Syukur alhamdulilah,apabila pihak kerajaan akan memperluaskan produk barang keperluan 1Malaysia keseluruh negara. Sekurang kurangnya rakyat ada pilihan untuk mendapatkan barang keperluan dengan harga yang rendah.
Pisau melihat adalah satu inisiatif serampang 2 mata untuk membunuh monopoli barang runcit yang dikuasai oleh peruncit yang tamak dan menekan rakyat dengan harga yang tinggi.Ini adalah satu usaha murni membantu rakyat golongan berpendapatan rendah.
Pisau melihat adalah satu inisiatif serampang 2 mata untuk membunuh monopoli barang runcit yang dikuasai oleh peruncit yang tamak dan menekan rakyat dengan harga yang tinggi.Ini adalah satu usaha murni membantu rakyat golongan berpendapatan rendah.
Pisau kata " kena cepat perluaskan ke seluruh pelusok negara"KUALA LUMPUR 21 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang untuk menjual barangan keperluan 1Malaysia di kedai-kedai yang terlibat dengan Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar) di seluruh negara.Menurut Perdana Menteri, ia bagi membolehkan lebih ramai rakyat berpeluang menikmati harga barangan keperluan 1Malaysia yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding di kedai-kedai biasa.''Ketika ini terdapat kira-kira 200 kedai Tukar di seluruh negara dengan 300 lagi akan dibuka menjelang akhir tahun ini menjadikan keseluruhannya sebanyak 500 buah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, di sini hari ini.Kedai Rakyat 1Malaysia di Bandar Tun Razak itu merupakan cawangan kedua kedai 1Malaysia selain di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya yang dibuka pada 22 Jun lalu.Program Tukar pula merupakan Projek-Projek Permulaan (EPP) yang bertujuan memodenkan operasi kedai runcit tradisional bagi meningkatkan daya saingan dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.Najib menambah, kerajaan dalam masa sama komited untuk memperluaskan rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia dengan cawangan ketiganya yang dijangka dibuka minggu depan di kawasan Pantai Dalam di sini.''Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasar raya Mydin (Mydin Mohamed Holdings Bhd.) atas kerjasama yang sangat positif dengan kerajaan bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.''Saya percaya sebahagian besar rakyat akan mendapat kepuasan dan manfaat daripada pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia ini," katanya.Dalam masa sama, Najib sekali lagi menekankan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia adalah satu konsep yang begitu menguntungkan rakyat kerana harga barangan yang dijual jauh lebih rendah berbanding kedai biasa.Sebagai contoh kata beliau, satu kampit beras super tempatan lima peratus hancur seberat 10 kilogram hanya berharga RM21.99 berbanding RM25.80 di kedai lain.Dalam perkembangan lain, Najib sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang dicadangkan penubuhannya bagi reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem sedia ada tidak baik.
Read more: http://www.pisau.net/2011/08/barang-baikpakatan-turun.html#ixzz1VqKWxf7r
No comments:
Post a Comment