Wednesday, 10 August 2011

Pemuda PAS Bersekongkol Dengan Umno Malukan Hj Hadi?



Bapak presiden khawarij PAS di tenyeh oleh pemuda mereka sendiri. Itulah dek kerana kebebalan dan terlalu walaq terhadap pimpinan DAP hingga ketahap agama sendiri diancam pun terpaksa tunduk dek kerana mahu mempertahankan perkahwinan haram sesama mereka.



Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang tadi.

Jelas beliau, Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya dengan berlandaskan kepada prinsip dan tanggungjawab agensi penguatkuasaan itu untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Nasrudin, dalam pertemuan kira-kira sejam itu Hasan juga memberitahu Jais mempunyai bukti kukuh untuk mengambil tindakan ke atas gereja itu.

“Beliau (Hasan) menyebut Jais ada asas yang kukuh untuk memeriksa gereja dan (mempunyai) bukti kukuh untuk (mengambil) tindakan itu,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak agar menyokong tindakan itu Jais agar tidak timbul sebarang keraguan.minsider
Percayalah mesti lepas ni khawarij PAS kata Umno bayar ketua pemuda Nasrudin Tantawi 2 juta untuk percaya cakap Hasan Ali.


Pisau kata " MP yang kena pukul dengan Adun tu diam pulak? takut kah?" 

Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1UaqFHkjD

No comments:

Post a Comment