Monday 25 July 2011

Karnival Kerjaya Vs Karnival Rusuh Jalan Raya

BN kerjanya membantu rakyat.Selesaikan masaalah rakyat.Keutamaan rakyat didahulukan.Masaalah penganguran dipandang amat berat oleh parti pemerintah.Ini berbeza dengan haprak pakatan.Mereka lebih gemar berpolitiking daripada menyelesaikan permasaalahan yang menimpa marhain.

Inilah beza nya apabila BN anjurkan karnival kerjaya,Haprak pakatan pula anjurkan karnival merusuh dijalanraya.

Karnival Kerjaya Pemuda BN diserbu


Pegawai Sekretariat Karnival Kerjaya, Jerusha Lai (dua dari kanan) menerangkan sesuatu kepada pengunjung yang mencari pekerjaan di MITC, Melaka, semalam. - UTUSAN/AZLI AHAD

MELAKA 22 Julai - Lebih 3,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT), lepasan sekolah dan orang ramai menyerbu Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.
Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, catatan hari pertama itu berdasarkan stiker yang dikeluarkan.
Katanya, jumlah itu dijangka meningkat esok dan Ahad.
Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang mencari pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian.
Seorang pengunjung, Norfazila Rahim, 21, berkata, penganjuran karnival tersebut amat dinanti-nantikan memandangkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan semakin sengit.
"Baru semalam, saya dan kawan merancang untuk ke Rembia bagi memohon jawatan kosong di sebuah syarikat membuat panel solar dan tidak sangka pula syarikat terbabit turut mengambil bahagian dalam karnival ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Pensyarah di Management Science University (MSU), Shah Alam, Selangor, Nor Azlina Rosli, 29, berkata, pelbagai peluang kerjaya ditawarkan seperti dalam sektor perladangan, perindustrian, perkhidmatan dan perhotelan memudahkan pengunjung membuat pilihan.
"Saya berada di sini kerana mengikut suami yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini.
"Setakat ini saya sudah memohon di lima agensi kerajaan dan swasta untuk bekerja di bahagian pentadbiran," katanya yang membuat permohonan di Tabung Haji, Pos Malaysia dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).-utusan

Menariknya menurut rakan Pisau yang turut serta dalam karnival itu,ada juga penyokong kuat pakatan turut sama bawa anak untuk ditemuduga ketika karnival berlangsung.

Pisau kata "memang BN buat kerja"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1T5uEwDWh

No comments:

Post a Comment