Tuesday, 23 August 2011

Guan Eng Untung Jual Tanah ?



Aiya, kuda mana ada judi,semua halal ma..hehe..khabarnya Vincent Tan sudah kowtow dengan Guan Eng betui ka? Buat perjumpaan sulit ? Telus?Transperen? Mana ada semua sapu masuk bawah karpet,diam diam makan,jangan sampai muntah maa...

Ini satu lagi bukti Guan Eng cuma pentingkan bina rumah orang kaya,mana ada rumah murah..

Guan Eng benarkan Vincent Tan melabur di Pulau Pinang - Tee Beng

PULAU PINANG 19 Ogos - Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang membenarkan Tan Sri Vincent Tan membeli sebidang tanah pegangan bebas milik Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang (PTC) bernilai RM459 juta, Selasa lalu disifatkan sebagai langkah awal untuk jutawan itu 'memasuki' dan 'meneroka' projek di negeri ini.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, ini kerana sejak 20 tahun lalu, jutawan tersebut gagal memperoleh sebarang projek di negeri ini termasuk terbaru, Penang Global City Centre (PGCC) yang tidak diluluskan kerana pemaju gagal mengemukakan pelan reka bentuk selain mendapat bantahan rakyat.
Tee Beng berkata, yang menjadi persoalannya adalah pembelian tanah berkenaan diadakan secara 'sembunyi' antara jutawan tersebut dengan kerajaan DAP Pulau Pinang dan pendedahan hanya dibuat setelah perjanjian jual beli dimeterai.
"Mana pergi dasar Cekap, Amanah serta Telus (CAT) yang dilaungkan Lim Guan Eng (Ketua Menteri) sebelum ini kerana apa yang saya lihat ia hanya satu sandiwara. Dahulu semasa projek PGCC, kerajaan negeri umumkan apa yang akan dibuat, apa bangunan yang akan dibina dan siapa pemajunya.
"Kali ini, perjanjian sudah dibuat walaupun saya diberitahu Guan Eng banyak kali berjumpa Vincent. Semuanya dilakukan secara senyap-senyap dan kita tidak tahu apa agenda sebenar mereka. Rasanya kerajaan negeri dahulu lagi Cekap, Amanah serta Telus (CAT) daripada kerajaan sekarang yang hanya pandai melaungkannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Berjaya Land Development Sdn. Bhd. (BLand) melabur RM459 juta untuk membeli sebidang tanah pegangan bebas daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang (PTC) yang akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman mewah, Selasa lalu.
Menurut Tee Beng, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang membenarkan Vincent melabur di negeri ini juga dilihat seolah-olah 'cakap tidak serupa bikin' dan keluar daripada prinsip yang mereka laung-laungkan selama ini iaitu tidak mahu mengamalkan duit haram atau duit judi.
"Kalau dahulu setiap kali ceramah atau majlis anjuran kerajaan negeri, pasti akan ada kenyataan bahawa mereka (kerajaan negeri) tidak mengamalkan duit haram, duit judi dan menggelar beliau (Vincent Tan) taikun judi dan Kerajaan Pusat ambil wang judi.
"Mengapa sekarang mahu berniaga dengan beliau pula sedangkan mereka memang sudah mengetahui bahawa Vincent adalah taikun judi terbesar. Mengapa kertas cadangan pembelian tanah berharga RM459 juta itu diluluskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang? Saya amat keliru dengan apa yang berlaku sekarang," kata Tee Beng.-utusan
Dia belit banyak sangat,ramai yang dah terbelit patut la pakat percaya kencing dia..

Pisau kata " dengar cerita orang tu dapat 2% parti 3 % betui ka ?"

Read more: http://www.pisau.net/2011/08/guan-eng-untung-jual-tanah.html#ixzz1VqJlQUM0

No comments:

Post a Comment