Monday, 8 August 2011

Jangan Salah Pujukan Gereja,Kita Sendiri Yang Lemah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLejM79lNzTW1rQTfMVKcq-AN98lqVQBny3aAtfigDebTKGHdSE7lDcbjhIkUAMlEF7nT4ZTt0Z-ltfdfq9lMFlqFHLXePgNDWBwVHmK_ifodbCMyK3rmXeswR-OaXEvGYWdJRpNk_1arh/s1600/Untitled1.png


Kutipan zakat berpuluh juta diseluruh negara setiap tahun,pihak yang diamanahkan mengutip zakat pula kutip duit dengan memperingati akan tanggungjawab menunaikan Zakat adalah rukun ISLAM yang ketiga.


Apa yang tak kena dengan sistem agihan zakat dinegara kita?Pisau tahu terlalu banyak red tape dalam sistem pengagihan zakat kepada mereka yang memerlukan.

Hinggakan ramai yang mempersoalkan kemana wang zakat mereka pergi sedangkan masih banyak golongan yang memerlukan bantuan begitu mudah kita jumpa tidak diberi perhatian.


Kalau kita tengok rancangan BersamaMu TV3,apabila dipaparkan didalam tv barulah berduyun duyun bantuan datang.Begitulah jadinya dalam banyak kes yang dipaparkan oleh pihak media. Adakah terpaksa masuk tv dulu baru bantuan akan sampai?


Adakah kita perlu salahkan pihak gereja yang mengambil inisiatif membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa perlu melalui proses tapisan yang ketat?

Sedangkan mereka yang bertanggungjawab di Baitulmal terlalu banyak songeh dengan pelbagai syarat,temuduga dan pelbagai macam lagi karenah birokrasi.


Pendedahan ini membuktikan sistem agihan Zakat amat lemah dan terlalu banyak kelemahan yang harus diberikan perhatian yang serius.Baitulmal jangan hanya berbangga dengan jumlah kutipan yang mencecah puluhan juta setiap tahun,tapi amat kedekut menyalurkan wang kutipan kepada asnaf yang memerlukan.


Pisau kata " perbaikilah sistem agihan,ada yang kata daripada salurkan zakat kat baitulmal,lebih baik bagi sendiri kat fakir miskin"


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1UOuaAvDU

No comments:

Post a Comment