Tuesday, 2 August 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai 2

Orang Melayu dah pandai.
Orang Melayu dah kaya.
Orang Melayu dah bijak berniaga.
Orang Melayu dah belajar diluar negara.
Orang Melayu dah maju.
Orang Melayu tak perlu ditolong.
Orang Melayu dah senang.

Aku rasa ramai Melayu setuju dengan statement diatas. Anda setuju tak? Aku tak kata aku setuju dan tidak pula aku kata aku tak setuju.

Orang Melayu dah pandai
Orang Melayu sekarang ni dah terlalu ramai yang pandai sebab dari kecik dah dapat pergi sekolah, lepas tu dapat masuk asrama masa sekolah menegah. Lepas sekolah menengah, dapat sambung belajar ke pengajian tinggi, kalau tak di luar negara, paling koman pun UITM. Masa tempoh belajar dari tadika kemas hingga menara gading, pelbagai skim pinjaman diberikan. Dari pakaian, minuman dan buku teks, semua diberikan kepada pelajar-pelajar ini. Bila dah habis belajar atau dah tak larat nak sambung, cari pula kerja kerajaan.

Pendek kata, dari mula mengenal huruf Alif atau "A", orang Melayu dah rasa subsidi dan kelebihan hak mereka sebagai rakyat dan bumiputra. Mesti kita rasa seronok jadi orang Melayu kan? Kerajaan beri kita macam-macam bantuan masa belajar....TAPI kenapa kerajaan buat begitu? Kenapa kerajaan bagi orang Melayu semua kemudahan ini bila mereka yang dah pandai ini pula beriaya-iya mahukan keistimewaan yang mereka dapat tidak diberikan kepada generasi yang baru?

Adakah generasi yang dah pandai ini merasakan generasi yang baru nanti tidak perlu di tolong lagi?

Orang Melayu dah kaya.
Dulu masa merdeka, orang Melayu ramai yang miskin. Kalau kita dengar cerita orang lama, macam-macam cerita "susah" mereka kita dengar.

Dari kesusahan inilah timbulnya perjuangan orang Melayu untuk memperbaiki hidup mereka. Dulu nak ada peti sejuk dalam rumah pun susah tetapi sekarang, Astro pun dah ada. Dulu nak berhubung pakai telegram, sekarang main sms je kat mak bapak dikampung. Dulu nak naik kapal terbang dalam mimpi je, sekarang boleh beli tiket kapal terbang macam beli tiket bas sahaja. Dulu kalau ada duit simpan dalam lubang belakang rumah atau bawah tilam, sekarang simpan dalam unit trust dan dapat untung setiap tahun. Dulu nak pergi haji ambil masa 6 bulan naik kapal, sekarang naik kapal terbang dan tinggal tempat selesa.

Sekarang ni selepas 53 tahun merdeka, ramai yang dah berduit dan kaya sebab apa?

Macam-macam cara kerajaan buat untuk menaikkan taraf ekonomi mereka. Ada yang dapat tanah untuk diusahakan seperti felda atau felcra, ada yang dapat kerja kontrak pembinaan, kenaikkna pangkat dalam jabatan kerajaan, kenaikkan gaji setiap tahun, peluang pekerjaan dengan kerajaan atau swasta dan pelbagai lagi...TAPI adakah kita bersyukur?

Tentu sekali tidak sebab kalau kita bersyukur, tentu tak ada mereka yang sanggup menyokong visi DAP.

Orang Melayu dah bijak berniaga.
Orang Melayu sekarang boleh dikatakan dah pandai berniaga sebab ramai dah mampu ada banyak cawangan, dah pandai ekspot produk hasil tempatan, dah pandai beli "franchise", dah pandai melabur duit dalam pasaran "Forex", dan macam macam lagi.

Aku kekadang rasa bangga bila tengok orang Melayu ada gedung yang besar atau perniagaan yang maju. Aku rasa jeles melihat kejayaan mereka. Jeles tak bererti aku ada sifat dengki, jeles erti kagum!

TAPI macam mana orang Melayu ni semua boleh berjaya? Mana mereka dapat pertolongan atau bantuan? Mana mereka dapat cetusan "idea" perniagaan mereka?

