Tuesday, 2 August 2011

PAS Kelantan Tak Rasuah Cuma "Hadiah"

Pas memang tak pernah rasuah,mereka hanya tau ambik dan beri hadiah. Ada yang dapat hadiah kek.Ada yang dapat hadiah pergi ke Mekah,Ada yang dapat hadiah kayu balak.

Malah dalam pemilihan muktamar pun wang seribu dua pun adalah hadiah. Mana ada rasuah lah,semua tu fitnah.Tak percaya tanya Ariffahmi,Husam atau pun Takiyudin. Ini semua pakar dalam menerima dan memberi hadiah.

Pas Kelantan tidak bebas rasuah, penyelewengan

NASARUDDIN Mohd. Nor (kanan) bertukar dokumen dengan Nor Rasmi Shari sambil disaksikan Sutinah Sultan pada Majlis Serah Tugas Pengarah SPRM Kelantan di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 31 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan, kerajaan Pas Kelantan tidak sepenuhnya bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa seperti yang didakwa oleh pentadbiran negeri ini.
SPRM pada masa sama turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu takut untuk melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, rasuah dan penyelewengan mungkin berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut bagaimanapun ia tidak dilaporkan kepada pihaknya.
"Kita tidak boleh kata kerajaan Pas Kelantan bebas rasuah sepenuhnya. Rasuah atau penyelewengan sememangnya ada tetapi tidak dilaporkan kepada kita.-Utusan


Pisau kata "Puak tu peduli apa,haram pun depa boleh kata halal"

Read more: http://www.pisau.net/2011/08/pas-kelantan-tak-rasuah-cuma-hadiah.html#ixzz1Tqz3H11b

No comments:

Post a Comment