Friday, 5 August 2011

Bapak "Presiden" Malaysia,Ngobrol Hak TKI

Oleh Helme Hanafi, Agendadaily,AIDC – INI perangai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ‘membusukkan’ nama negara sendiri bagi mengangkat darjatnya dan untuk mendapat publisiti di dada-dada akhbar Indonesia sepanjang berada di sana baru-baru ini.

Dan untuk rekod ia bukan kali pertama, jika sebelum ini Anwar menghina batik Malaysia, kini, menyanyikan lagu lama mengenai layanan kepada pekerja Indonesia di negara ini.
Dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Sabtu, lalu, Anwar berkata, orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji.

Bertepuk soraklah, media Indonesia mendapat kenyataan tersebut dari bos pakatan pembangkang Malaysia itu.

Anwar memang bijak bab tekan suis main sentimen. Di Indonesia, akhbar-akhbarnya laris luar biasa jika tajuk berita utama mengenai ‘ganyang Malaysia’.

Maka hampir semua akhbar-akhbar utama negara itu menjadikan dakwaan tersebut sebagai tajuk berita utama.

Menurut Anwar, modus yang dilakukan adalah TKI bekerja dua tahun, namun hanya dibayar setahun setengah. Majikan orang Malaysia itu lalu memanggil polis untuk menangkap TKI tersebut, sehingga sisa gaji tidak dibayarkan.

“Bayangkan kalau ribuan orang diperlakukan begitu. Berapa ringgit hak yang hilang. Itu yang haram,” ujar Anwar.

Seperti biasa, Anwar akan menampilkan dirinya sebagai ‘dewa penyelamat’ dengan mendakwa masa beliau dalam kerajaan dulu dan mengetuai jawatankuasa kabinet mengenai pekarja asing, semuanya okay sahaja.

Namun kini dakwanya “mereka maunya untung besar saja,” katanya.
Menampilkan dirinya ‘seorang pembaharu’ Anwar memberitahu publik Indonesia bahawa pembangkang di Malaysia, yang dipimpin olehnya, menuntut beberapa perbaikan baik dari segi hukum maupun persepsi masyarakat Malaysia.

Ia mengusulkan agar pemerintah Malaysia membatalkan hukum cambuk.
“TKI yang masuk secara ilegal itu adalah orang kelas bawah, jadi kasihan harus diperlakukan manusiawi,” katanya.

Dalam satu program lain, Anwar dengan bangga bercerita bahawa di penjara beliau mendalami Al-quran dan hadis.

“Because in prison I’ve got all the times in the world. Kalau mau membaca semua tafsir Qur’an dan Hadis, masuk penjara saja,” kata Anwar dilaporkan oleh akhbar Koran Tempo.

SEBAGAI CATATAN mungkin mereka di sana lupa nak bertanya padanya: Bagaimana ye kasus video seks pasal Bapak yang ribut-ribut itu. Tentu asyik sekali…sampai ada yang kata video itu besi

Pisau kata " dia nak jadi bapak presiden Malaysia ka?"


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1U8uHNqwz

No comments:

Post a Comment