Wednesday 10 August 2011

"PAS Kantoi Beb"


 
Demi Undi Kafir PAS Kata Murtadkan Islam Tidak Salah 


Tahniah kepada Parti Islam Semalaysia kerana telah membuat kesepakatan dalam isu Gereja vs Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin. 

Hassan Ali yang dilaporkan diterjah dalam perjumpaan kelmarin telah mengambil sikap berdiam diri apabila diarahkan menutup mulut oleh kepimpinan PAS pusat. Pekara ini bukan pertama kali berlaku dalam kepimpinan PAS sejak mereka bergabung dengan DAP parti yang kita tahu anti Melayu dan Islam ini tetapi sudah acap kali berlaku. 

Gomo dalam artikel ini berminat dengan kenyataan PAS melalui Presiden PAS Haji Hadi Awang yang menyatakan isu Serbuan oleh Hassan Ali dan JAIS keatas gereja adalah satu pekara yang kecil dan diperbesarkan oleh media UMNO semata mata. 

 
Hassan Ali Diarahkan TUTUP MULUT Oleh DAP 

Ini lah PAS yang sememangnya pada Gomo cukup hebat dalam menyalahkan sesuatu pekara yang berlaku kepada UMNO walhalkan jelas JAIS terletak dibawah pentadbiran Kerajaan pakatan Selangor dan Hassan Ali adalah Exco Negeri Selangor yang juga merupakan AJK PAS Pusat. 

Walaupun PAS berak dan buang taik diatas jalan kesalahan tetap akan PAS letakkan kepada UMNO dan ini lah yang menberikan pemahaman kepada kita semua bahawa PAS tidak akan sesekali mengaku bahawa TAIK yang ada adalah miliknya. 

 

Bukti dari JAIS dan Hassan Ali jelas menunjukkan bahawa program berbuka puasa disebuah Gereja di Damansara telah diyakini mempunyai agenda songsang yang mana cubaan untuk memurtadkan umat Islam berlaku pada waktu tersebut. 

Kenyataan dari 12 orang umat Islam yang menghadiri program tersebut juga terbukti bahawa mereka telah ditekankan dengan ajaran Kristian dan ini tidak dapat disangkal oleh pihak gereja sendiri. 

 

Malah JAIS juga menyatakan bahawa mereka mempunyai Bukti kukuh mengenai agenda memurtadkan umat Islam oleh pihak DAPig. 

Petikan Akhbar: 

Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’. 
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
 
Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.
 
Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.
 
Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.
 
Senarai Nama Yang Cuba Dimurtadkan DAP 

Ini pekara yang bukan boleh dibawa main main oleh kita umat Islam dan tindakan yang dilakukan oleh JAIS bersama Hassan Ali merupakan satu pekara yang wajar dipuji oleh kita umat Islam kerana adalah lebih baik kita mencegah pekara sebegini dari terus berleluasa mengakibatkan lebih ramai umat Islam terpedaya dengan agenda kafir DAP. 

Tapi PAS dilihat menutup mata akan pekara ini dan telah bertindak menghalalkan apa yang berlaku pada umat Islam. Mengapa PAS melalui Presiden nya boleh menghalalkan apa yang berlaku malah lebih jelek bila sanggup menyatakan: 


PAS akan berjumpa pihak JAIS dan Gereja bagi mendapatkan Keadilan berhubung isu serbuan Gereja" 

Ini lah kenyataan PAS dalam soal Agama Islam yang mana mereka katakan Memperjuangkan Islam? JAIS jabatan Ugama Islam bukan lah baru setahun dua dalam menjalankan tugas malah sudah banyak yang mereka lakukan dalam membantu umat Islam dan dengan kenyataan PAS ini jelas membuktikan bahawa JAIS tidak betul dan salah kerana PAS lah yang lebih layak memperjuangkan keadilan Islam. 

PAS bercakap mengenai keadilan Islam dalam soal Gereja memurtadkan umat Islam walhalkan sudah terbukti agenda tersebut berlaku dan disahkan oleh Hassan Ali AJK PAS Pusat yang turut sama dalam serbuan bersama JAIS. 

Bagaimana pula dengan Keadilan Islam dalam soal Liwat Saiful Bukhari dan juga Video Seks Anwar Ibrahim? 

 

Saiful Bukhari yang menjadi mangsa liwat diFitnah dan ditomah oleh PAS dengan pelbagai kata kata nista dan tidak pernah sesaat pun PAS meminta untuk Keadilan buat mangsa dalam hal ini. Saiful Bukhari bersumpah Lakhnat ke atas dirinya jugta dipandang enteng oleh PAS sehingga sanggup menyatakan Sumpah Saiful Bukhari tidak benar dan salah disisi ugama Islam. 


Sumpah Saiful Bukhari dikatakan songsang dan tidak mengikut landasan Islam tetapi mereka PAS dalam isu Gereja memurtadkan umat Islam PAS boleh menyetakan iaiya isu remeh temeh! 

 

Dato Eskay bersumpah Lakhnat ke atas dirinya juga ditemplak oleh PAS dengan menyatakan Eskay tidak bersih dan suci untuk melakukan sumpah Lakhnat. Itu lah pendirian PAS apabila berlaku musibat kepada sekutu mereka Dato Seri Anwar Ibrahim. 


Dimana salahnya Sumpah Lakhnat Eskay jika nak dibandingkan dengan isu Gereja Memurtadkan umat Islam ini? 

Sudah banyak kita lihat aktiviti PAS melacurkan Islam dalam agenda politik mereka hari demi hari dan dengan apa yang berlaku tempoh hari membuktikan kepada kita semua PAS adalah sebuah parti yang hanya akan memperjuangkan undi Politik dari memperjuangkan Islam. 

Jika ini yang dipilih umat Islam untuk menyokong PAS maka Gomo rasakan tidak mustahil suatu hari nanti akan lebih ramai umat Islam yang terpesong akidah mereka sehingga sanggup masuk kedalam Gereja dan meraikan majlis berbuka puasa diiringi dengan Nyayian dan Tarian. 

Cukup cukup lah wahai PAS janganlah kerana kemaruk kuasa sehingga sanggup melacurkan Islam. Ingatlah nasib anak cucu kita kelak demi Islam sejagat. 


Psssttt.....Bila tang depa semua betul, tang orang lain semua salah malah siap Kafirkan lagi.. Lakhnat betul 

 
Yang Ini PAS Kata OK 

"Habis Madu Sepah Diterajang" 
KLIK DISINI
 

DAP ANTI ISLAM 
PAS ITU MELAYU 
UMNO ITU ISLAM 

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

No comments:

Post a Comment