maka terbuktilah bahawa Rakyat Malaysia yang berjumlah 27.6 juta orang telah menolak Demo haram yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang ini apabila tidak sampai 10 ribu orang sahaja yang menyertai demo haram tersebut.
Dengan kegagalan Demo Bersih maka yakinlah kita semua rakyat Malaysia bahawa mereka Pakatan pembangkang akan melakukan apa sahaja selepas ini bagi memastikan kemenangan dipihak mereka pada PRU13 kelak.
Apa sahaja akan di lakukan mereka selepas ini dan jangan kita terkejut jika ada KONSPIRASI yang lebih besar dilakukan mereka untuk menghasut rakyat dan memperdaya Rakyat Malaysia agar membenci Kerajaan BN yang terbukti terbaik dalam mentadbir negara.
Gomo sebenarnya sudah lihat yang rakyat Malaysia khusunya orang Melayu dan India sudah kembali bertaut bersama Barsian Nasional namun agak terkilan dengan kaum Cina yang majoriti mereka masih lagi dahagakan kuasa yang dijanjikan DAP jika Pakatan berjaya membentuk Kerajaan pada PRU 13 kelak.
Najib Razak yang setakat ini mampan dalam mentadbir negara pasti akan terus terusan diserang dan dipersalahkan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Kamampuan Najib Razak membawa banyak pembahruan dalam pentadbiran Kerajaan menjadi ancaman terbesar buat Anwar Ibrahim yang kononya bakal Perdana Menteri Malaysia.
Sama sama kita lihat apakah Konspirasi, Fitnah, Propaganda, Rekayasa, Pembohongan yang akan di lakukan oleh mereka Pakatan Pembangkang selepas ini. Mereka sudah semakin kemaruk dengan kuasa dan apa sahaja akan dilakukan oleh mereka yang terdesak ini.
"Tanya Pada Diri Apa Bakti Kita Pada Negara"
Psssttt...apa sekalipun demo BERSIH yang lalu telah memburukkan Malaysia dimata dunia luar
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment