Saturday 16 July 2011

Apabila Karpal Mula Berdakwah

 

Ostat Zizan MB Kedah dan seluruh kepimpinan khawarij PAS dilaporkan gentar apabila mendengar Kit Siang dan Karpal Singh berdehem.Kita semua tahu dehem DAP bukan sebarang dehem,dehem DAP boleh buat serban dan ketayap khawarij terjatuh.Dehem DAP bagaikan tiupan sangkakala buat khawarij PAS.


Nik Aziz dan seluruh khawarij PAS beberapa kali kantoi ditangkap apabila mereka lebih takutkan DAP daripada tuhan.Berpuluh kali Pisau jelaskan didalam blog ini,PAS menampilkan ciri ciri yang amat taat dan patuh didalam selingkohan bersama DAP.

Kita akan dapat lihat nanti betapa Ostat Zizan dan seluruh khawarij PAS akan menarik handbrake apabila diberi amaran oleh Kit Siang dan Karpal. 

Satu lagi bukti dakwah DAP amat berkesan terhadap PAS.Jom baca dakwah DAP kepada PAS mula guna bible?:Klik sini

Pusat hiburan: Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah

KUALA LUMPUR 15 Julai — DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.
"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.
"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu.Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim. — BERNAMA

Pisau kata "PAS isteri solehah DAP"

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1SHBAMZaL

No comments:

Post a Comment