Friday 29 July 2011

Ekslusif - Bila DBKL Lebih Sudu Dari Kuah Dengan Menjadi Proksi Utama Penghisap Darah Peniaga



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tak putus putus dengan Kontrovesi yang datang dan pergi setiap hari. Tak dinafikan DBKL berjaya dalam menempuhi cabaran yang ada di Kuala Lumpur ini namun dalam masa yang sama DBKL juga dilihat seperti Buta Tuli dengan apa yang berlaku walaupun telah MENYATAKAN PERSETUJUAN untuk menyelesaikan beberapa masaalah yang ada.

Isu Kenaikkan Kadar selenggara UPTOWN Danau Kota Dari RM150 sebulan kepada RM230 yang dikenakan oleh Pihak Persatuan Penjaja dibawah Kuasa Kuku Besi Pak Selamat Pendek dilihat telah dilindungi oleh mereka mereka yang BERKEPENTINGAN dalam DBKL.

Gomo pinta agar mereka yang bertanggungjawap membaca surat RASMI yang telah dihantar kepada Datuk Haji Mhd Amin Nordin Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL bertarikh 11 Julai 2011 di bawah ini:


Yang Berbahagia Datuk Haji Mhd Amin Nordin bin Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL
Tingkat 2, Menara DBKL 3
Bandar Wawasan
Jalan Raja Abdullah
50300 Kuala Lumpur 11 Julai 2011


Per: Bantahan Kenaikan Caj Perkhidmatan RM230 di Uptown Danau Kota


Merujuk kepada perkara di atas saya mewakili majoriti peniaga-peniaga di Uptown Danau Kota membuat bantahan di atas kenaikan caj perkhidmatan yang baru berjumlah RM 230 yang dikenakan kepada kami.


2. Satu perjumpaan telah diadakan dengan pihak Datuk bersama wakil penjaja dan persatuan penjaja Danau Kota pada Jumaat 24 hb. Jun 2011 berhubung bantahan kenaikan caj perkhidmatan. Hasil dari perbincangan tersebut, Datuk telah mengarahkan supaya satu mesyuarat diadakan diantara pelesen-pelesen dengan pihak persatuan.


3. Pihak persatuan telah mengeluarkan surat pekeliling pada tanggal 28 hb Jun 2011 mengenai sebuah mesyuarat yang akan diadakan pada 30 hb. Jun 2011. Hasil dari mesyuarat berikut, majoriti peniaga-peniaga membantah dengan sekeras-kerasnya kenaikan caj perkhidmatan. Akan tetapi, pihak persatuan dan jabatan penjaja DBKL tidak mengendahkan suara kami. Malah mereka tetap meneruskan usul supaya kenaikan caj perkhidmatan dinaikkan dari RM 150 kepada RM 230. Ini adalah sebanyak 55% kenaikkan.


4. Di sini juga saya lampirkan beberapa fakta yang tidak sepatutnya kadar caj perkhidmatan dinaikkan. Justeru itu, kami mendesak agar caj perkhidmatan dikekalkan pada jumlah asal iaitu RM 150. Saya berharap pihak Datuk dapat mempertimbangkan sewajarnya rayuan kami penjaja Uptown Danau Kota. Segala jasa baik pihak Datuk amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


…………………………………………….
(AHMAD FAUZI BIN ABDUL KARIM)
Lot 95, Uptown Danau Kota
Tel: 012-2958505 / 012-2665978
Email: cutiedee_1979@yahoo.com


Itu mukadimah buat DBKL yang dilihat lebih banyak mendiamkan diri dari menyelesaikan masaalah peniaga UPTOWN Danau Kota. Dan dibawah ini pula FAKTA yang sepatutnya pihak DBKL dan rakyat Malaysia tahu.

LAMPIRAN

Berikut adalah rasional bantahan yang kami ajukan kepada Datuk:

1. Bagi makluman, terdapat tiga pengurusan di Uptown Danau Kota iaitu:
a. Persatuan Penjaja
b. Swasta
c. KOBERA

2. Terdapat 333 lot tapak berlesen dengan kadar caj perkhidmatan RM 150
( 333 lot tapak x RM 150 = RM 49, 950).

3. Terdapat 27 lot tapak promosi yang tidak berlesen dengan kadar caj perkhidmatan RM 1, 200 (27 lot tapak x RM1, 200 = RM 32, 000).

Jumlah 2. (RM 49, 950) + 3. (RM 32, 000) = RM 82, 350

4. Terdapat lebih kurang 200 lot tapak Swasta Uptown Danau Kota dengan kadar caj perkhidmatan RM 700 (200 lot tapak x RM 700 = RM 140, 000).

