Friday, 5 August 2011

Daripada 10 Saksi, Siapa Sebenarnya Alibi Anwar ?



AIDCNews -05/08/11 – Tidak ada individu lain, kecuali 11 saksi yang berada di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008, tarikh yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 1151, antara jam 3.01 hingga 4.30 petang.
Kecuali Hassanuddin Abd. Hamid, kawan baik Anwar yang juga pemilik unit kondominium itu, 10 saksi lain dianggap sebagai ‘saksi alibi’ Anwar pada hari kejadian tersebut.
10 nama ini disahkan oleh pihak Anwar sendiri, apabila pada 1 Ogos, pihaknya melalui melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co membuat permohonan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi untuk menemubual kesemua saksi itu sebelum beliau memberi keterangan bela diri.
Malaysiakini, portal pro Anwar, melaporkan 10 nama itu sebagai ‘saksi alibi’.
Tidak dapat dipastikan kenapa Malaysiakini meletakkan ‘tanda kutip’ pada perkataan ‘saksi alibi’ itu, adakah bermaksud portal pro Anwar sendiri tidak yakin bahawa 10 nama itu adalah sebenar-sebenarnya saksi alibi Anwar pada hari kejadian tersebut ?
Manakala Hassanuddin, pemilik kondominium yang sepatutnya berada bersama-sama KUMPULAN B, jadual di sebelah tidak dimasukkan ‘saksi alibi’ oleh pihak Anwar, sebaliknya penama itu dimasukkan dalam senarai pertama yang dipohon Anwar untuk diminta temubual.
Permohonan pertama dibuat seminggu lebih awal, iaitu pada 26 Julai yang memohon 5 saksi.
Selain, Hassanuddin, 4 saksi lain yang dipohon adalah Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) ; Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara); Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Barangkali, pengklasan Hassanuddin dalam kumpulan tokoh-tokoh yang tidak pernah hadir ke kondominium dan tiada pada tarikh, masa dan tempat kejadian seperti didakwa di mahkamah, semata-mata di atas persamaan bahawa pemilik kondominium itu tidak mahu ditemubual dahulu, seperti yang dipohon oleh pihak Anwar.
Dalam afidavit yang diterima daripada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, kepada peguam Anwar S N Nair bertarikh 18 Julai menyebut, “Hasanuddin pula tidak bersedia untuk ditemubual kecuali melalui peguamnya“. Klik di sini
Walaupun Hassanuddin sebenarnya kawan baik Anwar dan turut berada di tempat kejadian pada hari yang didakwa tersebut, namun ada perancangan halus mengklaskan Hassanuddin bersama 4 tokoh di atas.
Taktik ini, mengulangi kes video seks, apabila kawan baik Anwar sendiri, Datuk Shazryl Eskay Abdullah membongkar rakaman video itu, maka beliau dikelompokkan dalam kumpulan senarai team Datuk Rahim Tamby Chik untuk melupuskan semua bukti-bukti yang menunjukkan sebenarnya Eskay dari team Anwar.
Daripada 10, Siapa Saksi Alibi ?
Berdasarkan keterangan Mohd Saiful di mahkamah, KUMPULAN A dalam jadual di atas tidak boleh dijadikan saksi alibi kerana keempat-empat mereka berada di luar skop pertuduhan, iaitu mereka bermesyuarat bersama Anwar di Unit 1152, antara jam 12 tengahari hingga 2.30 petang, sedangkan pertuduhan di mahkamah di Unit 1151, antara jam 3.01 hingga 4.30 petang.
Perkara ini turut disahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR semasa sesi penerangan kepada aktivis-aktivis penerangan PKR, di Ipoh, 5 Mei lalu.
Pukul 3.00 petang, Prof Arif dan 4 orang yang lain beredar pulang, tinggallah Datuk Seri Anwar dan juga 4 orang yang lain. Empat lagi itu adalah Hassanuddin, kawan baik Datuk Seri Anwar dan juga tuan punya kondo; isteri Hasanuddin iaitu Kak Sham dan juga dua orang pembantu rumah Indonesia”, kata Rafizi [klik di sini] yang membawa maksud semua senarai dalam KUMPULAN A terkeluar dari senarai saksi alibi.
Senarai 4 Individu dari KUMPULAN A yang terkeluar itu adalah; Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem (bekas Pengarah Eksekutif MIER); Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank Deutsche Bank (M) Bhd) dan Omar Malek Ali Merican (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia) dan Nik Mahmood Nik Hassan (Aktivis PKR).