Aku hairan dengan kemajuan yang diperolehi orang Melayu. Ah! Aku ingat, mungkin dari kemudahan pelajaran, pinjaman bank, internet, nasihat dan kursus yang disediakan oleh kerajaan kot? Itu yang paling tepat! Semua peluang timbul dari kerajaan juga. Jadi tu kenapa mereka banyak menentang kerajaan dan sokong DAP? Kacang lupa kulit ka?

Orang Melayu dah belajar diluar negara.
Secara telus dan terang, aku graduan luar negeri macam Khairy Jamaludin tapi mungkin aku ni kurang nasib baik sikit sebab aku tak belajar di Oxford dan aku juga tak dapat biasiswa. Tapi tempat aku belajar tu ada juga pelajar Melayu yang belajar atas biasiswa kerajaan.

Ramai pelajar kita yang belajar diluar negara dan balik untuk memberi sumbangan kepada negara. Tetapi sumbangan yang macam mana kerajaan harapkan?

Adakah sumbangan didalam bentuk pelajar yang "educated" ni mencelah, mengkritik dan mengutuk diperlukan oleh kerajaan?

Adakah mereka ini diharap untuk membantu kerajaan dan negara?

Aku rasa pelajar yang dah "educated" ini dihantar ke luar negara untuk belajar ada sebabnya. Bukan aku nak kata universiti tempatan ni kurang maju tetapi persekitaran dan pemikiran pembelajaran memang berbeza.
Bila kerajaan menghabiskan berjuta ringgit untuk "ajar" anak tempatan, kerajaan mahukan mereka menimba ilmu yang positif serta membawa balik nilai-nilai positif dan pemikiran yang lebih matang serta terbuka. Seperti pepatah Melayu, "Jauh perjalanan, Luas Permandangan".

Sekarang ini kita lihat mereka yang "educated" pulan yang sibuk melawan dasar dan polisi kerajaan. Kenapa? Mungkin kerana terlampau pandai sehingga mereka dengan mudah membiarkan pemikiran mereka diambil alih anasir jahat atau kerana kepandaian yang mereka terima telah membuatkan mereka lupa siapa diri mereka?

Orang Melayu dah maju.
Kita dah terlampau maju sehingga lupa bagaimana kita capai kemajuan itu.

Kemajuan yang kita capai telah disalah guna oleh mereka yang mempunyai agenda sendiri. Aku nyatakan ini kerana melalui kemajuan seperti internet, lebih banyak informasi dan tanggapan yang salah telah berjaya disebarkan. Kenapa kemajuan ini tidak digunakan sebagai kenderaan untuk membangunkan lagi negara serta memupuk perpaduan yang utuh?

Sebaliknya, mereka yang mahu merebut kuasa sanggup menggunakan kemajuan ini demi mewujudkan keadaan hura hara, pecah belah dan ketidak seimbangan harmoni.

Orang Melayu tak perlu ditolong.
Sejak beberapa tahun ini, ramai orang Melayu lebih rela tidak ditolong kerana mereka merasakan mereka sudah berjaya berdiri sendiri akibat helah yang dilemparkan oleh mereka yang mahu keistimewaan orang Melayu digugurkan.

Adakah orang Melayu ini sudah buta dengan agenda tersembunyi parti pembangkang ini?

Bangsa bukan Melayu dengan lantang menuntut pelbagai perkara yang mereka rasa patut diberikan kepada mereka tetapi bila ada segelintir orang Melayu menjawab permintaan mereka, mereka pula menuduh orang Melayu bersikap perkauman. Adakah ini betul dan adil?

Sedarlah wahai orang Melayu supaya jangan terpengaruh dengan sikap "adil" bangsa asing. Jangan sampai maruah bangsa dah tergadai baru kita nak melalak dan menagis minta hak kita dikembalikan.

Orang Melayu dah senang.
Bila orang Melayu dah senang, pelbagai perkara telah dilupakan. Didalam kita mencari duit, kita lupa mengajar anak-anak kita mengenai sifat kewarganegaraan dan asal usul kita. Bila ini dilupakan, masa depan anak bangsa juga akan lenyap kerana mereka tidak sedar akan asal usul mereka. Mereka cuma faham "idealogi" parti pembangkang yang secara halus mahu melenyapkan hak kita sebagai Bumiputra.

by MatUmno


Read more: http://www.pisau.net/2011/08/perjuangan-yang-belum-selesai-2.html#ixzz1TqxBSfQj

No comments:

Post a Comment