5. Terdapat 30 lot tapak KOBERA dengan kadar caj perkhidmatan RM 800
(30 lot tapak x RM 800 = RM 24, 000).

Maka jumlah kutipan keseluruhan caj perkhidmatan di Uptown Danau Kota:
3. (RM 82, 350) + 4. (RM 140, 000) + 5. (RM 24, 000) = RM 246, 350

6. Relevannya di sini mengapa kenaikkan caj perkhidmatan hanya ditekan kepada peniaga-peniaga berlesen yang berjumlah 333 tapak sedangkan ada dua lagi pihak pengurusan.

7. Tiada kerjasama di antara tiga pihak pengurusan di Uptown Danau Kota.

8. Tiada laporan kewangan tahunan sepanjang lima tahun Uptown Danau Kota beroperasi. Seperti kos upah pekerja, gaji atau elaun pengerusi persatuan penjaja.

9. Peniaga tidak menjadi ahli persatuan penjaja Danau Kota.

10. Pihak persatuan tidak menerima cek bagi pembayaran caj perkhidmatan sedangkan mana-mana persatuan wajib memiliki akaun sendiri bagi diaudit urusan keluar masuk dana.

11. Pihak persatuan tidak pernah berbincang atau bermesyuarat mengenai hal-hal di Uptown Danau Kota sejak mula beroperasi.

12. Diputuskan di dalam mesyuarat pada 30 hb Jun 2011, caj perkhidmatan naik RM 80 kepada RM 230. Ini bermakna 333 lot tapak x RM 230 = RM 76, 590. Penambahan sebanyak RM 26, 640. Satu jumlah yang amat-amat besar. Ke manakah duit ini akan disalurkan????????????????????????????????????????????????????????????????????

13. Lesen tahunan DBKL hanya berjumlah RM 108 bagi satu tapak. Ini bermakna lebih kurang RM 9 sahaja untuk sebulan perniagaan. Dibandingkan dengan kadar caj perkhidmatan yang baru RM 230 sebulan amatlah tinggi kadar caj kenaikkan kepada kami. Walhal kami hanyalah peniaga-peniaga kecil sahaja.

14. Rata-rata peniaga pasar malam di sekitar Kuala Lumpur membayar caj perkhidmatan RM 3 – RM 5 semalam. Oleh itu, jumlah maksimum sebulan di antara RM 90 – RM 150. Duit ini diperolehi oleh Persatuan Penduduk yang menguruskan pasar malam.

15. Persatuan Penjaja sudah lebih 5 tahun menguruskan Uptown Danau. Satu masa yang agak lama.

16. Kami mencadangkan agar Persatuan Penduduk di Uptown Danau Kota mengambil-alih pihak pengurusan. Banyak aduan diterima sebelum ini disebabkan sampah, kesesakan lalu-lintas dan lain-lain. Ini disebabkan Persatuan Penduduk tidak mempunyai kepentingan (saham) di Uptown Danau Kota. Bayangkan lebih kurang suku juta, (RM 246, 350) jumlah kutipan caj perkhidmatan di Uptown Danau Kota bagi sebulan perniagaan. Jumlah ini patut disalurkan kepada Persatuan Penduduk.



Apa kejadah ni semua? Kenapa DBKL seolah olah Buta dengan apa yang dinyatakan disini? Pekara ini bukan baru malah dah bertahun Pihak DBKL mengetahuinya.

Gomo malas nak ulas mengenai Lot Swasta dan Kobera yang ada dalam kawasan Uptown tapi nak pertikaikan kenaikkan duit Sampah pihak Persatuan Penjaja Pak Selamat Pendek yang Keterlaluan menaikkan kadar selenggara menjadikan ia sebanyak RM 108,590 sebulan.

Apajadah selenggara Uptown yang lebih kurang sama dengan pasar Malam sampai kutipan mencecah Seratus Ribu sebulan? Pasar malam yang penuh dengan sampah dan kawalan lalulintas yang padat pun hanya RM3 ke RM5 sepetak untuk sehari yang mana jika sebulan pun kiraanya adalah sekitar RM150 sahaja.

Itu belum lagi cerita bab Lampu yang dikenakan pihak Persatuan yang satu mentol RM3 dan purata satu lot niaga RM5 sehari.


WOIIIII DBKL BUTA KE?

Gomo lihat disini seolah olah DBKL terutama bahagian Penjaja DBKL yang diketuai oleh Hj brahim menjadi pelindung SAH kepada pihak persatuan dalam mencekek darah para peniaga yang ada di Uptown Danau Kota.