Tiga Individu Penting
Mengambil kira penerangan PKR tentang isu liwat yang membabitkan ketua mereka, Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategi) meletakkan saksi alibi Anwar adalah 4 individu iaitu Hassanuddin, isterinya Noor Sham atau lebih mesra dipanggil Kak Sham dan dua orang pembantu rumah mereka, Suliati dan Fitria Dipan.
Namun, propaganda yang disebarkan kepada akar umbi PKR berbeza dengan gerak kerja Anwar bersama barisan peguamnya di mahkamah iaitu Anwar membuang nama Hassanuddin sebagai saksi alibi dan secara halus mengklaskan pemilik kondo itu bersama team Najib.
Tindak balas Anwar mengklaskan pemilik kondo itu bersama team Najib dibuat apabila Hassanuddin enggan bekerjasama dengan pihak Anwar memberikan Unit 1152 sebagai lokasi sebenar Anwar berada pada hari, masa dan tempat kejadian itu didakwa, sebaliknya pemilik kondo itu tetap berkeras mengatakan antara jam 3.01 hingga 4.30 petang, Anwar berada di Unit 1151. Klik di sinisini, dan sini
Jadi apabila ketua keluarga, iaitu Hassanuddin, secara jelas menunjukkan pada hari dan masa kejadian Anwar berada di Unit 1151, bagaimana Anwar mahu menjadikan Kak Sham dan dua orang perempuan pembantu rumahnya sebagai saksi alibi ?
Seandainya Kak Sham dan dua perempuan pembantu rumahnya adalah saksi alibi Anwar kenapa pihak Anwar perlu menemubual terlebih dahulu sebelum memberi keterangan bela diri ?
Adakah selama ini dijadikan 3 individu (Kak Sham dan 2 pembantu rumah) sebagai alibi sekadar serkap jarang yang hanya keluar dari mulut Anwar, tanpa ditapis sejauh manakah kebenaran maklumat dari mulut Ketua Umum PKR dan tanpa meminta izin atau ditemubual atau dirujuk pengesahan terlebih dahulu daripada ketiga penama itu ?
Seandainya 3 penama itu berpihak kepada Anwar dan sanggup menjadi saksi alibi, kenapa perlu Anwar membuat permohonan mendapatkan keterangan mereka melalui mahkamah ?
Tiga Pembantu Anwar
Memohon senarai tiga penama pembantu Anwar sendiri di mahkamah adalah satu perkara yang luar biasa, kerana dari segi logik, sukarkah pihak Anwar mendapatkan keterangan dari pembantu-pembantu yang dibayar oleh Ketua Umum PKR itu ?
Namun, bukan luar biasa, jika tiga penama pembantu Anwar itu sengaja dimasukkan sebagai senarai permohonan di mahkamah untuk menunjukkan Ketua Umum PKR ‘sebenarnya mempunyai ramai alibi’ atau bertujuan untuk menangguh-nangguhkan prosiding supaya ketua mereka dapat mengelak dari memberi keterangan membela diri.
Tiga pembantu Anwar yang termasuk dalam KUMPULAN C senarai di atas adalah Abdullah Sani Said (pemandu peribadi Anwar) serta dua pengawal peribadi Anwar yang bernama Mokhtar Mustafa dan Mohd. Khoharullah Abdul Majid.
Tidak dapat dipastikan ketiga-tiga pembantu itu berada di unit mana, sama ada di 1152 atau 1151 pada hari kejadian itu, begitu juga dari segi masa mereka berada di tempat kejadian itu.
Namun, berdasarkan rekod amalan Anwar, setiap pembantunya berpotensi untuk dikambinghitamkan menjadi saksi palsu.
Perkara ini pernah Anwar lakukan kepada Azmin Ali (kes 1998), Muhamad Rahimi Osman dan Rasid Rosidi (kes Saiful, 2008), Fayyad AlBakri (Kes Tuduhan Skuad Khas Mahu Tembak Anwar, 9 Julai 2011) dan Abdullah Sani Said (Kes Tuduhan Kereta Anwar Disabotaj Untuk Cubaan Membunuh 2011).
Jadi berdasarkan latar belakang rekod yang pernah dilakukan Anwar tidak mustahil Anwar melakukan perkara sama untuk proses membela diri nanti, walaupun dalam CCTV merakamkan Anwar masuk ke lif itu seorang diri tanpa ditemani oleh pemandu atau dua pengawal keselamatannya.
Jika salah seorang pembantu Anwar atau ketiga-ketiga pembantu Anwar bersedia untuk ‘mengorbankan diri’ kepada majikannya, kenapakah Anwar masih takut untuk membela diri ?

No comments:

Post a Comment