Ini adalah sebahagian daripada berbillion ringgit bantuan yang diberikan kerajaan BN yang kononnya dikatakan rasis untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.
Kerajaan beri subsidi,wang ehsan kepada golongan nelayan,sedar kerana ramai golongan ini berpendapatan rendah .Inilah realitinya kerajaan BN sudah lama menjadi kerajaan berkebajikan.Berbanding Khawarij PAS yang cukup berminat dengan dasar kerajaan BN yang banyak membantu rakyat.
Kerajaan beri subsidi,wang ehsan kepada golongan nelayan,sedar kerana ramai golongan ini berpendapatan rendah .Inilah realitinya kerajaan BN sudah lama menjadi kerajaan berkebajikan.Berbanding Khawarij PAS yang cukup berminat dengan dasar kerajaan BN yang banyak membantu rakyat.
Pisau kata " dah banyak kerajaan tolong,puak ni nak apa lagi"688 nelayan kaum Cina terima elaun sara hidup
PELABUHAN KLANG 24 Julai - Seramai 688 nelayan kaum Cina di Pulau Ketam di sini, hari ini menerima elaun sara hidup daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.Menurut Noh, elaun RM200 bagi setiap nelayan itu antara usaha Kerajaan Persekutuan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sejak 2008 untuk menjaga kebajikan golongan berkenaan dari segi kewangan.Beliau memberitahu, di Selangor sahaja dari 2008 sehingga Julai tahun ini, seramai 4,320 orang nelayan telah menerima elaun berkenaan yang merangkumi 2,969 pemilik bot dan 1,351 pekerja dengan jumlah keseluruhan RM29.7 juta."Ini sumbangan Kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan nelayan di negeri ini. Tidak seperti Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak melaksanakannya," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan elaun itu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Hwa Lien di sini.Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, selain elaun sara hidup untuk nelayan, Kerajaan Persekutuan turut melaksanakan pelbagai program bantuan lain bagi membantu meningkatkan sosioekonomi golongan itu di seluruh negara."Di Pulau Ketam sendiri sebagai contoh, Kerajaan Pusat telah memberi sebanyak RM6 juta subsidi diesel kepada nelayan untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan. Jumlah subsidi itu tidak termasuk subsidi 10 sen yang dibayar oleh Kerajaan Pusat untuk setiap kilogram hasil tangkapan yang diperoleh," ujarnya.Sementara itu, salah seorang penerima elaun itu, Dok Ik Chen, 50, berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana memahami kesulitan yang dialaminya dan juga nelayan-nelayan lain dari segi bebanan kewangan yang dihadapi."Ada masanya saya tidak turun ke laut untuk menangkap ikan terutamanya apabila cuaca tidak baik. Kalau tidak turun ke laut, pendapatan saya sedikit terjejas. Jadi apabila kerajaan beri elaun ini, saya boleh gunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga," katanya yang telah 40 tahun bekerja sebagai nelayan.Seorang lagi nelayan, Tan Chia Chong, 25, menyifatkan pemberian elaun itu sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap golongan nelayan khususnya di Pulau Ketam.Elaun itu, katanya, dapat meringankan beban hidup nelayan dan juga sebagai motivasi kepada seluruh golongan nelayan untuk berusaha menambahkan hasil tangkapan pada masa akan datang.-Utusan
Read more: http://www.pisau.net/2011/07/satu-lagi-bukti-bn-rasis.html#ixzz1TBFUt6IE
No comments:
Post a Comment