Friday, 29 July 2011

Singapura Menang,GuanEng Umum Cuti?




Dikhabarkan Ketua Menteri regim DAP Pulau Pinang mengumumkan cuti umum setelah Singapura berjaya mengalahkan Malaysia dalam perlawanan. Beberapa pemimpin DAP turut melahirkan rasa lega apabila melihat permainan Singapura yang penuh dramatik seperti mana lakonan Suhardi berlakon mati ketika rusuhan Bersih.

Dalam pada itu GuanEng dikhabarkan turut mengumumkan tol percuma kepada semua kenderaan yang melalui jambatan Pulau Pinang..Adalah menjadi kebanggaan regim DAP melihat negara yang diperintah PAP berjaya mengalahkan Malaysia.

Malaysia tewas kerana lakonan drama oleh pemain Singapura,ia ibarat seperti Mat Sabu,Anwar dan haprak pakatan berlakon dianaiya untuk meraih simpati rakyat.Ingatlah apa yang dilakukan oleh Singapura sebentar tadi tak ubah seperti lakonan haprak pakatan ketika rusuhan bersih tempoh hari.

KUALA LUMPUR- Penyerang terhebat negara, Safee Sali memohon maaf kepada penyokong Malaysia atas kegagalan skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014.
Dalam nada yang sedih dan nyata kecewa, Safee memberikan reaksi demikian ketika ditemuramah wartawan RTM sebaik permainan berakhir.
“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau melihat pasukan pertahanan telah gagal memainkan peranan yang berkesan dalam perlawanan timbal balik dengan Singapura itu.
Safee merupakan penyumbang gol tunggal Malaysia dalam pertemuan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1. Malaysia bagaimanapun tewas dengan kiraan aggregat 6-4.
Sementara itu, Jurulatih negara, Datuk K Rajagobal meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak profesional pemain negara jiran yang dilihat terlalu banyak berlakon dalam pertemuan itu.
“Setiap kali ada kecederaan, mereka melengahkan masa dan ini mengganggu rentak pemain kita,” katanya.
Beliau juga yakin, pengalaman bermain malam ini mematangkan para pemain dan membawa pengajaran penting kepada pasukan negara.
Oleh: Arshad Khan/Mynewshub


Kita sebagai rakyat Malaysia yang amat cintakan negara tidak akan sama sekali menjadikan Singapura sebagai kiblat sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

Pisau ucapakan syabas kepada pasukan Malaysia walaupun tewas,tetapi tetap mempamerkan permainan yang baik terutamanya penjaga gol Apek.Jangan putus asa,perjuangan harus diteruskan.Insyaallah satu hari nanti bolasepak negara akan lebih maju lagi.

Tahniah juga buat penyokong bolasepak negara yang bersemangat turun ke stadium Bukit Jalil memberi sokongan padu.

Pisau kata " terlepas peluang Malaysia nak masuk pusingan ketiga"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1TSFxiWzY

No comments:

Post a Comment