Friday, 5 August 2011

Anwar Bukan Nak Bela Diri Tapi Nak Tangguhkan Kes


Oleh The Unspinners – Memetik dari MIM, pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim adalah jelas:
“Bahawa kamu (Anwar Ibrahim), pada 26hb Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damanasara Condominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu di dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan.”
Anwar yang sepatutnya membela diri berdasarkan kes ini sudah mula dengan aksi sandiwara untuk melengahkan perbicaraan. Dia mulakan pembelaan dengan memohon digugurkan hakim kerana membuat keputusan yang tidak memihak kepadanya.
Kali ini dia pula bersandiwara dengan memohon beberapa orang yang tidak ada kena mengena secara langsung dengan kesnya untuk jadi saksi hanya untuk dia mempolitikkan proses bicara mahkamah.
Usaha Anwar untuk mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof ke dalam kesnya ternyata diluar ruang amalan undang-undang.
Dia mahu konon menginterbiu mereka dan meminta mereka menjadi saksi sedangkan mereka enggan hadhir sebagai saksi kerana mereka bukan saksi utama. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Anwar perlu sepina saksi-saksi ini.
Bagi mendapatkan sepina, Anwar perlu memberi asas dan maklumat untuk meyakinkan mahkamah bahawa mereka ini releven kepada kes Anwar untuk disepina. Keputusan mahkamah berhubung permohonan interbiu saksi ditentukan pada Ogos 8hb.
Belum apa-apa Anwar yang diketahui tidak ada alibi, bersandiwara seolah-olah proses mahkamah tidak adil kepadanya. Anwar mahukan kerja dia senang tetapi keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 112 memperuntukan supaya kenyataan kepada polis tidak perlu dibekalkan kepada pihak pembelaan.
Isnin lalu dan Julai 26hb, Anwar telah memohon mahkamah keluarkan perintah menemuramah Najib, Rosmah, Musa Hasan, dan Rodwan dan baru-baru ini 10 orang termasuk tuan rumah Hasanuddin, Prof Ariff, Omar Merican,
Apa lagi permainan sandiawara Anwar? ”Justice delayed is justice denied” di dalam kamus pnghakiman. Realitinya, melengah-lengahkan kes akan mengguatkan lagi kebarangkalian bahawa tertuduh memang bersalah.
Apa yang dilakukan anwar adalah berikut:
1. Mereka yang tidak melakukan aturan tabii seperti di dalam pertuduhan di atas, akan dipanggil.
2. Mereka yang tidak terlibat di dalam aktiviti ‘masuk keluar’ melalui ‘pintu belakang’ yang akan menjawab keseronokan luar tabii si pesalah!
3. Ada pihak lain yang dituntut untuk turut serta di prosiding mahkamah hanya kerana pasangan yang ‘bergelut’ di Tivolli Villa.

No comments:

Post a Comment