Tuesday, 23 August 2011

BREAKING NEWS - Hakim Mahkamah Tinggi Geleng Kepala Dengar Pilihan Anwar Ibrahim Bela Diri.


 

Benar telahan para Blogger yang menyatakan Anwar Ibrahim akan memilih jalan paling selamat buat dirinya dalam membela diri pada perbicaraan Liwat yang berjalan ini. 

Kami menjangkakan Anwar akan memilih untuk TIDAK BERSUMPAH dalam memberikan keterangan. Dan benar jangkaan kami bila Anwar Takut untuk Bersumpah dihadapan Hakim. 


3 pilihan Anwar. 

1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi(ada kredibiliti, disoal balas DPP) 

2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak disoal balas DPP) 

3) Berdiam diri ( terus jatuh hukuman) 

Dalam 3 diatas Anwar memilih yang kedua: 

2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak disoal balas DPP) 

Apa Gomo yang telah Gomo nyatakan semalam: 


Gomo yakin dan amat pasti bahawa Anwar Ibrahim akan memilih pilihan yang kedua yang mana beliau akan membela diri tampa perlu ANGKAT SUMPAH.(tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas DPP) Ini pilihan yang Gomo jangkakan Anwar akan pilih memandangkan Anwar Ibrahim tidak berdaya untuk BERSUMPAH dalam memberikan keterangan nya dan TAKUT untuk disoal balas oleh Pendakwaraya. 


Gomo malas nak ulas panjang tapi cukuplah sekadar nak nyatakan bahawa dalam Mahkamah nak bagi keterangan pun Anwar Ibrahim takut nak bersumpah. Bukan sumpah Lakhnat pun!!! 

Lagi satu untuk makluman Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam bahasa Inggeris. 

Dia ni kata. Pejuang Bahasa Melayu tapi dalam court nak bela diri nak bagi keterangan dalam bahasa Inggeris. Jelas ni semua nak Bodohkan rakyat. Terutama orang Melayu. 

Nyawa Anwar semakin sampai ke penghujung. Sama sama kita berdoa agar kebenaran akan terus bersinar dalam menjelaskan kepada seluruh dunia siapa Anwar Ibrahim ini. 

Keadilan Buat Saiful Bukhari semakin hampir. Amin.....

No comments:

Post a Comment