Mungkin benar kata orang didalam DBKL sendiri bila Haji Brahim duduk lama disatu jawatan maka sudah ada EMPAYAR yang telah dibina luas. Berapa tahun dah ni EMPAYAR berkuasa? Tak cukup lagi ke?

Gomo sendiri pada 30 Jun waktu perbincangan dengan pihak persatuan dan peniaga Uptown melihat bagaimana pihak DBKL yang hadir dalam dewan Melindungi dan TOLONG Menjawap bagi pihak Persatuan diketuai Pak Selamat.

Video tidak dibenarkan dirakam pada waktu perbincangan tersebut berlangsung dan kalau lah boleh Rakam waktu itu memang MASAK pegawai DBKL yang bercakap tak sudah sudah memuji Pak Selamat Pendek.

Apa kejadah pihak DBKL yang sepatutnya menjadi Pemerhati dalam perbincangan tersebut bertindak lebih Sudu dari Kuah bila menyokong Pak Selamat dan Mempertikai keputusan suara Peniaga yang mambantah kenaikkan kadar Selenggara Uptown?

Apakah Pegawai DBKL termasuk Haji Brahim BUTA pada waktu itu? Apakah mereka tidak lihat Majority semua peniaga membantah kenaikkan kadar selenggara yang dikenakan sebanyak RM300 sebulan?

Pak Selamat Persatuan Penjaja yang agaknya cemas bila diasak oleh para peniaga kemudiannya dengan menggunakan KUKU BESI menentapkan harga kadar selenggara sebanyak RM230 sebulan. Para penjaja membantah kenaikkan RM230 sebulan tapi tidak diendahkan dan ditambah pula dengan pengawai DBKL yang menyokong Kenaikkan Kadar Selanggara.


HOI???? APA JADAH PEGAWAI DBKL SOKONG KENAIKKAN KADAR SELENGGARA?

Gomo juga nak bertanya kepada Datuk Amin yang telah menyarankan perbincangan dengan pihak Persatuan Penjaja UPTOWN Danau Kota. Apa laporan yang telah dihantar oleh Pegawai DBKL yang bertugas waktu perbincangan tersebut berlangsung? Apakah laporan yang dihantar menyatakan pihak peniaga BERSETUJU dengan kenaikkan RM230 itu?

Untuk makluman semua sehingga ke hari ini pihak Persatuan mengutip kadar RM230 sebulan walaupun belum diputuskan oleh DBKL mengenai kadar kenaikkan baru tersebut. Malah surat hitam putih dari DBKL juga tidak diberikan kepada peniaga bahawa DBKL telah BERSEKONGKOL untuk menaikkan kadar RM230 Sebulan.

Masih ramai yang tidak membayar Yuran selenggara sampah yang kini sudah masuk bulan yang kedua dan para peniaga juga telah digembar gemburkan oleh Pihak Persatuan bahawa mana mana lot Gerai yang tidak membayar Yuran RM230 tapak mereka akan disita oleh pihak Persatuan.

WTF DBKL???

DBKL yang mencadangkan rundingan dan bila rundingan dibuat dan para peniaga tidak bersetuju dengan kadar selenggara sampah yang dikenakan pihak DBKL pula membiarkan tindakan pihak persatuan yang MENGUTIP wang RM230.

Gomo cakap pun dan banyak ni, banyak lagi nak TITIK DBKL ni yang dilihat seolah olah menghalalkan Pemerasan yang dilakukan oleh pihak Persatuan Uptown. Tapi tak mengapa kerana mungkin selepas ini kita akan dedahkan pula SENARAI NAMA NAMA PENERIMA HADIAH dari pihak Persatuan UPTOWN.

Jangan ingat bila anda mempunyai Kuasa, Pangkat maka para peniaga jalanan seperti kami boleh diperlekehkan dengan sebegitu rupa. Memang kami ramai yang tahap SPM tapi tidak bermakna kami Bodoh dengan membiarkan anda yang berjawatan dan berpelajaran ini MENGHISAP DARAH kami.

Kasi Pagi Makan Pagi Kasi Petang Makan Petang Itulah kami para peniaga jalanan tidak kira sama ada di Uptown, Pasar Malam, Pasar Minggu, pasar Tani, dan mana mana Pasar seangkatan.

MOHON PERHATIAN SERIUS AKAN PEMERASAN YANG BERLAKU INI

Psssttt..agak agak lah nak kaya pun, orang lain pi Haji pakai Flight, depa pi haji nak pakai ROCKET.....Celako


WANG BESAR

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

No comments:

Post a Comment