Monday 25 July 2011

Dakwat Kekal vs Biometrik Mana Pilihan Anda?



Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut.Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan,anak mata,suara,muka,pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA),keystroke,tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.Di peringkat global,penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu.Contohnya,semua lapangan terbang di Amerika Syarikat menggunakan sistem pengenalan biometrik yang mengandungi gambar serta cap jari pelawat-pelawat asing.Negara Jepun pula banyak menggunakan kaedah urat saraf (vein) bagi sistem kedatangan di pejabat /syarikat dan sistem maklumat peribadi di institusi-institusi pendidikan serta kesihatan.

Jenis-jenis teknologi biometrik

CAP JARI
Teknologi cap jari menggunakan imej optik atau electronic field imaging untuk
mengenal pasti identiti melalui pattern-matching dan minutiaes.Imbasan cap jari
individu akan dibandingkan dengan templat cap jari yang disimpan di dalam sistem.Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi di mana telah terbukti tidak terdapat lebih dari satu individu yang mempunyai cap jari yang serupa.Kaedah ini telah lama digunakan di peringkat global bagi pengesahan identiti individu dan pengenalpastian penjenayah.

ANAK MATA (IRIS)
Teknik ini menggunakan ciri-ciri imej anak mata yang unik.Alat pengimbas mata
akan mengambil foto mata yang beresolusi tinggi dan merekodkan data tersebut.Data ini seterusnya akan ditukarkan kepada algoritma dan dibandingkan dengan karakter dan bentuk anak mata yang telah direkodkan.Kaedah ini sesuai digunakan untuk akses lokasi-lokasi yang bertahap keselamatan yang tinggi,contohnya memasuki bilik kebal yang mengandungi bahan-bahan rahsia.


MUKA
Teknologi biometrik ini menggunakan imbasan imej muka iaitu reka bentuk
muka sebagai pengesahan identiti seperti kedudukan hidung,mata,dagu dan
mulut.Sistem pengenalpastian muka akan membuat analisis ke atas data dan membandingkannya dengan templat muka yang terdapat di dalam kad pintar (smart
card)atau templat muka di dalam pangkalan data.Dari segi ketepatan,kaedah ini adalah kurang tepat jika imej muka yang diimbas dibandingkan dari sudut yang
berbeza.Kaedah ini sesuai digunakan bagi mengesan penjenayah terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan orang awam seperti di lapangan terbang dan sebagainya.


MAKLUMAT LANJUT

KLIK DI SINI 
Ketua Pembangkang sendiri mengakui kelebihan penggunaan biometrik tetapi sebaliknya mereka mempertikaikan kos penggunaan biometrik.Antara petikan daripada blog ketua pembangkang““Penggunaan Biometrik ini sebenarnya baik namun saya tak lihat ia praktikal untuk jangka masa pendek.SPR perlu betul-betul bersiap sedia kerana mereka memerlukan peralatan biometrik yang banyak memandangkan tempat mengundi yang banyak,” katanya.
KLIK DI SINI
Jika benar kerajaan tidak mampu mengendalikan biometrik kenapa agensi-agensi serta sektor-sektor kerajaan mempergunakan sistem ini dalam urusan pekerjaan ??? saya percaya kerajaan mampu mengendalikan sistem pilihanraya yang adil selain kemampuan membekalkan teknologi jalur lebar kepada rakyat Malaysia diluar bandar.Baru-baru ini didalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bersetuju memberikan peruntukan diberi kepada SPR untuk menggunakan kaedah biometrik untuk memastikan pilihanraya yang adil,telus & bersih adalah langkah yang bijak & tepat untuk menjawab segala tuntutan tidak munasabah daripada pakatan pembangkang.

Yang paling menjengkelkan adalah PAS & rakan pakatannya yang ingin dakwat kekal dilaksanakan,tetapi adakah mereka(orang PAS) sebagai muslim sudah lupa keburukan penggunaan dakwat kekal ??? jika selepas mengundi adakah dakwat kekal masih boleh dibawa untuk bersolat ??? sebelum mengundi jika jari terkena dakwat pen atau dakwat print , adakah seseorang itu masih boleh mengundi ??? Penerangan oleh pengerusi SPR sangat kukuh & tepat untuk tidak menggunakan dakwat kekal. Kenapa mereka(pakatan pembangkang) masih berdolak dalik ingin menggunakan dakwat kekal ???

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH


Pilihlah Yang Terbaik Demi Negara Kita Yang Tercinta


Psssttt..Jangan mudah terhasut dengan dakyat pembangkang
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

No comments:

Post a Comment