Friday 22 July 2011

Kenapa Anwar jumpa Ahli Parlimen pro Gay di Australia ?


Anwar-Australia0


AIDCReveal – Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan  tiga hari ke Australia baru-baru ini dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli Parliman yang pro Gay iaitu Malcom Turnbull dan Michael Danby.
Persoalannya, untuk tujuan apa Anwar berjumpa dengan ahli-ahli parlimen yang pro Gay itu ?

Malcom Bligh Turnbull (foto kiri) merupakan Ketua Pembangkang dan Ketua Parti Liberal  Australia dari 16 September 2008 hingga 1 Disember 2009.
Turnbull merupakan antara tokoh politk yang konsisten membela kelompok LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di Australia.
Beliau mewakili kawasan  Darlinghurst dan Kings Cross yang terletak di pinggir Sydney  yang dikatakan mempunyai pengundi di kalangan kelompok Gay dan Lesbian. Klik sini
Beliau juga sering menghadiri majlis yang dianjurkan oleh kumpulan Gay dan sering menyuarakan hak kesaksamaan bagi kumpulan tersebut.
Kevin Ekendahl-Malcom Turnbull
Turnbull (kiri) bersama Kevin Ekendahl (kanan) seorang Gay yang terlibat aktif dalam LGBT Australia. Foto dirakam di Caulfield, ketika Turnbull berkempen untuk Ekendahl sebagai calon Melbourne Ports untuk Parti Liberal.Klik di sini
Turnbull pernah memberitahu rakyat Australia bahawa beliau akan memperjuangkanpenentangan terhadap diskriminasi ke atas kumpulan homoseksual dan lesbian.
Saya berpegang teguh memperjuangkan penentangan diskriminasi kaum minoriti itu – Sayaakan meneruskan untuk membela pembaharuan ini,” katanya. Klik di sini
Sebagai  salah seorang pemimpin Yahudi Australia, beliau juga  menyokong  sepenuhnya polisi kerajaan Zionis di Israel dalam penjajahan ke atas tanah milik Palestin.
Selain itu, Anwar juga turut berjumpa dengan sahabat baiknya yang juga merupakan pemimpin kumpulan LGBT Australia, Michael Danby (foto kanan)
Menurut wikipedia, Michael David Danby merupakan seorang ahli politik Australia dari Parti Buruh Australia semenjak Oktober 1998, yang mewakili kawasan mengundi Port Melbourne, Victoria, merupakan antara kawasan yang mempunyai bilangan pengundi dari kelompok Gay, Lesbian dan Yahudi tertinggi di Australia.
Danby merupakan ahli Parlimen Australia dari kelompok Yahudi yang lantang bercakap memperjuangkan sokongan kepada Israel dan menentang tindakan anti semitik.
Pada Disember 2003, Danby pernah mengkritik kerajaan Howard kerana melakukan dikriminasi kepada kelompok Gay.  Beliau juga melancarkan RainbowAwards, majlis anugerah khusus untuk kelompok gay/lesbian di Australia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirnFZ-na-HKt_utFCgeMGaitnDgwy58cU3hBfoCVopPXnX_xG4FqPo5q5L0OEl8_y6rGctbpihPb-8EhtRZCfv-j3fYlLwDqh4sY7M08O2ToAg2auSVTiFlIJ9LPYeNFnEuzZGKA0Ylc2M/s320/danby+and+rainbow.jpg
http://farm5.static.flickr.com/4130/4961834315_796260e83d.jpg
Malcom Turnbull dan Michael Danby merupakan antara 50 orang ahli Parlimen Australia yang pernah menggesa kerajaan Malaysia menarik balik tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim pada awal tahun ini

No comments:

Post a Comment