Wednesday 3 August 2011

Universiti Awam Bakal Huru Hara Jika Pembangkang Memerintah

Semalam ada berita mengejut mengenai Unisel di mana Naib Canselor yang juga CEO kepada universiti tersebut meletak jawatan akibat campurtangan politik.
Dr Rosti letak jawatan NC Unisel 

Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009. 

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai -- Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

- Bernama

Baru jaga satu universiti dah haru biru jadinya. Bayangkan kalau semua IPTA ditadbir oleh pembangkang jika mereka memerintah, semua NC letak jawatan sebab tak puas hati dengan stakeholder (ahli politik). Semua urusan universiti akan tergendala. Sebelum tu, mari kita tengok siapa orang politik yang tiada kaitan dengan Unisel tetapi dilantik untuk memastikan Unisel dikawal pembangkang. Apa kaitan  Faekah dengan pentadbiran universiti. Apa kepakarannya yang boleh ditawarkan oleh Unisel?


Board Of Directors 

http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/khalid.jpg
Y.A.B. TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIMChairman
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/rosti.jpg
DATUK DR. ROSTI SARUWONOCEO
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/zauyah.jpg
Y.B. DATIN PADUKA ZAUYAH BE BT. T. LOTH KHAN (PENASIHAT UNDANG-UNDANG SELANGOR)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/arif.jpg
Y.B. DATO MOHD ARIF BIN AB RAHMAN(PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/zohadie.jpg
YBHG. DATO DR. IR. MUHAMAD ZOHADIE BIN BARDAIE (BEKAS NC UPM)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/halimah.jpg
Y.B. PUAN DR. HALIMAH BT. ALI(EXCO PENDIDIKAN SELANGOR)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/adnan.jpg
YBHG. DATO DR. ADNAN BIN ALIAS (BEKAS PENSYARAH UKM)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/ariffin.jpg
YBHG. DATO DR. MOHAMED ARIFFIN BIN ATON (BEKAS CEO SIRIM - PENYELIDIK)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/rosli.jpg
Y.B. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT (MP HULU LANGAT - BEKAS PENSYARAH)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/rashid.jpg
Y.B. DATO RASHID BIN DIN(MP MERBOK KEDAH - BEKAS CEO MODENAS)
http://www.unisel.edu.my/images/stories/board-of-directors/faekah.jpg
YBHG. CIK FAEKAH BT. HAJI HUSIN (SET POL MB - TIADA KAITAN DENGAN AKADEMIK / INDUSTRI)


Ini bukan kali pertama pembangkang gagal mengawal IPT milik mereka. Sebelum ini, masalah yang sama juga berlaku di KUIN, Kedah sehingga perkara pentadbiran Kerajaan Negeri di bawa ke parti politik (PAS).

PAS perlu tegas dalam isu Insaniah:
KUIN perlu minta maaf, kata SMM

Setelah hampir dua minggu rayuan dikemukakan, lima orang mahasiswa KUIN yang dikenakan tatatertib belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak pentadbiran KUIN. Hal ini adalah amat tidak beretika kerana pihak Pentadbiran hanya mengambil masa satu hari untuk menjatuhkan hukuman tetapi telah mengambil masa yang lama untuk meneliti rayuan. Perkara ini seolah-olah memperlihatkan sifat acuh tak acuh pentadbiran KUIN terhadap tuntutan mahasiswa yang mahu hukuman digugurkan.

Mahasiswa sudah cukup bertoleransi dengan prosedur yang ditetapkan oleh pihak KUIN. Malah setelah memorandum dihantar ke Pejabat Agung PAS pada 13 Mei lalu, Pemuda PAS sendiri memohon masa agar mahasiswa memberi peluang untuk pihak PAS menyelesaikan konflik yang berlaku di KUIN. Namun setelah dua minggu, isu penindasan terhadap lima aktivis mahasiswa KUIN masih belum selesai. Suka untuk saya tegaskan kembali premis mahasiswa dalam isu KUIN ini. Hukuman yang dikenakan ke atas lima orang mahasiswa KUIN adalah amat tidak rasional dan bertentangan dengan konsep kebebasan bersuara yang dimiliki setiap rakyat Malaysia.

Jika kita bongkar isu ini lebih dalam, pembangkang pernah gagal di Terengganu. Semasa mereka memerintah Terengganu, Kusza dan Tati malap terus sedangkan sebelum ini ianya merupakan antara IPT yang semakin meningkat. Malah Pengarah Tati juga pernah dipecat kerana tidak mahu menjadi pak turut.



Kepada pembaca MyMassa, sudah terang lagi bersuluh. Mansuhkan AUKU atau apa-apa dasar yang mesra mahasiswa hanya omongan kosong. Sebelum dapat kuasa, mereka janji macam-macam. Tetapi bila dah dapat, apa yang dijanji hanya menjadi mimpi di siang hari.

*Pertahankan universiti awam daripada pihak mabuk kuasa kerana bila mereka dapat, bagi beruk mendapat bunga.

No comments:

Post a Comment