Tuesday 23 August 2011

Pendedahan Ambiga Dana BERSIH 2.0 Timbulkan Misteri



AIDCNews -20/08/11 – Pendedahan Datuk Ambiga Sreenevasan berkenaan dana yang diterimanya untuk perhimpunan haram 9 Julai, serta dana asing untuk projek masa depan BERSIH 2.0 menimbulkan lebih banyak misteri.

Ketika diwawancara oleh portal yang dikaitkan dengan George Soros, Malaysiakini, 13 Ogos lalu, Ambiga mengakui perhimpunan haram 9 Julai itu dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan sumbangan rakyat Malaysia.
“Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan peruntukan RM15,000 yang disalurkan untuk perhimpunan itu, sambil menyifatkan wang berkenaan sebagai sumbangan kecil kerajaan pimpinan beliau dalam menegakkan demokrasi di negara ini”, lapor portal itu.

Selain dana daripada Kerajaan Negeri Selangor, Ambiga berkata sumber lain juga datang dari rakyat Malaysia yang membuat pemindahan bank dalam akaun mereka, namun tidak mendedahkan butiran terperinci berapakah jumlah yang diterima dari sumbangan tersebut.

Menurut laman web bersih.org, dalam kolum ‘Support Us!‘ sumbangan kepada BERSIH 2.0 dibuat atas nama ALIRAN (Aliran Kesedaran Negara), sebuah NGO hak asasi yang diterajui P Ramakrishnan, berpengkalan di Pulau Pinang.
“Saya langsung tidak ada halangan untuk mendedahkan semua itu… Kami memang bercadang mendedahkan perkara ini, tetapi malangnya pihak polis telah merampas semua rekod-rekod kami.

Semuanya ada.”
“Mereka (polis) menahan tujuh kakitangan NGO itu (Empower) dan merampas beberapa kemeja-T BERSIH 2.0 dan dokumen lain termasuk rekod derma dan dana yang diterima”, kata Ambiga yang menyalahkan tindakan pihak polis menggeledah pejabat Empower di Petaling Jaya pada 19 Jun lalu sebagai punca kenapa butiran terperinci tidak dapat didedahkan.


Terdapat kontradiski berkenaan kenyataan Ambiga tentang rekod derma dan dana. Dalam wawancara dengan portal itu, Ambiga mendakwa rekod derma dan dana disimpan di pejabat Empower, tetapi dalam laman web rasmi BERSIH 2.0, saluran derma-derma orang ramai dimasukkan ke dalam akaun Aliran, Account No: 507 246 118 995, Malayan Banking Berhad, Branch: Green Lane, Penang, Malaysia.

Jika semua sumbangan dimasukkan ke dalam akaun BERSIH 2.0 (Aliran), sepatutnya tidak menjadi masalah kepada Ambiga untuk mendedahkannya. Ini kerana, pejabat Aliran di Pulau Pinang tidak digeledah polis dan penyata kewangan derma 2.0 masih selamat di bawah jagaan Maybank.

Ataupun, BERSIH 2.0 mempunyai pelbagai akaun, satu melalui NGO Aliran di Pulau Pinang yang dibuat secara rasmi dan satu lagi melalui NGO Empower di Petaling Jaya yang tidak dimaklumkan kepada umum ?
Tetapi, jika pun pejabat Empower di Petaling Jaya digeledah polis dan dokumen diambil, itu bukan alasan paling munasabah untuk tidak mahu mendedahkan butiran pendapatan secara terperinci.

Lainlah, seandainya BERSIH 2.0 yang tidak cekap dan bersih dalam pengurusan, menguruskan wang pendapatan secara carca marba tanpa akaun atau auditing kewangan, dan hanya menyimpan wang tunai di pejabat NGO.
Tetapi semasa penggeledahan polis di pejabat itu, pihak polis hanya merampas beberapa kemeja-T BERSIH 2.0 dan dokumen lain termasuk rekod derma dan dana yang diterima, tetapi tidak merampas wang tunai ?
Maknanya wang tidak disimpan di pejabat, hanya rekod sahaja dan kemungkinan besar wang disimpan di bank yang rekodnya boleh dituntut semula oleh pihak BERSIH 2.O, jika benar mereka benar-benar ikhlas mahu mendedahkan butiran terperinci kepada umum.

Ambiga turut mengakui sejumlah wang tertentu disalurkan oleh NDI (National Democratic Institute) dan OSI (Open Society Institute) kepada BERSIH 2.0, jadi ke dalam akaun mana pula dua organisasi dana Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu salurkan dana ?
Berapa pula jumlah wang yang disalurkan oleh NDI dan OSI kepada BERSIH 2.0 yang disifatkan bukan untuk perhimpunan tetapi untuk projek masa depan yang berkaitan dengan persempadanan semula itu ?

Apa maksud sebenar NDI dan OSI menyumbang untuk tujuan projek masa depan dan persempadanan semula ? Dana untuk membantu parti-parti pembangkang yang disokong BERSIH 2.0 untuk Pilihan Raya Umum ke 13 ?
Jadi, seandainya, pengurusan kewangan BERSIH 2.0 sendiri, tidak telus dan tidak accountability serta tidak responsibility, bagaimana mungkin BERSIH 2.0 mahu menuntut satu pilihan raya yang adil dan bersih ?

Menurut Ambiga, “Sesetengah wang itu juga digunakan bagi membayar gaji kakitangan Empower, sebuah NGO yang bertindak sebagai sekretariat BERSIH 2.0, serta elaun bagi sukarelawan lain”.

Jika kakaitangan Empower dibayar kerana kerja-kerja kesukarelawanannya, adakah Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan semua jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 juga turut dibayar ?

Siapa pula sukarelawan lain yang dibayar itu, berapa ramai jumlahnya ?
Adakah dengan pengakuan yang keluar dari mulut Pengerusi BERSIH 2.0 ini bermaksud perhimpunan haram, 9 Julai baru-baru ini ditaja dan berbayar ?

Siasahdaily.blogspot.com merumuskan, “Gerakan liberal di Malaysia telah sedia dapat dikaitkan dengan bantuan asing, seperti daripada pertubuhan di bawah NED, Open Society Foundations dan pelbagai pertubuhan lain.

“Kaitan ini terus menjadi bahan kritikan dan manipulasi media baharu proparti pemerintah.
“Open Society yang dimiliki dermawan aktivis politik George Soros memberi bantuan kewangan kepada pelbagai media di seluruh dunia, termasuk yang berhaluan kiri, dan berperanan dalam aktivisme demokrasi di seluruh dunia, terutama republik bekas Soviet yang menyaksikan perubahan dalam kebangkitan yang digelar “revolusi warna.” Klik di sini
sumber-AIDC

Read more: http://www.pisau.net/2011/08/pendedahan-ambiga-dana-bersih-20.html#ixzz1VqK4MgbI

No comments:

Post a Comment